- 17/03/2022
- Posted by: Admin YEG
- Category: Artikel Utama

Belajar selama 3 tahun tapi terasa seperti sia-sia sebab masih belum menerima tawaran kerja? Perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi kepada anda. Jangan salah pilih bidang pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Anda harus ingat, bidang yang anda pilih juga menjadi salah satu faktor penentu masa hadapan anda. Sekiranya anda tidak minat sesuatu bidang, terus segera meninggalkan bidang tersebut dan pilihlah bidang yang bersesuaian dengan kehendak anda dan keperluan pasaran kerjaya untuk masa hadapan.
Sekiranya anda masih ragu-ragu dalam membuat keputusan untuk memilih bidang yang diminati dan relevan dengan permintaan pasaran terkini, ikuti kupasan lebih lanjut yang akan kami kongsikan di bawah.
Apakah Tips untuk Memilih Bidang yang Betul?
#1 Pilih Bidang Mengikut Potensi, Minat, dan Cita-cita | Jangan Salah Pilih Bidang
Anda perlu mengenal pasti terlebih dahulu minat dan kemampuan anda, sama ada ianya bertepatan atau tidak dengan kerjaya idaman anda. Perlu diingatkan bahawa minat boleh berubah sekelip mata mengikut peredaran zaman. Oleh hal yang demikian, jangan salah pilih bidang di IPT, tetapi pilihlah bidang yang tepat dan boleh mencungkil minat dan potensi anda agar dapat bekerja dalam bidang yang relevan mengikut pasaran kerja.
#2 Membuat Kajian Tentang Bidang dan IPT | Jangan Salah Pilih Bidang
Tahukah anda bahawa ramai dalam kalangan pelajar yang salah pilih bidang kerana beranggapan bidang yang dipilih itu sesuai dengan keinginannya? Sebagai contoh, mengambil jurusan Mechanical Engineering kerana beranggapan jurusan ini berkaitan dengan penyelenggaraan pesawat. Namun, hakikatnya jurusan ini menjurus kepada reka bentuk pesawat dan bukannya kepada penyelenggaraan. Walhal, jurusan yang lebih tepat bagi bidang penyelenggaraan pesawat ialah Aircraft Maintenance Operation. Justeru, sebelum memilih bidang yang diminati, anda perlu membuat carian terlebih dahulu mengenai bidang yang ditawarkan di pusat pengajian.
Selain itu, anda juga perlu kaji terlebih dahulu IPT yang menawarkan bidang yang anda minati. Pastikan IPT tersebut menyediakan kemudahan dan prasarana yang mencukupi agar suasana pembelajaran lebih selesa.
Mengikut pemerhatian kami, kebanyakan pelajar sering kali membuat carian mengenai IPT yang ditawarkan. Namun, carian tersebut dibuat semata-mata untuk mengetahui kisah seram yang terdapat di IPT. Jadi, kepada anda semua yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT, nasihat kami, tidak perlu risau akan cerita-cerita seram tersebut. Tetapi, perlulah bimbang sekiranya prasarana yang disediakan tidak memenuhi keperluan bidang anda.
#3 Jurusan Perlu Relevan dengan Prospek Kerjaya | Jangan Salah Pilih Bidang
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah graduan di Malaysia adalah seramai 5.36 juta orang pada tahun 2020. Seramai 4.34 juta graduan daripada jumlah tersebut telah berjaya mendapat pekerjaan walaupun negara masih dalam keadaan pandemik COVID-19. Berdasarkan situasi ini, kita dapat melihat bahawa masih banyak jurusan yang relevan dalam prospek kerjaya di Malaysia.
Tambahan pula, industri berasaskan teknologi maklumat merupakan sektor pekerjaan yang paling tinggi permintaannya dalam industri pekerjaan di Malaysia. Kemudian, diikuti dengan aliran perbankan, kewangan, pembuatan, pengeluaran, pembinaan, kejuruteraan, dan pendidikan. Manakala, bidang perubatan dan kesihatan adalah bidang yang paling popular di Malaysia.
Walau bagaimanapun, statistik menunjukkan sebanyak 3.12 peratus graduan yang bekerja dalam kategori pekerjaan separa mahir dan berkemahiran rendah telah digolongkan sebagai tidak sesuai dalam pekerjaan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka tidak berjaya menggunakan sepenuhnya teori dan praktikal yang telah dipelajari.

#4 Buat Ujian Psikometrik
Jangan salah pilih bidang walaupun anda masih keliru untuk membuat pilihan! Sekiranya anda buntu dan tidak pasti dengan jurusan yang anda minat, anda bolehlah memilih alternatif untuk menjalani Ujian Psikometrik terlebih dahulu. Ujian ini bertujuan untuk membantu anda mengenal pasti potensi diri, minat, kebolehan, dan kecenderungan bagi membolehkan anda merancang hala tuju, khususnya dalam membuat pilihan jurusan pengajian.
Siapa yang Mempengaruhi Pelajar dalam Pemilihan Bidang Pengajian?

