YEG Academy

BIDANG DENGAN PASARAN KERJA TERKINI

Perkara penting yang menjadi tumpuan pihak YEG Academy ketika memperkenalkan platform pendidikan ini adalah untuk menyelesaikan isu para graduan yang menyesal kerana salah memilih bidang buat saban tahun. Disebabkan hal ini juga, kebanyakkan lepasan institut pengajian tinggi tidak berjaya membina kerjaya yang sesuai dengan pendidikan mereka. Beberapa kegagalan lain dalam pemilihan bidang sambung belajar akhirnya telah mengakibatkan ramai anak muda menganggur setelah selesai tamat pengajian akibat tidak dapat memenuhi pasaran kerja masa kini. Oleh yang demikian, YEG Academy ditubuhkan dengan sebuah hasrat untuk membantu anak-anak muda dengan menawarkan kepelbagaian bidang yang mempunyai kerelevanan dalam pasaran kerja.

Pendidikan dikira sebagai sebuah pelaburan yang berkesan apabila ia dapat mendatangkan hasil yang berbaloi kepada masa depan para pelabur. Berdasarkan statistik yang ditunjukkan oleh Kementerian Sumber Manusia setakat Disember 2020, kadar peningkatan pengangguran yang berterusan daripada 2016 sehingga tahun kini adalah sangat membimbangkan. Tambahan pula, sekiranya permasalahan ini masih berlaku tanpa sebarang inisiatif untuk dibendung, pelbagai perkara lain bakal terkesan terutamanya kepada perkembangan ekonomi negara. Hal ini seterusnya bakal memberi impak kepada golongan muda yang baru bekerja iaitu dengan berhadapan permasalahan ketidakpadanan kadar gaji minimum. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan yang salah satu punca pengangguran adalah kerana kebanyakkan kursus yang diambil oleh para graduan mempunyai permintaan yang rendah dari kalangan majikan.

Di YEG Academy, pemilihan bidang-bidang sambung belajar adalah dipilih mengikut aspek ini juga iaitu bidang-bidang yang mempunyai pasaran kerja terkini. Dengan kehadiran teknologi, pelbagai kerjaya yang sebelum ini memerlukan tenaga manusia telah diganti dengan penglibatan mesin-mesin canggih. Sebagai contoh mudah, proses penyediaan kuih muih dalam kuantiti yang banyak untuk sektor perniagaan sebelum ini memerlukan bilangan tenaga kerja yang ramai. Namun, dengan penciptaan mesin menguli dan mencetak, sebahagian kerjaya tertentu telah dihapuskan kerana tidak relavan dan memakan kos upah yang tinggi. Seperti mana hilangnya sesebuah kerjaya akibat modenisasi maka, terdapat kerjaya baru yang juga perlu diwujudkan akibat peningkatan permintaan semasa. Sebagai contoh, penambahan jemaah haji dan umrah setiap tahun dari pelbagai pelusuk dunia menunjukkan kepentingan sektor ini untuk dipertingkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh yang demikian, sektor ini telah mendesak supaya bidang seperti pengurusan haji dan umrah diberikan pembelajaran secara formal demi memastikan ia menjadi kerjaya yang professional dan membantu sektor ini untuk terus berkembang.