- 18/02/2022
- Posted by: lunaworks
- Category: Artikel Utama

Ramai dalam kalangan pelajar lepasan SPM kurang mengetahui tentang hala tuju mereka selepas tamat belajar. Meskipun asasi dan matrikulasi sering menjadi pilihan utama, tidak dinafikan ramai juga pelajar yang berminat untuk menyambung diploma. Pelbagai kursus diploma yang ditawarkan di negara ini. Salah satunya ialah program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah.
Pernahkah anda mengetahui tentang program ini? Jika belum, ayuh baca informasi penting mengenai kursus ini. Siapa tahu, anda mungkin berminat untuk menyambung pengajian dalam Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di YEG sejurus habis SPM kelak.
Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Diploma Pengurusan Haji dan Umrah?
Sebelum anda melanjutkan pelajaran dalam apa-apa bidang sekali pun, anda perlulah mengetahui beberapa perkara penting terlebih dahulu!
Tips Sebelum Memilih Bidang yang Sesuai
1. Kenal Pasti Kebolehan Diri
Perkara pertama yang boleh anda lakukan sebelum melanjutkan pelajaran di mana-mana Institut Pendidikan Tinggi (IPT) adalah mengenal pasti kebolehan diri anda terlebih dahulu. Hal ini kerana, dengan kebolehan yang anda miliki, anda boleh menentukan hala tuju masa depan anda dengan lebih tepat. Misalnya, bagi yang mempunyai kemahiran dalam bidang masakan, anda boleh memilih Diploma Seni Kulinari. Jika anda berkebolehan dalam membaiki kenderaan pula, anda boleh memilih aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
2. Tetapkan Cita-Cita Anda
Apabila anda telah menetapkan cita-cita yang ingin dicapai, hal ini dapat membantu anda melihat hala tuju pembelajaran di peringkat seterusnya dengan lebih jelas. Justeru, anda perlu bijak mencari peluang dan berusaha untuk memilih bidang yang sesuai dengan diri anda.
Sebagai contoh, sekiranya anda berminat dalam bidang keagamaan, anda boleh memilih kursus yang berkaitan seperti pengajian Islam, syariah atau muamalat. Diploma Pengurusan Haji dan Umrah merupakan salah satu pilihan yang sesuai sekiranya anda berminat mendalami pengajian Islam.
Dengan menetapkan cita-cita anda terlebih dahulu, hal ini sememangnya mampu meningkatkan semangat dan motivasi dalam diri anda untuk menggapai cita–cita yang telah anda impikan.
3. Minta Pendapat Orang Lain
Bagi anda yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, anda pasti akan berada dalam dilema sama ada ingin meneruskan pengajian atau tidak. Anda juga mungkin menghadapi masalah untuk memilih bidang bagi meneruskan pelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana, anda mungkin terpengaruh dengan ajakan dan nasihat rakan anda.
Walau bagaimanapun, anda sebenarnya boleh meminta pendapat orang lain yang lebih arif seperti kaunselor, guru-guru dan keluarga anda. Kemudian, anda boleh meneliti satu per satu pandangan dan nasihat mereka tentang senarai kursus yang ditawarkan di IPT. Dengan itu, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat keputusan.
4. Senaraikan Kelebihan dan Kekurangan dalam Setiap Bidang
Antara perkara penting yang anda perlu lakukan adalah menyenaraikan segala kelebihan dan kekurangan bagi setiap bidang. Hal ini mungkin dapat membantu anda memilih kursus yang anda minati. Cara ini dapat mengelakkan berlakunya sebarang penyesalan di kemudian hari sekiranya anda tersalah pilih bidang.
5. Pastikan Peluang Pekerjaan Tersedia Selepas Tamat Belajar | Diploma Pengurusan Haji dan Umrah
Sebagai seorang bakal graduan, anda harus menitikberatkan tips yang terakhir ini. Anda perlulah bijak melihat peluang pekerjaan yang ada di pasaran seiring dengan kursus yang ingin diambil. Hal ini penting untuk memastikan anda tidak mengalami sebarang masalah pengangguran atau persaingan pekerjaan yang tinggi selepas tamat pengajian nanti.
Kepentingan Bidang Pengurusan Haji dan Umrah
Umum mengetahui, pertumbuhan bagi pasaran haji dan umrah juga dijangka meningkat sebanyak 630,000 menjelang tahun 2022 dan 2023. Keadaan ini pastinya memerlukan organisasi yang efektif bagi memastikan kelancaran pengurusan jemaah agar jemaah sentiasa dalam keadaan baik.
Selain itu, permintaan terhadap tenaga pakar dalam bidang haji dan umrah ini juga masih lagi meningkat setiap tahun.
“Permintaan mengerjakan umrah rakyat Malaysia pada masa kini semakin meningkat dan kerajaan Arab Saudi tidak menghadkan kuota kemasukan ke negaranya.” – Datuk Ahmad Marzuk Shaary
Sumber: Utusan Malaysia
Dengan adanya peningkatan permintaan kuota mengerjakan umrah kepada rakyat Malaysia ini, tentunya memberikan kelebihan kepada pusat pengajian untuk melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam bidang haji dan umrah ini. Hal ini seterusnya mempu menjadikan industri pengurusan haji dan umrah di Malaysia semakin berkembang maju.
Peluang Kerjaya dalam Bidang Pengurusan Haji dan Umrah
Bidang pengurusan haji dan umrah ini sememangnya menyediakan peluang kerjaya yang sangat menarik bagi para graduan. Selain itu, kemahiran yang dipelajari ketika di pusat pengajian juga boleh digunakan bukan sahaja dalam pengurusan haji dan umrah, tetapi dalam keseluruhan industri pengurusan dan perniagaan berkaitan haji dan umrah.
Antara kerjaya-kerjaya yang ditawarkan sekiranya anda tamat pengajian adalah seperti berikut:
- Usahawan dalam Bidang Haji dan Umrah
- Pengurus Syarikat Pelancongan Haji dan Umrah
- Pengurus Hotel dan Pelancongan
- Pegawai Haji dan Umrah
- Pegawai Hal Ehwal Islam
- Pegawai Operasi Penerbangan Haji dan Umrah
- Pegawai Pentadbiran
- Mutawif dan Mutawifah Haji dan Umrah
Wah! Memang banyak pilihan kerjaya yang boleh diceburi sekiranya anda menyambung pengajian Diploma Pengurusan Haji dan Umrah.
Anda Pernah Dengar Tentang YEG?
YEG, atau nama penuhnya Your Education Guidance merupakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya yang membantu para pelajar memilih program pendidikan dan kerjaya. Selain itu, YEG juga membantu belia memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kerjaya industri.
Kenapa Anda Perlu Sambung Belajar Melalui YEG?
Sekiranya anda berminat untuk meneruskan pelajaran dalam bidang pengurusan haji dan umrah, YEG lah pilihan yang tepat. Di YEG, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda dengan memberikan peluang kepada anda melanjutkan pelajaran. Di YEG, kami bukan sahaja menawarkan pendidikan, malahan juga membantu dalam bidang kerjaya.
Untuk pengetahuan anda, YEG menawarkan kursus terbaik yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja semasa dan juga relevan di masa hadapan. Kami juga membangunkan garis panduan etika yang ketat bagi memandu para perunding kami untuk berhubung dengan pelajar, keluarga, pihak sekolah, dan rakan sebaya.
Bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran, kami ada menawarkan dua bentuk pendidikan, iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma MQA. Kursus Intensif Kerjaya juga disediakan bagi pelajar yang ingin memulakan kerjaya sejurus tamat SPM. KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut.

