- 18/02/2022
- Posted by: lunaworks
- Category: Artikel Utama

Sering kali kita mendengar bahawa ramai yang lebih memilih pengajian asasi, matrikulasi dan diploma. Hal ini kerana, pembelajaran ini dilakukan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada di IPT tempatan mahupun luar negara. Namun begitu, lambakan pelajar cemerlang telah menyebabkan berlakunya keciciran bagi pelajar yang mendapat keputusan SPM yang kurang memuaskan. Walau bagaimanapun, pelajar yang gagal SPM boleh sambung belajar sekiranya mempunyai keinginan yang tinggi.
Gagal SPM tidak bermakna gagal selamanya. Tetapi, ia merupakan satu titik permulaan hidup di mana seseorang itu perlu bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Berfikirlah masak-masak tentang hala tuju hidup anda. Bagi yang gagal SPM, kami nasihatkan anda supaya jangan berputus asa.
Sekiranya anda masih buntu untuk memilih hala tuju hidup anda, jom baca perkongsian yang kami sediakan di bawah.
Tips Mohon Sambung Belajar
Anda merupakan pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan? Jangan risau, anda masih mempunyai peluang untuk sambung belajar. Gagal SPM boleh sambung belajar sekiranya anda mengikuti tips sambung belajar seperti di bawah:
#1 Letak Pilihan Mengikut Minat dan Kemampuan
Semasa membuat permohonan sambung belajar melalui UPU Online, pastikan anda mengisi dan memilih 12 pilihan yang sesuai. Pilihan yang dipilih perlulah mengikut minat dan kemampuan anda. Sekiranya anda minat dengan kemahiran, pilihlah jurusan kemahiran berbanding akademik. Sekiranya anda tidak berjaya dalam pilihan pertama, anda akan secara automatik ditawarkan pilihan kedua dan seterusnya.

#2 Kokurikulum | Gagal SPM Boleh Sambung Belajar
Setiap IPT mewajibkan pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum sebelum tamat pengajian. Sekiranya anda seorang yang aktif dalam bidang kokurikulum ketika zaman persekolahan, ianya merupakan satu bonus buat anda. Hal ini kerana, markah kokurikulum anda menyumbang 10% daripada jumlah merit UPU. Secara tidak langsung, hal ini mampu membuka peluang untuk anda sambung belajar meskipun gagal SPM.
#3 Persediaan Temu Duga
Semasa mengisi permohonan sambung belajar di UPU Online, ada jurusan tertentu yang memerlukan anda menghadiri temu duga. Oleh itu, sekiranya anda memilih jurusan yang berkenaan, anda perlu bersedia untuk menghadiri temu duga dan menjawab segala persoalan yang dikemukakan.
#4 Kelayakan dalam Sesuatu Bidang | Gagal SPM Boleh Sambung Belajar
Setiap institusi mempunyai syarat kemasukan yang berbeza. Maka, anda perlu tahu mengenai syarat minimum kemasukan ke bidang yang diingini. Secara amnya, jika anda ingin sambung belajar dalam sesuatu bidang, anda perlulah mendapat sekurang-kurangnya markah lulus dalam bidang tersebut. Misalnya, jika anda minat untuk sambung belajar dalam bidang seni, anda perlulah lulus dalam bidang yang sama, iaitu seni sewaktu SPM.

