YEG Academy

Anda merupakan salah seorang pelajar yang berminat untuk menceburi bidang penerbangan? Namun, anda masih tidak tahu tempat yang sesuai untuk memulakan karier anda itu? Umum mengetahui, bidang penerbangan merupakan bidang yang luas. Salah satu tempat yang sesuai untuk anda merealisasikan impian anda adalah di Aviation Career Malaysia!

Melalui program kerjaya yang ditawarkan di sini, sudah tentunya anda akan mempunyai masa hadapan yang cerah. Jadi, sekiranya anda berhasrat untuk menceburi kerjaya dalam bidang penerbangan, mari ikuti informasi penting di bawah.

Pekerjaan yang Mendapat Permintaan Tinggi di Malaysia

Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai Aviation Career Malaysia, anda perlu tahu dahulu mengenai pekerjaan yang mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia. Menurut Panduan Gaji Malaysia pada tahun 2020 dan 2021, pekerjaan yang mendapat permintaan yang tinggi difokuskan kepada lapan industri utama iaitu Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan; Kewangan dan Perakaunan; Jualan dan Pemasaran; Sumber Manusia dan Pentadbiran; Rantaian Bekalan dan Logistik; Kejuruteraan; Harta Tanah dan Pembinaan serta Teknologi Maklumat.

Di bawah merupakan antara senarai pekerjaan yang paling banyak mendapat permintaan dalam kalangan penduduk di Malaysia.

1. Kewangan dan Perakaunan

  • Pengurus Kewangan
  • Akauntan
  • Eksekutif Kewangan

2. Jualan dan Pemasaran

  • Pengurus Akaun Utama
  • Pengurus Jenama

3. Kejuruteraan Aviation Career Malaysia

  • Jurutera Proses
  • Jurutera Mekanikal
  • Jurutera Automasi

4. Sumber Manusia dan Pentadbiran

  • Ketua Pembangunan Organisasi
  • Ketua Perhubungan Perindustrian

5. Rantaian Bekalan dan Logistik Aviation Career Malaysia

  • Pengurus Rantaian Bekalan
  • Pengurus Logistik dan Perancangan
  • Penyelaras Logistik
Aviation Career Malaysia

5 Sebab untuk Bekerja dalam Bidang Penerbangan Aviation Career Malaysia

1. Peluang Melancong

Sekiranya anda bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada cabin crew, anda berpeluang untuk melancong di dalam dan luar negara. Di pusat pengajian penerbangan yang ada di Malaysia ini, anda dapat menjalani latihan secara teknikal dan menjadi cabin crew yang mahir dan berjaya. Jadi, anda dapat melancong ke pelbagai tempat sambil anda bekerja.

2. Berjumpa Ramai Kenalan Baharu

Seperti mana yang anda tahu, bidang penerbangan merupakan bidang yang luas. Menerusi bidang ini, anda berpeluang untuk mengenali dan berjumpa dengan ramai kenalan baharu. Justeru, karier dalam bidang ini sangat sesuai sekiranya anda mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berfikiran positif.

Anda juga akan didedahkan dengan suasana kerja yang berbeza pada setiap hari. Jadi, anda dapat membina jalinan hubungan dan komunikasi yang baik dengan ramai orang. Sudah tentunya, pekerjaan anda lebih menyeronokkan dan tidak membosankan.

3. Mengembangkan Kemahiran Anda

Bagi anda yang berminat untuk menceburi bidang penerbangan ini, anda dapat mengembangkan kemahiran dan potensi yang ada dalam diri anda. Anda akan didedahkan dengan suasana yang berlainan berbanding biasa. Secara tidak langsung, anda dapat mengasah kemahiran serta menggilap bakat-bakat tersembunyi yang ada dalam diri anda.

4. Pelbagai Faedah

Sekiranya anda bekerja dalam bidang ini, anda akan menerima pelbagai faedah yang bermanfaat seperti insurans kesihatan, insurans penerbangan dan lain-lain. Jadi, anda sememangnya tidak perlu risau untuk meneruskan karier anda sebagai pramugara, pramugari atau lain-lain.

5. Gaya Hidup

Apabila anda menceburi bidang penerbangan ini, tentunya anda mempunyai gaya hidup yang lebih menyeronokkan dan fleksibel. Suasananya juga sangat berbeza berbanding bidang yang lain. Bukan semua orang terpilih untuk bekerja dalam industri penerbangan. Jadi, anda sangat bertuah sekiranya terpilih untuk memperoleh pengalaman yang berharga di dalam sektor penerbangan.

