YEG Academy

DHUMY YEG Academy Bukan Scam! Anda pernah dengar tentang DHUMY YEG Academy? Betul ke DHUMY YEG Academy ni bukan scam? Boleh dipercayai ke agak-agaknya ya?

Nani tahu, adik-adik pasti tertanya-tanya tentang kesahihan hal ini kan? Jangan risau, sebab Nani akan terangkan tentang kesahihannya kepada adik-adik semua. Tetapi sebelum, jom kita kenali apa itu DHUMY YEG Academy terlebih dahulu.

Apakah itu DHUMY YEG Academy? | DHUMY YEG Academy Bukan Scam!

DHUMY merupakan sebuah bidang dalam Pengurusan Haji & Umrah. Bidang ini merupakan salah satu bidang yang semakin galak menjadi pilihan para pelajar lepasan SPM dan sudah mulai dikenali di serata dunia.

Objektif program DHUMY ini bertujuan untuk melahirkan pakar dalam industri Haji dan Umrah seperti pegawai operasi, penolong pengurus, penolong pegawai tadbir, dan mutawwif yang berpengetahuan serta kompeten dalam hal-hal pengurusan dan Fiqh Haji atau Umrah.

DHUMY juga berperanan membentuk pelajar yang berkebolehan dalam menyelesaikan isu-isu kontemporari dalam hal-hal pengurusan dan Fiqh Haji atau Umrah secara kreatif, inovatif, beretika dan professional. Ia juga secara tidak langsung dapat membantu menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan diri bagi setiap pelajar.

Di samping itu, Nani juga ingin selitkan tentang salah satu isu yang sering kita dengar iaitu, para jemaah Haji atau Umrah yang sering tertipu oleh scammer.

Hal-hal seperti ini jugalah yang telah mendorong lebih ramai anak muda untuk mulai mempelajari ilmu dalam bidang Umrah atau Haji, agar mereka dapat membimbing dan membantu para jemaah terutamanya ibu bapa atau ahli keluarga mereka sendiri untuk beribadah dengan lebih baik tanpa sebarang was-was.

Sekarang, pasti adik-adik sudah faham apa itu DHUMY kan? Mari Nani terangkan pula kenapa DHUMY YEG Academy ini bukan scam.

DHUMY YEG Academy 100% bukan scam

Jika adik-adik ingin menyambung pelajaran, sudah semestinya ibu bapa adik-adik turut mahukan institusi yang terbaik, berkredibiliti dan mampu menjamin masa hadapan adik-adik semua. Namun, para ibu bapa tidak perlu risau dengan adanya YEG Academy.

Seperti yang dimahukan para ibu bapa, begitu jugalah keutamaan DHUMY YEG Academy yang sentiasa berusaha dalam memastikan institusi dan tenaga pengajar kami mampu memberikan hasil pembelajaran berkualiti buat para pelajar.

Walaupun DHUMY ini merupakan program diploma terbaharu di pasaran, adik-adik tidak perlu ragu-ragu kerana ia sudah diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA). Paling penting ialah, silibus yang disediakan juga adalah menepati International Organization for Standardization (ISO).

Hal ini dikatakan demikian kerana, pihak pengurusan tertinggi dan jawatankuasa Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, serta pihak Innovative International College (IIC) telah melalui pelbagai prosedur seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

Bukan itu sahaja, tenaga pengajar yang dilantik juga adalah terdiri daripada tenaga-tenaga pengajar profesional, serta beberapa selebriti dakwah terkenal seperti PU Riz dan PU Amin. Hebat bukan? Kesimpulannya, DHUMY YEG Academy ini sememangnya bukan scam.

Nani boleh jamin bahawa DHUMY YEG Academy ini merupakan sebuah program diploma yang boleh para ibu bapa serta adik-adik percayai dari segi kualiti pembelajaran terbaik, peningkatan peluang kerjaya oleh tenaga pengajar profesional, dan yang paling penting memang bukan scam!

Buktinya dapat kita lihat melalui pelajar-pelajar batch pertama DHUMY yang sedang menjalani proses praktikal dengan pelbagai agensi pelancongan islami terbesar di Malaysia. Sebahagiannya juga telah diterbangkan ke Makkah dan Madinah untuk menjalankan praktikal di tempat sebenar! Mari kita lihat perkongsian mereka.

Sungguh, inilah hari yang dinanti-nantikan buat para pelajar dan tenaga pengajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY), kerana di sinilah bermulanya penghantaran pertama para pelajar untuk menjalankan praktikal di tanah Haram.

