YEG Academy

Nani yakin ramai skeptikal untuk ambil diploma bidang agama untuk sambung belajar ketika di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Mesti juga diantara kita ada yang pernah dengar komen-komen buruk oleh masyarakat sekeliling tentang bidang ini.

“Belajar bidang agama ini tiada masa depan!”

“Kalau habis belajar bidang agama nanti mesti tiada peluang pekerjaan yang luas”

“Mesti bosan ambil bidang agama untuk sambung belajar”

Sudah semestinya terdapat pelbagai lagi komen-komen yang berbaur sebegitu. Walau bagaimanapun, Nani tidak nafikan yang ada juga di antara masyarakat yang sentiasa memberikan komen positif untuk anak-anak muda yang sambung diploma bidang agama. Jadi, persoalan kepada topik kita pada hari ini adalah untuk membincangkan tentang masa depan bidang agama untuk para graduan di Malaysia.

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI & UMRAH (dhumy) PUN BIDANG AGAMA?

Susah Nani nak terangkan sama ada Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) ni tergolong dalam bidang-bidang agama ataupun tidak. Tapi, pada pandangan Nani, subjek-subjek dalam diploma ini adalah sangat menyeluruh. Nani pernah dapat soalan berbunyi begini, “diploma ni belajar tentang nak buat haji dan umrah je ke?” daripada para pelajar dan ibu bapa yang berminat dengan DHUMY.

Salah itu! Kita semua kena faham bahawa dua pecahan utama dalam diploma ini adalah dari segi pengurusan dan bahagian haji dan umrah. Sebenarnya, kalau sesiapa yang ambil DHUMY sebagai diploma bidang agama mereka, para pelajar akan pelajari bidang ini secara lebih berfokus.

Berikut adalah perkongsian salah seorang pelajar DHUMY ketika memilih bidang ini sebagai bidang sambung belajar beliau.

Contoh-contoh subjek yang akan para pelajar bakal pelajari di Diploma Pengurusan Haji dan Umrah:

  1. Fiqh Haji dan Umrah 1, 2 dan 3
  2. Pengendalian dan prosedur lapangan terbang
  3. Bahasa Arab dan bahasa Inggeris
  4. Pengurusan Islam
  5. Teologi
  6. Pengurusan sumber manusia

Apa cONTOH KERJAYA UNTUK YANG AMBIL diploma bidang agama (DHUmy)?

  1. Usahawan dalam bidang haji dan umrah
  2. Pegawai haji dan umrah
  3. Pegawai hal ehwal islam
  4. Pegawai pelancongan haji dan umrah
  5. Pegawai pentadbiran
  6. Mutawwif haji dan umrah
  7. Pegawai pemasaran haji dan umrah
  8. Pegawai khidmat pelanggan

CARA UNTUK SERTAI diploma bidang agama (DHUMY)

Korang berminat nak membaca artikel lain yang berkaitan dengan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah? Jangan risau sebab anda boleh baca dari sini.

Kalau korang ikuti laman sosial media kami di InstagramTikTok dan Facebook, sebenarnya DHUMY banyak kongsikan maklumat yang bermanfaat. Selain itu, terdapat video-video para pelajar kita yang sedang menjalankan praktikal di tanah suci. Yang penting, kalau berminat untuk mendaftar atau nak tanyakan apa-apa soalan berkaitan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, korang boleh isi maklumat yang diperlukan di sini.



Leave a Reply