YEG Academy

Adik-adik sedang mencari cara untuk kerja di Airport? Berminat untuk kerja di Airport kerana gemar melihat kapal terbang dan sukakan suasananya, namun tidak tahu cara menggapainya? Jangan risau, sebab Kak Nani akan membantu adik-adik dalam mengetahui beberapa cara untuk mendapatkan kerja di Airport.

Sejak kebelakangan ini, pekerjaan di Airport seolah-olah menjadi trend kebanyakan lepasan SPM untuk memenuhi impian dan cita-cita mereka. Mereka mungkin terinspirasi melalui laman media sosial, ataupun drama-drama di kaca televisyen yang sering memaparkan watak kehidupan seorang juruterbang, mahupun pelbagai variasi kehidupan para pekerja di sana.

Memang tidak dinafikan, pekerjaan di lapangan terbang ini mampu memberikan adik-adik suatu sensasi kebanggaan, reputasi yang baik, pendapatan lumayan, serta tawaran-tawaran menarik untuk menjelajah dan mempelajari pelbagai budaya dari seluruh dunia.

Bagaimanakah Cara untuk kerja Di Airport?

Dalam usaha untuk memperoleh pekerjaan di lapangan terbang, ia boleh menjadi sangat mengelirukan kerana terdapat pelbagai jenis tawaran pekerjaan dan prosedur yang perlu diketahui sepanjang proses permohonan. Jadi, jika adik-adik merupakan salah seorang daripada mereka yang ingin bekerja di lapangan terbang, maka adik-adik perlu mengetahui DUA perkara utama seperti di bawah.

Pertama sekali, adik-adik perlu tahu tentang jenis-jenis pekerjaan dan jabatan yang adik-adik ingin berkhidmat di bawahnya, mengikut minat dan kelayakan.

Kedua, prosedur pengambilan kerja di Airport akan mengutamakan calon yang mempunyai bidang khusus dan berkaitan dengan pekerjaan yang dipilih. Justeru itu, adik-adik wajib mempunyai kelayakan yang diiktiraf dan mahir dalam bidang yang diminati sebelum memohon.

Macam sukar bunyinya kan? Namun adik-adik jangan risau, kerana YEG Academy bersedia membantu adik-adik dalam mengecapi cara-cara terbaik untuk kerja di Airport.

YEG Academy bersedia untuk Membantu Anda mendapatkan pekerjaan di Airport

YEG Academy merupakan sebuah organisasi pendidikan di Malaysia yang menawarkan bidang pembelajaran dan kerjaya, selari dengan permintaaan pasaran kerjaya pada masa kini.  

Jadi, buat adik-adik yang ingin kerja di Airport dan tidak tahu cara untuk memperolehinya, YEG Academy boleh membantu adik-adik semua untuk sambung belajar di bawah Aviation Career Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis jurusan dan bidang-bidang menarik menerusi industri Airport.

Apakah itu Aviation Career Malaysia? | Cara untuk Kerja di Airport

Baiklah, mari Nani terangkan terlebih dahulu kepada adik-adik tentang Aviation Career Malaysia ini.

Aviation Career Malaysia ini merupakan sebuah Program Latihan kerjaya, di mana para pelatih akan dilatih selama 3 bulan sebelum bekerja. Mereka akan dilatih oleh pakar industri di dalam bidang penerbangan, mengikut bidang yang dipilih sama ada sebagai Cabin Crew, Ground Handling, mahupun Customer service.

Pelatih juga akan dilatih bermula daripada asas sehingga mahir. Kemudian, pihak kolej akan menjalankan proses penempatan kerja di syarikat penerbangan mengikut bidang yang telah dipelajari.

Menarik dan mudah sungguh! Adik-adik pasti sudah semakin teruja untuk sambung belajar kan? Jom Nani tunjukan antara jurusan dan bidang yang ditawarkan pula.

Antara Jurusan dan Bidang yang Ditawarkan

Cara Untuk kerja Di Airport

Adik-adik pasti tertanya-tanya tentang jurusan dan bidang yang boleh diceburi di Aviation Career Malaysia ini kan? Di sini, mereka menawarkan 5 kos diploma yang menarik dan diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi, serta Technical Vocational Education and Vocational.

Oleh itu, adik-adik tidak perlu risau lagi tentang pengiktirafan kos-kos di bawah Aviation Career Malaysia. Hal ini kerana, mereka sememangnya memastikan bahawa kualiti pendidikan di institusi adalah terjamin untuk masa depan para pelajar.

Antara kos-kos yang ditawarkan adalah:

  • Diploma Airline Operation Management
  • Diploma Air Cargo Management
  • Diploma Aircraft Maintenance Technology
  • Pra Diploma Aircraft Maintenance Technology
  • DKM Aircraft Maintenance operation

Jika adik-adik ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kos-kos yang ditawarkan, syarat-syarat kemasukan dan antara perkara yang akan dipelajari, adik-adik boleh KLIK DI SINI.

Lokasi Kolej dan Tempat Belajar Para Pelatih

Atas kerjasama Aviation Career Malaysia dan Pusat Latihan Teknikal Meatech, tempat belajar bagi bidang penerbangan ini berlokasi di Kolej Teknologi MEA No. 1 & 3, Jalan UTL 4, Bandar Universiti Teknologi Lagenda, 71700 Mantin, Negeri Sembilan

Kolej Teknologi MEA ini merupakan salah satu institusi yang memberikan tumpuan kepada penyediaan Latihan TVET bagi sebarang program latihan yang berkaitan dengan penerbangan. Ia berperanan penting dalam melahirkan barisan hadapan syarikat penerbangan yang berkelayakan dan berkemahiran tinggi untuk menyokong keperluan industri.

Bukan itu sahaja, Pusat Latihan Teknikal Meatech juga amat tersedia dari segi fasiliti dan memiliki kemudahan akademik yang lengkap bagi keselesaan semua pelajar dan tenaga pengajar.

Sebelum Nani mengakhiri perkongsian ‘Cara untuk Kerja di Airport’ ini, jom sama-sama kita tonton sebuah video perkongsian daripada pelajar Pusat Latihan Teknikal Meatech yang telah berjaya membuat pilihan terbaik.

Buat adik-adik yang teringin untuk mendalami bidang pekerjaan di Airport dengan lebih baik, adik-adik boleh hubungi kami di talian 03-6143 5073 atau KLIK DI SINI untuk sebarang info lanjut.

Adik-adik juga boleh layari laman Facebook YEG Academy untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program pendidikan yang kami tawarkan. Selamat maju jaya!



Leave a Reply