#5 Persediaan Mental dan Fizikal | Gagal SPM Boleh Sambung Belajar
Persediaan mental dan fizikal amat penting sebelum sambung belajar. Hal ini dikatakan demikian kerana, anda akan berjauhan dengan ahli keluarga. Tambahan pula, kehidupan di IPT memaksa anda untuk lebih berdikari.
Ramai dalam kalangan pelajar yang berhenti kerana tidak mampu mengadaptasi suasana dan kehidupan di IPT. Bagi pelajar yang baharu masuk IPT, minggu orientasi (sesi suai kenal) juga sudah dirasakan sangat mencabar. Apatah lagi, mereka terpaksa menghadapi cabaran lain seperti gagal memahami subjek-subjek kursus, masalah kewangan dan sebagainya. Justeru, ketahanan mental dan fizikal sangat penting untuk anda kekal meneruskan pengajian.
Di Mana Tempat untuk Pelajar yang Gagal SPM Boleh Sambung Belajar?
Sekiranya, anda gagal dalam permohonan dan rayuan kemasukan ke IPT, anda boleh sambung belajar di tempat yang membuka peluang kepada minat dan kemahiran anda. Nak tahu di mana? Mari teruskan membaca!
- Kolej Komuniti
Jika anda tidak berjaya dalam permohonan sambung belajar ke IPT, anda boleh belajar di kolej komuniti. Kolej komuniti amat sesuai untuk anda yang inginkan ilmu kemahiran di samping kos pembelajarannya juga lebih murah berbanding di IPT.
- Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
Gagal SPM boleh sambung belajar dengan mengambil jurusan kemahiran. Anda boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di ILKA sekiranya tidak meminati akademik. Terdapat empat ILKA di Malaysia, iaitu Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP).
Anda Pernah Dengar Tentang YEG?
YEG, atau nama penuhnya Your Education Guidance merupakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya yang membantu para pelajar memilih program pendidikan dan kerjaya. Selain itu, YEG juga membantu belia memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kerjaya industri.
Kenapa Anda Perlu Sambung Belajar Melalui YEG?
Sekiranya anda merupakan pelajar yang kurang bernasib baik dalam SPM, tetapi berhasrat untuk meneruskan pelajaran atau kerjaya, YEG lah pilihan yang tepat. Di YEG, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda dengan memberikan peluang kepada anda melanjutkan pelajaran. Di YEG, kami bukan sahaja menawarkan pendidikan, malahan juga membantu dalam bidang kerjaya.
Untuk pengetahuan anda, YEG menawarkan kursus terbaik yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja semasa dan juga relevan di masa hadapan. Kami juga membangunkan garis panduan etika yang ketat bagi memandu para perunding kami untuk berhubung dengan pelajar, keluarga, pihak sekolah, dan rakan sebaya.
Bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran, kami ada menawarkan dua bentuk pendidikan, iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma MQA. Kursus Intensif Kerjaya juga disediakan bagi pelajar yang ingin memulakan kerjaya sejurus tamat SPM. KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut.

Jurusan yang Ditawarkan oleh YEG | Gagal SPM Boleh Sambung Belajar
Anda mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam SPM? Ingin sambung belajar tetapi buntu dalam memilih jurusan yang boleh dipelajari? Jangan risau! Anda yang gagal SPM boleh sambung belajar dalam jurusan yang ditawarkan oleh YEG sekiranya anda memenuhi syarat minimum yang ditetapkan. Berikut merupakan bidang pengajian yang ditawarkan oleh YEG:
- Diploma Pengurusan Haji dan Umrah
- Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat
- Diploma Pengurusan Perniagaan
- Diploma Pengurusan Hotel
- Diploma Pengurusan Pelancongan – Jepun
Sekiranya anda ingin terus bekerja sekali gus memerlukan ilmu untuk dipraktikkan dalam kerjaya, anda boleh ikuti bidang kerjaya yang ditawarkan oleh YEG seperti di bawah:
- Sijil Pengurusan Haji dan Umrah
- Sijil Kemahiran Sektor Penerbangan
- Latihan Penempatan Pekerjaan di Jepun
Anda hanya akan belajar selama 3 bulan sebelum meneruskan kerjaya mengikut bidang yang diambil.

Testimoni Pelajar | Gagal SPM Boleh Sambung Belajar
Mari lihat testimoni pelajar yang meneruskan pengajian melalui YEG dalam bidang Pengurusan Haji dan Umrah seperti di bawah:

Mari dengar apa pula kata pelajar bidang penerbangan menerusi video di bawah:
Jangan sia-siakan peluang dan usia muda anda. Hubungi kami di talian 03-6143 5073 atau KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut. Anda juga boleh melayari laman Facebook kami untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program pendidikan yang ditawarkan di YEG.