YEG Academy

IPTS yang diiktiraf MQA? Sebenarnya, penting atau tidak untuk kita ketahui sama ada IPTS yang sedang kita pilih mendapat pengiktirafan MQA ataupun tidak ya?

Seperti yang kita ketahui, Malaysia kini sedang mengalami pertumbuhan pesat di dalam sektor pendidikan. Saban hari juga, semakin banyak Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang telah dibangunkan dalam membantu dan memberi peluang pendidikan kepada para pelajar.

Walaupun begitu, adakah IPTS-IPTS tersebut mempunyai kredibiliti yang baik dan diiktiraf oleh MQA? Tetapi, MQA itu apa pula? Baiklah, pastikan adik-adik telah bersiap sedia untuk mendapatkan kupasan lanjut daripada Kak Bella, tentang IPTS dan 3 huruf M, Q dan A ini.

Apakah itu MQA? | IPTS yang Diiktiraf MQA

MQA merupakan singkatan kepada Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Ia merupakan sebuah badan berkanun yang ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bertanggungjawab dalam melaksanakan Malaysian Qualifications Framework (MQF) bagi memastikan setiap pendidikan tinggi di Malaysia adalah berkualiti dan terjamin.

Kebiasaannya, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berada di bawah badan kerajaan tidak akan mempunyai masalah pengiktirafan MQA ini, berbanding dengan IPTS-IPTS di luar sana.

Hal ini adalah kerana, MQA telah menetapkan ‘Quality Standard‘ tertentu bagi sesebuah kursus pengajian, bagi tujuan pengiktirafan dan kelayakan. Sekiranya IPTS-IPTS di luar sana tidak mendapatkan akreditasi daripada MQA buat kursus-kursus yang mereka tawarkan, maka sijil yang bakal para pelajar terima kemudian hari adalah berstatus tidak diiktiraf dan tidak boleh diguna pakai.

Bukan itu sahaja, adik-adik juga berkemungkinan berhadapan kesukaran dalam mendapatkan sebarang pekerjaaan, terutama di dalam sektor kerajaan dan juga sebarang bidang yang berkaitan dengan kursus tersebut setelah tamat pengajian.

Oleh itu, adalah penting bagi setiap IPTS yang berada di Malaysia untuk diiktiraf oleh MQA, supaya agensi perbadanan tersebut dapat menguatkuasakan akreditasi kursus, serta mengawal selia kurikulum dan standard operasi sesebuah institusi pengajian tinggi.

Mengapa Kita Perlu mengambil berat Perihal pengiktirafan MQA?

Akreditasi MQA merupakan salah satu ciri-ciri penting bagi setiap sijil akademik yang dikeluarkan oleh kolej atau universiti. Oleh hal yang demikian, MQA telah menetapkan piawaian tertentu untuk tujuan pensijilan rasmi ini.

Kegagalan sesebuah institusi dalam menggapai akreditasi buat kursus atau program yang mereka tawarkan, maka pensijilan para pelajar berkemungkinan terbatal setelah tamat pengajian kerana tiadanya sebarang pengiktirafan, sekali gus bakal menjejaskan prospek pekerjaan mereka.

Para pelajar yang mengikuti program tidak diiktiraf juga akan sukar untuk memperoleh pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tidak dapat meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi lain dan juga sukar untuk mendapatkan pemindahan kredit.

Apa yang perlu adik-adik ketahui adalah, para graduan yang memegang sijil tidak bertauliah tidak akan layak untuk bekerja di sektor awam di Malaysia, manakala pemegang sijil bertauliah pula akan sentiasa diutamakan walaupun dalam kalangan majikan di sektor swasta.

Kelebihan IPTS Yang Diiktiraf MQA

Kesimpulannya, lebih banyak masalah dan keburukan yang bakal para graduan hadapi sekiranya kursus di bawah IPTS pilihan mereka adalah tidak diiktiraf oleh MQA. Hal ini cukup membuktikan betapa pentingnya perakuan akreditasi MQA, sebagai tanda aras kualiti sesebuah program pengajian terhadap masa hadapan pelajar.

Oleh itu, mari kita lihat pula antara kelebihan memilih kursus IPTS yang mempunyai pengiktirafan MQA:

  • Pelajar layak dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
  • Pelajar layak dipertimbangkan untuk menyambung pengajian di institusi lain dan mendapatkan pengecualian kredit. Bagaimanapun, keputusan muktamad adalah bergantung kepada institusi terbabit.
  • Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat sebarang jawatan awam. Bahkan, majikan di sektor swasta juga turut menekankan program yang telah mendapat akreditasi dalam pengambilan graduan sebagai pekerja.
  • Institusi boleh memindah kredit program yang diakreditasi kepada institusi lain, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Sekarang adik-adik pasti sudah faham betapa pentingnya pengiktirafan MQA ini kan? Jadi, buat adik-adik yang sedang mencari tempat menyambung pengajian swasta yang diiktiraf oleh perbadanan MQA, maka YEG Academy merupakan jawapan terbaik buat adik-adik semua.

