YEG Academy

Pernahkah anda mendengar tentang bidang Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat? Adakah anda tahu bahawa pelajar yang mengambil bidang ini dapat meneruskan kerjayanya sebagai jurutera penyelenggaraan pesawat?

Wah! Menarik, bukan? Jom ikuti kupasan kami dalam artikel kali ini mengenai bidang yang semakin mendapat sambutan hangat ini.

Mengapakah Pentingnya Sektor Penerbangan kepada Malaysia?

Pada tahun 2021 hingga 2023, dijangkakan kerjaya dalam bidang penerbangan akan meningkat. Hal ini kerana pengangkutan udara merupakan antara penyumbang utama dalam sektor ekonomi di negara kita. Secara terperincinya, pengangkutan udara berfungsi sebagai medium rantaian bekalan, aliran perdagangan, pelancongan, dan pelaburan negara.

Selain itu, sektor penerbangan seperti operator lapangan terbang, bidang pembuatan kapal terbang, dan penyelenggaraan pesawat dijangka akan membuka peluang pekerjaan sehingga mencecah 19,000 jawatan kosong. Tambahan pula, industri pengangkutan awam termasuk syarikat penerbangan dan rantaian bekalan dianggarkan menyumbang sebanyak US$5.2 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Secara keseluruhannya, hal ini jelas menunjukkan bahawa industri penerbangan amat penting kepada ekonomi negara Malaysia. Rujuk infografik di bawah untuk melihat gambaran penuh mengenai sumbangan sektor penerbangan kepada ekonomi di Malaysia.

Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat
Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat
Sumber: IATA

Tugas Jurutera Penyelenggaraan Pesawat | Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat

Bagi anda yang bakal menyambung pelajaran dalam bidang Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat, anda perlu tahu tugas yang dilakukan oleh jurutera penyelenggaraan pesawat sebelum anda menceburi kerjaya dalam bidang ini.

Tugas jurutera penyelenggaraan pesawat termasuklah melakukan kerja mekanikal seperti melakukan pembaikan, penyelenggaraan, pembinaan semula, dan servis pesawat. Selain itu, mereka perlulah mahir dalam segala ilmu mengenai penyelenggaraan pesawat. Misalnya, prosedur penyelenggaraan pesawat, sistem pemeriksaan, peraturan dan langkah keselamatan yang ditetapkan, dan bahagian-bahagian pesawat.

Kerja tetap yang akan dilakukan termasuklah memeriksa keadaan pesawat dan enjin secara harian. Di samping itu, mereka perlu melaksanakan program penyelenggaraan dan overhaul pesawat harian. Paling penting, mereka perlu memastikan pesawat berada dalam keadaan yang selamat sebelum pesawat dibenarkan untuk menjalani penerbangan.

Gaji Jurutera Penyelenggaraan Pesawat | Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh PayScale, anggaran gaji tahunan bagi jurutera penyelenggaraan pesawat di Malaysia adalah sebanyak RM79,864.

Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat

Bagi jurutera penyelenggaraan pesawat yang berpengalaman kurang daripada setahun, purata gaji yang diterima setahun ialah RM79,271 berdasarkan 12 gaji (termasuk tip, bonus, dan overtime). Bagi yang mempunyai pengalaman selama 5 hingga 9 tahun, gaji yang diperoleh adalah sebanyak RM78,383 berdasarkan 13 gaji.

Manakala, bagi mereka yang sudah berpengalaman selama 10 hingga 19 tahun dalam bidang aircraft ini, akan memperoleh gaji sebanyak RM106,200 berdasarkan 9 gaji. Paling lumayan, mereka yang telah mempunyai pengalaman selama 20 tahun atau lebih akan memperoleh gaji sebanyak RM348,171 setahun.

Sumber: PayScale

Anda Pernah Dengar Tentang YEG?

YEG, atau nama penuhnya Your Education Guidance merupakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya yang membantu para pelajar memilih program pendidikan dan kerjaya. Selain itu, YEG juga membantu belia memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kerjaya industri.

Kenapa Anda Perlu Sambung Belajar Melalui YEG?

Sekiranya anda berminat untuk meneruskan pelajaran dan kerjaya dalam bidang yang sama, YEG lah pilihan yang tepat. Di YEG, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda dengan memberikan peluang kepada anda melanjutkan pelajaran. Di YEG, kami bukan sahaja menawarkan pendidikan, malahan juga membantu dalam bidang kerjaya.

Untuk pengetahuan anda, YEG menawarkan kursus terbaik yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja semasa dan juga relevan di masa hadapan. Kami juga membangunkan garis panduan etika yang ketat bagi memandu para perunding kami untuk berhubung dengan pelajar, keluarga, pihak sekolah, dan rakan sebaya.

Bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran, kami ada menawarkan dua bentuk pendidikan, iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma MQA. Kursus Intensif Kerjaya juga disediakan bagi pelajar yang ingin memulakan kerjaya sejurus tamat SPM. KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut.

Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat

Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat

YEG menawarkan beberapa kursus dalam bidang aviation kepada anda yang minat untuk berkerjaya dalam industri penerbangan. Anda hanya akan memperuntukkan masa selama 3 tahun untuk menamatkan pengajian ini. Terdapat dua jenis diploma yang ditawarkan, iaitu Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat dan Diploma Kemahiran Operasi Penyelenggaraan Pesawat. Bagi anda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini, anda perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut.

Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat

  • Lulus SPM dan sekurang-kurangnya mendapat 3 kredit
  • Lulus dalam subjek Bahasa Inggeris

Diploma Kemahiran Operasi Penyelenggaraan Pesawat

  • Lulus SPM
  • Lulus dalam subjek Bahasa Inggeris

YEG juga ada menawarkan dua jenis program baharu dalam bidang aviation, iaitu Diploma Air Cargo Management dan Diploma Airlines Operation Management.

Kelebihan Program

Anda boleh menikmati keistimewaan program Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat sepanjang tempoh pengajian. Berikut merupakan kelebihan program ini:

  • Dermasiswa khas pendidikan sebanyak RM10,000
  • Tempat penginapan percuma sepanjang tempoh pengajian
  • Latihan industri
  • Aircraft Maintenance Licence (AML)
  • Peluang pekerjaan tersedia selepas tamat pengajian

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bidang Aviation, hubungi Expert Industry kami, iaitu Encik Mukmin di talian 017-732 6939.

Testimoni Pelajar | Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat

Mari lihat testimoni pelajar yang belajar dalam bidang Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat di YEG seperti di bawah:

Benarkah bidang aviation ini banyak membuka peluang pekerjaan? Jom tonton video di bawah:

Jangan sia-siakan peluang dan usia muda anda. Hubungi kami di talian 03-6143 5073 atau KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut. Anda juga boleh melayari laman Facebook kami untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program pendidikan yang ditawarkan di YEG.



Leave a Reply