Tawaran Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di YEG
Diploma Pengurusan Haji dan Umrah
Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DPHU) akan dipelajari selama 2 tahun 6 bulan. Dalam tempoh tersebut, pelajar akan mempelajari teori secara 50% dan 50% lagi secara praktikal. Lebih menarik lagi, pelajar berpeluang untuk menjalani praktikal selama 2 bulan di Malaysia dan sebulan di Makkah dan Madinah di bawah agensi yang berpengalaman seperti Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. Pada masa yang sama, pelajar boleh mengambil kesempatan ini untuk melakukan ibadah umrah.
Untuk makluman, program DPHU ini telah ditawarkan di YEG pada tahun 2018. YEG juga berperanan sebagai pengurus program ini di bawah Faculty International Studies (FIS), Innovative International College (IIC).
Syarat kemasukan diploma ini adalah seperti berikut:
- Lulus SPM dan sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah (Diploma)
- Lulus SPM dan sekurang-kurangnya 1 kredit (Pra Diploma)
- Lulus STAM dan sekurang-kurangnya mendapat pangkat Maqbul
Antara syarat lain DPHU ini adalah boleh membaca, khususnya membaca al-Quran dan wajib beragama Islam.
Kelebihan Program Diploma dan Pra Diploma
Antara kelebihan yang akan diterima oleh pelajar bagi program Diploma dan Pra Diploma ini adalah:
- Pelajar akan menerima dermasiswa yuran pengajian sebanyak RM2,500
- Pengangkutan disediakan
- Percuma kelas intensif Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
- Latihan industri disediakan
- Tajaan penuh oleh beberapa agensi bagi umrah/ziarah di Arab Saudi
- Peluang pekerjaan tersedia selepas tamat pengajian
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bidang haji dan umrah, hubungi kaunselor kami, iaitu Cik Nabihah di talian 010-423 0985.

Testimoni Pengajian DPHU di YEG | Diploma Pengurusan Haji dan Umrah
Antara testimoni daripada pelajar YEG dalam Diploma Pengurusan Haji dan Umrah:

Mari kita dengar pengalaman daripada pelajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah.
Jangan sia-siakan peluang dan usia muda anda. Hubungi kami di talian 03-6143 5073 atau KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut. Anda juga boleh melayari laman Facebook kami untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program pendidikan yang ditawarkan di YEG.