EKOSISTEM PEMBELAJARAN TERBAIK


Sebelum kewujudan platform pendidikan seperti YEG Academy, kebanyakkan pelajar lepasan SPM membuat pilihan bidang sambung belajar tanpa mendapat bimbingan pihak professional. Tidak dinafikan, ada segelintir daripada mereka yang meminta nasihat daripada golongan yang lebih berpengalaman seperti ibu bapa, adik-beradik, guru-guru kaunseling atau para pelajar yang lebih terdahulu menginjak ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, tanpa badan pendidikan yang khusus dalam sektor ini sebagai pihak rujukan, para pelajar berkemungkinan bakal ketinggalan daripada menerima maklumat semasa. Hal ini kerana pengetahuan yang diperolehi melalui pengalaman semata-mata adalah tidak menyeluruh dan mengikut perkembangan terkini.
Di YEG Academy, salah satu ciri-ciri bidang yang ditawarkan kepada para pelajar adalah dengan memastikan bidang tersebut mempunyai ekosistem pembelajaran terbaik. Ciri-ciri ini telah dipastikan untuk merangkumi segala aspek yang bakal diterima oleh para pelajar daripada permulaan pemilihan bidang yang terbaik sehingga bidang tersebut dapat membantu para pelajar mendapatkan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian. Sehubungan dengan itu, bidang pendidikan yang ditawarkan di YEG Academy juga mengambil kira pasaran kerjaya semasa dan masa hadapan demi memastikan masalah pengangguran dapat dielakkan. Dalam pada itu, para pelajar juga bakal dibimbing untuk menjalani proses temuduga dengan syarikat-syarikat ternama.
Sebagai contoh, para pelajar yang mendaftar untuk bidang penerbangan, mereka bakal dibantu untuk melalui proses temuduga bersama Malaysia Airlines Berhad (MAS), Malindo Air, Air Asia dan sebagainya. Seterusnya, bagi para pelajar yang mendaftar untuk program diploma Haji dan Umrah, mereka bakal dibimbing untuk melalui proses temuduga bersama syarikat pelancongan seperti Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd dan Simply Travel.