Di Manakah Lokasi Institusi DHUMY?

Buat masa ini, DHUMY YEG Academy berada di Kampus Kolej Antarabangsa Inovatif yang terletak di Kelana Jaya, Selangor. Namun, ia akan dipindahkan ke Kampus Cyberjaya pada tahun 2023 akan datang.

Paling menarik bagi Nani adalah, Kampus Cyberjaya ini terletak berhampiran dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti. Jadi, mudahlah untuk adik-adik bergerak ke sana sini, ataupun ingin mencari barang-barang keperluan nanti. Adik-adik boleh lihat Google Maps di bawah:

Selain itu, Kolej Antarabangsa Inovatif dan Kementerian pengajian tinggi (KPT) turut menawarkan insentif khas perkasa pendidikan kepada pelajar-pelajar DHUMY. Antaranya ialah, insentif khas untuk yuran pendaftaran dan dermasiswa khas untuk pengajian sepanjang tempoh pengajian.

Bukan itu sahaja, malahan pelajar-pelajar DHUMY juga berpeluang untuk menjalankan praktikal di tanah suci Makkah dan Madinah! Nani pasti, tiada tempat pengajian lain yang menawarkan tawaran seperti DHUMY YEG Academy.

Untuk pengetahuan adik-adik, agensi besar seperti Andalusia Travel and Tours juga turut menandatangani perjanjian persefahaman bersama DHUMY dalam mendidik para pelajar untuk menjadi tenaga industri yang profesional.

Jadi, buat adik-adik yang ingin mengetahui info lanjut tentang keistimewaan, perjalanan dan apa akan pelajari melalui DHUMY, adik-adik boleh KLIK DI SINI.

Kenapa Perlu Memilih Program DHUMY?

Kolej Antarabangsa Innovatif bukan sahaja mahir dalam bidang pendidikan, tetapi mereka juga mahir dalam menghasilkan sejumlah besar alumni yang berkebolehpasaran.

Ditubuhkan pada tahun 1998, Kolej Antarabangsa Innovatif kini mempunyai lebih daripada 1,000+ alumni. Ia telah berkembang pesat dan semakin bergerak ke arah yang lebih progresif dalam bidang pendidikan. Sungguh, itulah tanggungjawab terbesar mereka dalam merangsang para pelajar untuk menjadi lebih inovatif kepada generasi akan datang.

DHUMY YEG Academy juga menawarkan 2 program menarik dalam bidang Haji dan Umrah iaitu, Diploma Pengurusan Haji & Umrah dan Sijil Profesional Haji & Umrah.

Bagi Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, adik-adik akan mempelajari teori secara 50% dan 50% selebihnya merupakan praktikal selama 2 tahun 6 bulan. Paling menarik, adik-adik juga berpeluang melakukan praktikal di Makkah.

Untuk Sijil Profesional Haji dan Umrah pula hanya mengambil masa selama 3 bulan tempoh pengajian. Adik-adik akan mempelajari pelbagai ilmu menarik berkaitan Haji dan Umrah, serta mencungkil bakat adik-adik dalam bidang DHUMY ini. Memang menarik!

Sekarang, adik-adik pasti lebih yakin bahawa DHUMY YEG Academy ni bukan scam kan? Walaupun adik-adik sudah yakin bahawa DHUMY YEG Academy bukan scam, tapi Nani tetap nak share satu video perkongsian untuk kita tonton bersama.

Jom kita dengar apa kata pelajar DHUMY ini dan kenapa mbeliau memilih program DHUMY YEG Academy sebagai tempat untuk sambung belajar.

Jadi, buat adik-adik yang masih keliru dalam pemilihan bidang untuk pelajaran seterusnya, mungkin inilah panggilan untuk adik-adik menyambung pelajaran melalui program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah bersama DHUMY YEG Academy. Untuk meyakinkan adik-adik, di sini terdapat testimoni-testimoni para pelajar yang boleh adik-adik lihat sendiri >> KLIK DI SINI. <<

Kepada adik-adik yang sudah berminat tu, jangan tunggu lama-lama ya! Jom mendaftar bersama DHUMY YEG Academy DI SINI. Adik-adik juga boleh ikuti perkembangan kami di laman sosial media rasmi seperti:

TikTok: dhumy.official

Facebook: Pengurusan Haji dan Umrah

Instagram: dhumy.official

Pastikan adik-adik ‘like‘ dan ‘follow‘ laman media sosial kami untuk sebarang info terkini. Ingat, DHUMY YEG Academy bukan scam tau!



Leave a Reply