#1 Ibu Bapa | Jangan Salah Pilih Bidang
Ibu bapa yang prihatin tentang pelajaran anak-anak sentiasa memberi kata-kata positif dan mampu menilai keupayaan mereka dalam bidang akademik dan kemahiran. Secara terperincinya, galakan daripada ibu bapa amat mempengaruhi pelajar dalam membuat pemilihan bidang pengajian. Justeru, pada peringkat awal pembelajaran di sekolah menengah lagi, ibu bapa perlu berikan galakan terhadap minat dan kecenderungan pelajar supaya dapat membantu mereka memilih aliran yang lebih tepat.
Tambahan pula, ibu bapa tidak seharusnya terlalu memaksa anak-anak untuk mengikut segala kehendak ibu bapa. Akan tetapi, lihatlah potensi mereka sama ada lebih cenderung kepada akademik atau kemahiran. Berikan mereka peluang untuk menentukan jurusan pengajian mereka, sekali gus mengembangkan kemahiran yang dimiliki agar mereka kekal dalam aliran yang sama sehingga mampu menceburi industri pekerjaan. Hal ini membuatkan pelajar merasakan bahawa ibu bapanya menghormati, menyokong dan membantunya dalam menentukan keputusan yang dibuat.
#2 Rakan Sebaya | Jangan Salah Pilih Bidang
Tidak dinafikan bahawa ada pelajar yang salah pilih bidang kerana terpengaruh dengan rakan. Implikasinya, pelajar tersebut hanya belajar separuh jalan dan ada yang gagal dalam mendapatkan markah atau keputusan yang baik. Apabila menempuh alam pekerjaan, mereka buntu dan rasa tidak mahu bekerja dalam bidang yang sama yang telah dipelajari di IPT dahulu. Sangat merugikan masa, tenaga, dan wang anda selama 3 tahun di IPT. Oleh hal yang demikian, kami sarankan kepada anda agar memilih bidang yang sesuai dengan jiwa dan minat anda. Di IPTlah tempat untuk anda bertemu dan berkenalan dengan rakan baharu, sekali gus dapat berkongsi segala idea dan pendapat yang dimiliki.
#3 Guru | Jangan Salah Pilih Bidang
Guru antara individu yang memberi pengaruh terbesar kepada pelajar dalam membuat keputusan. Apa tidaknya, sebaik sahaja tamat SPM, pasti ramai pelajar akan bertanya dengan guru dalam pemilihan tempat belajar dan bidang pengajian, terutama kepada guru kaunseling. Oleh hal yang demikian, guru seharusnya lebih peka terhadap minat dan bakat pelajar sewaktu persekolahan dengan memberikan sokongan terhadap aktiviti yang meningkatkan kemahiran pelajar.
Anda Pernah Dengar Tentang YEG?
YEG, atau nama penuhnya Your Education Guidance merupakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya yang membantu para pelajar memilih program pendidikan dan kerjaya. Selain itu, YEG juga membantu belia memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kerjaya industri.
Kenapa Anda Perlu Sambung Belajar Melalui YEG?
Sekiranya anda khuatir dalam membuat pemilihan bidang yang betul untuk sambung belajar, YEG lah pilihan yang tepat untuk anda dapatkan sesi kaunseling terlebih dahulu sebelum membuat pilihan. Di YEG, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda dengan memberikan peluang kepada anda melanjutkan pelajaran. Di YEG, kami bukan sahaja menawarkan pendidikan, malahan juga membantu dalam bidang kerjaya.
Untuk pengetahuan anda, YEG menawarkan kursus terbaik yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja semasa dan juga relevan di masa hadapan. Kami juga membangunkan garis panduan etika yang ketat bagi memandu para perunding kami untuk berhubung dengan pelajar, keluarga, pihak sekolah, dan rakan sebaya.
Bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran, kami ada menawarkan dua bentuk pendidikan, iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma MQA. Kursus Intensif Kerjaya juga disediakan bagi pelajar yang ingin memulakan kerjaya sejurus tamat SPM. KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut.

Bidang Pengajian Bersama YEG | Jangan Salah Pilih Bidang
Terdapat lebih daripada tiga bidang pengajian peringkat diploma yang ditawarkan oleh YEG. Antaranya adalah seperti berikut:
- Pengurusan Haji dan Umrah
- Pengurusan Perniagaan
- Teknologi dan Penyelenggaraan Pesawat
- Pengurusan Hotel
- Pengurusan Pelancongan – