- 20/01/2022
- Posted by: Admin YEG
- Category: Artikel Utama

Mengapakah pemilihan bidang untuk sambung belajar adalah penting? Hal ini kerana keputusan yang diambil akan menentukan masa depan anda. Justeru, anda perlu kenal pasti terlebih dahulu bidang untuk sambung belajar yang anda minati.
Sekiranya anda bercita-cita untuk menjadi guru, ambillah pengajian yang berkaitan dengan pendidikan. Sekiranya anda meminati perniagaan, anda boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan. Belajar dalam sesuatu bidang bukan sahaja untuk menuntut ilmu. Malahan, anda dapat menjadikan bidang tersebut sebagai kerjaya di masa hadapan.
Apa Bidang yang Terdapat di IPT?
Terdapat banyak bidang untuk sambung belajar yang ditawarkan oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar negara. Antara bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Sumber Manusia
- Digital Marketing
- Sains Veterinar
- Perubatan
- Seni Bina
- Kejuruteraan dan Teknologi
- Pergigian
- Pendidikan
- Sosial Kemasyarakatan
- Sains Komputer

Bidang yang Mendapat Permintaan Tinggi
Anda bukan sahaja perlu memilih bidang untuk sambung belajar yang diminati, malahan perlu memastikan bidang yang dipilih itu mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran kerja. Tahukah anda bahawa bidang teknologi semakin mendapat permintaan yang tinggi dari hari ke hari?
Semakin hari, bidang berkaitan dengan teknologi akan menjadi satu profesion yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran kerja. Oleh itu, bidang pengajian dalam jurusan berkaitan teknologi amat penting pada masa ini.
Bagi anda yang memilih bidang teknikal yang berteraskan teknologi, anda sangat bertuah kerana dijangkakan bidang tersebut mendapat permintaan yang tinggi. Tambahan pula, kerajaan akan terus memperkukuhkan kualiti bagi mereka yang berkelulusan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Para pelajar dan belia digalakkan untuk memilih bidang-bidang yang berkaitan dengan teknologi sebagai pilihan kerjaya pada masa hadapan. Hal ini bagi melahirkan lebih ramai pakar profesion teknikal yang berdaya maju selari dengan perkembangan global, iaitu teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Kenyataan ini telah disebut oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2020.

Silap Pilih Bidang untuk Sambung Belajar Memberi Kesan kepada Masa hadapan
Tahukah anda bahawa kesilapan memilih bidang akan memberi kesan kepada peluang kerjaya anda pada masa hadapan?
Pengangguran
“Kegagalan utama graduan mencari pekerjaan antara lainnya berkaitan dengan pilihan bidang pengajian yang bukan menjadi keperluan utama pasaran kerja atau berlaku lambakan graduan dalam bidang berkenaan. Pemilihan bidang perkara paling penting kepada semua pelajar, sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi agar tidak menyumbang kepada pengangguran selepas tamat pengajian.” – Datuk Ewon Benedick
Sumber: Berita Harian
Kesilapan dalam membuat pemilihan bidang pengajian boleh menyebabkan pengangguran bertambah. Namun, perkara ini boleh diselesaikan jika IPT menawarkan subjek minor di luar bidang pengajian. Misalnya, menambah subjek Information Technology (IT) dan kemahiran seiring dengan perkembangan teknologi yang berlaku di negara ini.
Oleh hal yang demikian, pemilihan bidang pengajian bukan sahaja mengambil kira minat yang mendalam, tetapi ia juga berkait dengan kerjaya. Oleh itu, pilihlah bidang yang relevan dan seiring dengan permintaan pasaran pekerjaan semasa dan akan datang.
Anda Pernah Dengar Tentang YEG?
YEG, atau nama penuhnya Your Education Guidance merupakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya yang membantu para pelajar memilih program pendidikan dan kerjaya. Selain itu, YEG juga membantu belia memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kerjaya industri.
Kenapa Anda Perlu Sambung Belajar Melalui YEG?
Sekiranya anda buntu dengan pemilihan bidang untuk sambung belajar, YEG lah pilihan yang tepat untuk anda dapatkan sesi kaunseling terlebih dahulu sebelum membuat pilihan. Di YEG, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda dengan memberikan peluang kepada anda melanjutkan pelajaran. Di YEG, kami bukan sahaja menawarkan pendidikan, malahan juga membantu dalam bidang kerjaya.
Untuk pengetahuan anda, YEG menawarkan kursus terbaik yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran kerja semasa dan juga relevan di masa hadapan. Kami juga membangunkan garis panduan etika yang ketat bagi memandu para perunding kami untuk berhubung dengan pelajar, keluarga, pihak sekolah, dan rakan sebaya.
Bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran, kami ada menawarkan dua bentuk pendidikan, iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma MQA. Kursus Intensif Kerjaya juga disediakan bagi pelajar yang ingin memulakan kerjaya sejurus tamat SPM. KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut.

Pilihan Bidang untuk Sambung Belajar
Ada banyak pilihan jurusan yang ditawarkan oleh YEG, antaranya adalah seperti berikut:
- Diploma Pengurusan Haji dan Umrah
- Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat
- Diploma Pengurusan Hotel
- Diploma Pengurusan Pelancongan – Jepun
- Diploma Pengurusan Perniagaan
YEG akan membantu anda dalam memilih jurusan, bukan sahaja jurusan yang anda minat, tetapi jurusan terbaik yang mendapat permintaan tertinggi dalam pasaran kerjaya akan datang. Bagi anda yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang berkaitan teknologi, anda boleh memilih jurusan Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat.
Ada beberapa kelebihan yang anda akan perolehi sekiranya memilih Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat sebagai bidang untuk sambung belajar. Antaranya adalah seperti berikut:
- Layak biasiswa sebanyak RM10,000
- Penginapan disediakan
- Latihan industri disediakan
- Mendapat peluang pekerjaan selepas tamat belajar

Kelebihan Memilih YEG untuk Sambung Belajar
YEG menawarkan bidang untuk sambung belajar yang mempunyai 3S, iaitu Secure (Terjamin), Safe (Selamat), dan Structured (Tersusun). YEG menawarkan jurusan Diploma Penyelenggaraan Pesawat yang pertama kali mempunyai 3S dalam pengajian diploma.
Kenapa pentingnya 3S ini dalam jurusan? Mari tonton video di bawah mengenai 3S dalam memilih tempat pengajian yang terbaik, dibawakan khas oleh Encik AzizulHakim, iaitu Pengarah Eksekutif YEG.
Testimoni Pelajar | Bidang untuk Sambung Belajar
Mari lihat testimoni pelajar yang mengambil jurusan Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat seperti di bawah:

Jangan sia-siakan peluang dan usia muda anda. Hubungi kami di talian 03-6143 5073 atau KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut. Anda juga boleh melayari laman Facebook kami untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program pendidikan yang ditawarkan di YEG.