Kepentingan Bidang Penerbangan

Untuk makluman anda, bidang penerbangan di Malaysia dijangkakan akan mendapat permintaan yang tinggi mulai tahun 2021 sehingga 2023, dan bakal meningkat saban tahun. Antara kepentingan bidang penerbangan di Malaysia adalah:

  • Bidang penerbangan merupakan sektor pengangkutan udara yang menjadi pengangkutan utama kepada ekonomi di Malaysia.
  • Sektor penerbangan merupakan medium rantaian bekalan, aliran perdagangan, pelancongan serta pelaburan yang bernilai kepada negara.
  • Sektor penerbangan juga dijangkakan akan membuka sebanyak 19,000 peluang pekerjaan kepada graduan di luar sana.
  • Antara kerjaya yang disediakan dalam sektor penerbangan adalah operator lapangan terbang dan pekerja mahir bidang pembuatan kapal terbang dan penyelenggaraan pesawat.

Anda Pernah Dengar Tentang YEG?

YEG, atau nama penuhnya Your Education Guidance merupakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya yang membantu para pelajar memilih program pendidikan dan kerjaya. Selain itu, YEG juga membantu belia memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kerjaya industri.

Kenapa Anda Perlu Sambung Belajar Melalui YEG?

Sekiranya anda berminat untuk membina kerjaya dalam bidang penerbangan, YEG lah pilihan yang tepat. Di YEG, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda dengan memberikan peluang kepada anda melanjutkan pelajaran. Di YEG, kami bukan sahaja menawarkan pendidikan, malahan juga membantu dalam bidang kerjaya.

Untuk pengetahuan anda, YEG menawarkan kursus terbaik yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja semasa dan juga relevan di masa hadapan. Kami juga membangunkan garis panduan etika yang ketat bagi memandu para perunding kami untuk berhubung dengan pelajar, keluarga, pihak sekolah, dan rakan sebaya.

Bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran, kami ada menawarkan dua bentuk pendidikan, iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma MQA. Kursus Intensif Kerjaya juga disediakan bagi pelajar yang ingin memulakan kerjaya sejurus tamat SPM. KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut.

Aviation Career Malaysia

Apa Itu Aviation Career Malaysia?

Untuk makluman anda, Aviation Career Malaysia merupakan pusat latihan kerjaya yang menghasilkan barisan hadapan syarikat penerbangan yang berkelayakan dan kakitangan teknikal pesawat untuk menyokong keperluan industri semasa.

Objektif pusat latihan kerjaya ini adalah untuk menyokong industri penerbangan dengan menghasilkan pekerja yang berkemahiran tinggi dengan kemampuan untuk melakukan pelbagai aktiviti penyelenggaraan.

Sumber: Facebook Aviation Career Malaysia

Aviation Career Malaysia turut bekerjasama dengan Pusat Latihan Teknikal MEATECH dalam mewujudkan graduan-graduan yang berkualiti, khususnya graduan yang mengikuti pembelajaran dalam bidang-bidang berkaitan pesawat dan penerbangan.

Pilihan Kerjaya di Aviation Career Malaysia

Antara pilihan kerjaya yang ditawarkan di sini adalah:

1. Frontline

  • Steward dan Stewardess

Kepada anda yang berminat untuk menjadi pramugara atau pramugari, anda boleh memulakan kerjaya anda di sini. Ia tentunya tempat yang sesuai kerana terdapat banyak kemudahan di samping tempat pengajian yang lengkap dan kondusif untuk anda.

  • Customer Service

Antara pilihan kerjaya yang disediakan di pusat pengajian ini ialah pegawai khidmat pelanggan. Justeru, anda akan dilatih supaya cekap mengendalikan panggilan telefon, melayani para tetamu dan pelanggan yang ingin berurusan dengan jabatan, serta memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan.

  • Ticketing

Bagi anda yang berminat untuk bekerja dalam bidang penerbangan, anda boleh menceburi kerjaya di bahagian penjualan tiket. Kerjaya ini biasanya memerlukan anda berada di lokasi lapangan terbang.

2. Backline

Antara kerjaya lain yang disediakan di bahagian Backline termasuklah:

  • Ground Handling
  • Ramp Agent
  • Marshalling
  • Call Center
Aviation Career Malaysia

Kelebihan Program Kerjaya Aviation Career Malaysia

Sijil Kemahiran Sektor Penerbangan

Bagi anda yang berminat untuk mengikuti program kerjaya di Aviation Career Malaysia, anda akan mendapat tajaan sepenuhnya bagi makan dan minum, penginapan dan sijil International English Certification (TOEIC). Selain itu, anda juga turut diberikan uniform secara percuma, bantuan penempatan pekerjaan dan konsultasi percuma untuk pakar industri.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bidang ini, hubungi Expert Industry kami, iaitu Encik Mukmin di talian 017-732 6939.

Aviation Career Malaysia

Testimoni Kerjaya di Aviation Career Malaysia

Antara testimoni program di pusat pengajian ini:

Aviation Career Malaysia

Jom lihat video YouTube di bawah tentang perkongsian pelajar yang berjaya memperoleh kerjaya selepas tamat sesi latihan.

Jangan sia-siakan peluang dan usia muda anda. Hubungi kami di talian 03-6143 5073 atau KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut. Anda juga boleh melayari laman Instagram kami untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program pendidikan yang ditawarkan di YEG.



Leave a Reply