- 07/12/2022
- Posted by: athirahyeg
- Category: Artikel Utama

BEZA ANTARA DIPLOMA DAN CAREER

Ada beza ke diploma dan career? Kena belajar kedua-duanya sekali ke? atau pilih salah satu? Okay tenang dulu dan jangan keliru. Thirah akan kongsikan perbezaan untuk dua program ini. Dua program ini bukan lah merupakan program yang sama. Thirah pasti kalau sebut tentang diploma, pasti sudah ramai yang tahu serba sedikit tentang laluan dan perjalanan untuk program itu. Kebiasaannya, program ini mengambil masa antara dua hingga ke tiga tahun yang akan dipilih oleh lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Kelayakkan untuk memasuki program itu pula sedikit berbeza dari program career.
Bagaimana pula demgan career? Okay sini thirah terangkan tentang career pula, tempoh latihan untuk program career lebih singkat berbanding diploma iaitu hanya selama 3 bulan sahaja.
“Kalau macam tu, baik sertai program career je, cepat sikit habis belajar!” Tunggu dulu, jangan tergopoh-gapah dalam membuat keputusan. Seterusnya, thirah nak share pula tentang kelebihan untuk program-program ini supaya korang lebih jelas.


ANTARA KELEBIHAN DIPLOMA DAN CAREER
Pertama sekali, kelebihan untuk program Diploma adalah mereka akan berpeluang untuk menjalani latihan praktikal, yang dimana pelajar akan diberi pendedahan awal tentang suasana dan pengalaman bekerja di syarikat yang sebenar dan merasai menjalani kehidupan seperti pekerja biasa. Bagi program career pula, pastinya tempoh yang singkat itu merupakan kelebihan yang utama. Sebaik sahaja tamat tempoh latihan selama 3 bulan, korang sudah boleh memulakan langkah dalam kehidupan kerjaya.
Selain itu, kelebihan bagi program Diploma adalah dari segi peluang pekerjaan yang lebih menyeluruh. Seperti yang ramai sedia tahu, kualifikasi dalam mencari calon pekerjaan kebiasaannya akan diutamakan bagi mereka yang mempunyai kelulusan Diploma. Akan tetapi, kelebihan untuk career juga menguntungkan kerana bagi industri kemahiran pula, mereka akan lebih mengutamakan yang mempunyai sijil career kerana sijil itu lebih tertumpu kepada praktikal.
Akhir sekali, bagi mereka yang memilih untuk menyertai program Diploma pula akan membuka satu lagi laluan iaitu menyambung pelajaran dalam ijazah sarjana muda pula manakala bagi mereka yang mengambil program career boleh ke laluan seterusnya iaitu Diploma tetapi dengan kelebihan pengetahuan yang telah diperoleh sewaktu latihan program career yang terdahulu.
JADI, NAK PILIH YANG MANA SATU?
Sebenarnya, kedua-dua program ini mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Walau bagaimanapun, terpulang kepada individu yang memilih untuk kesenangan dan masa depan sendiri. Apa yang penting, Pilih mengikut kemampuan diri anda, jangan pertaruhkan masa depan anda dengan keputusan yang salah.
KALAU KORANG NAK SERTAI DIPLOMA DAN CAREER BAGI BIDANG PENERBANGAN, BOLEH KLIK DISINI
DIPLOMA DAN CAREER APA YANG ADA?
DIPLOMA YANG KAMI TAWARKAN :
- DIPLOMA IN AIRCRAFT MAINTENANCE
- DIPLOMA IN AIR CARGO MANAGEMENT
- DIPLOMA IN AIRLINE OPERATION MANAGEMENT
- DKM IN AIRCRAFT MAINTENANCE TECHNOLOGY
CAREER YANG KAMI TAWARKAN :
- CABIN CREW
- GROUND HANDLING
- RAMP AGENT
- AIRLINE TICKETING
- AIRLINE CUSTOMER SERVICE
dan banyak lagi bidang-bidang menarik yang menanti anda, jangan lupa klik link di atas okay!