Adakah institusi di bawah YEG Academy diiktiraf MQA? | IPTS yang Diiktiraf MQA

YEG Academy merupakan sebuah organisasi pendidikan di Malaysia yang menawarkan bidang pembelajaran dan kerjaya, selari dengan permintaaan pasaran kerjaya pada masa kini.

Dengan kerjasama pakar-pakar industri yang berpengalaman, YEG Academy telah dikenali sebagai sebuah organisasi yang relevan dan dipercayai dalam kalangan belia, menjadikan ia sebagai platform rujukan utama melibatkan laluan kerjaya untuk para pelajar.

Bagi memastikan kualiti pendidikan di bawah YEG Academy adalah yang terbaik, kredibel dan berkualiti, hampir kesemua program yang kami tawarkan juga turut memperoleh pengiktirafan MQA. Malah, program-program yang ditawarkan juga adalah dari kalangan permintaan pasaran industri yang tertinggi.

Jadi, buat adik-adik lepasan SPM yang masih tidak tahu di mana tempat untuk menyambung pengajian seterusnya, maka YEG Academy sentiasa bersedia untuk membantu adik-adik mendapatkan sebuah institusi dan program yang berkualiti, serta diiktiraf oleh MQA.

Antara Institusi yang Bernaung di bawah YEG | IPTS yang Diiktiraf MQA

IPTS yang Diiktiraf MQA

Walaupun institusi di bawah YEG Academy berstatus swasta, namun ia merupakan IPTS yang telah diiktiraf oleh MQA dan bertaraf antarabangsa. YEG Academy turut bekerjasama dengan pelbagai institusi profesional bagi menjamin pendidikan yang berkualiti dan terjamin buat para pelajarnya.

Antara rakan strategik kami adalah Innovative International College (IIC), Richworks, Akademi Mutawwif Training Consultation, MEATECH Technical Training Centre dan Ranaco Marine Sdn. Bhd.

Tujuan penglibatan rakan strategik ini adalah untuk merevolusikan pendidikan tinggi di Malaysia supaya ia lebih relevan dengan dunia kerja terkini, sekali gus untuk membantu para belia dalam pemilihan bidang yang mempunyai permintaan tinggi di dalam industri kerjaya.

Baiklah, mari Kak Bella tunjukkan pula di antara program yang sering menjadi pilihan para pelajar di bawah YEG Academy:

  • Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat
  • Diploma Pengurusan Operasi Penerbangan
  • Diploma Pengurusan Kargo Udara
  • Pra Diploma Operasi Penyelenggaraan Pesawat
  • Sijil Kemahiran Operasi Penyelenggaraan Pesawat
  • Diploma pengurusan haji & umrah
  • Sijil profesional haji & umrah

Menarikkan bidang-bidang yang ditawarkan oleh YEG Academy ini? Jadi, pastikan adik-adik memilih YEG Academy sebagai platform untuk menyambung pelajaran ya…

Apa Kata Para Selebriti Tentang Program YEG Academy?

Seperti yang dikongsikan oleh abang Fahrin Ahmad, beliau amat mempercayai bahawa graduan atau kelulusan daripada YEG Academy ini bukan sahaja berilmu, malahan mempunyai personaliti hebat yang berpotensi tinggi di dalam pasaran pekerjaan.

Tidak ketinggalan juga daripada kakak Siti Elizad kita yang menyokong adik adik semua untuk menyertai YEG Academy, selagi mana perasaan minat untuk belajar itu wujud. Apa yang paling penting ialah, YEG Academy sememangnya diiktiraf oleh MQA. Mari kita dengarkan pesanan beliau supaya adik adik tidak tersalah pilih bidang nanti!

Jadi, macam mana dengan penjelasan Kak Bella tentang ‘IPTS yang diiktiraf MQA’ pada kali ini? Buat adik-adik yang berminat untuk menceburi mana-mana bidang di bawah YEG Academy, jangan tunggu lama-lama ya.

Jom hubungi YEG Academy di talian 03-6143 5073, atau KLIK DI SINI untuk info lanjut. Adik-adik juga boleh melayari laman Facebook YEG Academy dan Instagram YEG Academy untuk mendapatkan sebarang informasi terkini berkaitan program pendidikan yang kami tawarkan. Selamat maju jaya!



Leave a Reply