YEG Academy

YEG PESTA SAMBUNG BELAJAR NI APA?

Hai adik-adik lepasan SPM. SPM mesti dah habiskan masa korang baca artikel ni? Korang yang jawab SPM, Cik Bell yang berdebar lebih tau. Yelaa, tiba-tiba terkenang peristiwa masa Cik Bell jawab SPM dulu. Korang nak tahu tak kisah yang paling Cik Bell tak dapat lupakan masa jawab SPM dulu? Baca sampai habis tau Cik Bell nak cerita ni. Penat Cik Bell taip untuk korang. Lepas tu nanti baru Cik Bell akan kongsikan info best pula untuk korang tau. Okay masa tu, Cik Bell baru habis paper pagi. Tak ingatlah subjek apa masa tu. Kononnya balik rumah nak rehat kejap sebab petang tu ada paper lain pula. Tiba-tiba terjaga je dari tidur, tengok jam dah lambat weh! Fuh, punyalah laju Cik Bell bersiap masa tu. Lari pecut kalah pelesit waktu pergi sekolah. Sampai tepi dewan Cik Bell terfikir, ‘nak ikut pintu depan nanti lagi lambat. Lompat je tembok ni boleh tak?’ Fuyoo masa tu terus Cik Bell lompat tembok tu dan masuk dalam dewan. Semua orang pandang Cik Bell dengan muka pelik. Tapi Cik Bell abaikan je yang penting lega sebab sempat jawab exam tu. Kelakar sangat bila ingat balik.

APA ITU YEG PESTA SAMBUNG BELAJAR?

Okay dah jom pergi pada point yang Cik Bell nak kongsikan harini. Tapi sebelum tu, buat semua adik-adik yang dah jawab SPM tu, Cik Bell doakan semoga korang dah buat yang terbaik dan semoga korang akan mendapat keputusan yang cemerlang. Amin! So, lepas SPM ni korang dah fikir tak nak sambung bidang apa? Ke masih tercari-cari lagi? Kalau masih belum pasti lagi, Cik Bell cadangkan korang sertai kempen YEG Pesta Sambung Belajar. Apa benda YEG Pesta Sambung Belajar ni? Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang kempen ni, cari je #jangansalahpilihbidang. Semua maklumat tentang kempen ni mesti keluar. Tapi secara ringkas yang Cik Bell boleh kongsikan, kempen ni merupakan usaha yang dijalankan oleh YEG Academy bagi membantu pelajar lepasan SPM untuk lebih didedahkan dengan program dan bidang yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran kerjaya.

APA TUJUAN KEMPEN INI?

Selain daripada itu, kempen YEG Pesta Sambung Belajar ini juga diwujudkan bagi menjadi sebuah platform pendidikan yang boleh dijadikan rujukan oleh para pelajar lepasan SPM agar tidak tersalah memilih bidang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Di YEG Pesta Sambung Belajar, mereka akan memastikan agar pelajar lepasan SPM akan memilih bidang berpandukan dengan minat dan potensi diri mereka sendiri. Jadi, tak adalah korang main tangkap muat je bidang yang ada.  Cik Bell nak ingatkan korang tau, pemilihan bidang ni memang sangat-sangat penting. Lebih penting berbanding pemilihan IPT sebenarnya. Korang pernah tahu tak apa akibatnya kalau korang tersalah pilih bidang? Jom Cik Bell kongsikan dengan korang sedikit kebarangkalian yang boleh berlaku seandainya korang tersalah memilih bidang.

APA KESAN KALAU TERSALAH PILIH BIDANG?

Pertama, kalau korang tersalah memilih bidang, korang akan mula hilang minat untuk belajar kerana pada korang semuanya susah dan membosankan. Akhirnya, mungkin korang akan akan tamat belajar dengan keputusan yang cukup-cukup makan, atau gagal dalam pelajaran atau mungkin juga korang akan berhenti belajar dipertengahan jalan. Korang nak ke macam tu? Selain daripada itu, kesilapan dalam memilih bidang juga boleh membuatkan korang memilih untuk bekerja dalam bidang yang lain dan ini membuatkan sijil kelulusan, ilmu pengetahuan dan skills yang korang ada tidak dapat digunakan dan sijil itu menjadi sekeping kertas yang tiada nilainya. Bayangkan korang dah habiskan masa, wang dan tenaga selama beberapa tahun, akhirnya sijil tu tak boleh digunapakai. Membazir tak? Sebab itulah YEG Pesta Sambung Belajar ini diwujudkan. Supaya korang memilih bidang yang tepat dan akhirnya bekerja di dalam bidang yang korang minat. Barulah boleh membina kerjaya di masa hadapan. Setuju tak dengan pendapat Cik Bell?

APA KELEBIHAN SERTAI YEG PESTA SAMBUNG BELAJAR?

Jadi, sebelum Cik Bell akhiri bebelan Cik Bell untuk harini, jom Cik Bell kongsikan dengan korang apa yang YEG Academy tawarkan kepada pelajar yang mendaftar sewaktu kempen YEG Pesta Sambung Belajar ini berlangsung. Pertama, 5000 pelajar terawal yang mendaftar akan menerima agihan dermasiswa sebanyak RM 12.5 juta. Wow! Kedua, Sijil Kemahiran Industri (SKiN) bernilai RM6000 akan diberikan secara PERCUMA dan yang terakhir, program yang ditawarkan adalah dari bidang-bidang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerjaya dengan kerjasama dari pakar-pakar industri yang dipercayai di negara kita. Jadi korang semua jangan terlepas peluang tau. Jangan pening-pening nak fikirkan program atau bidang yang korang nak pilih lagi, jom sertai Pesta Sambung Belajar, #jangansalahpilihbidang sekarang.



Leave a Reply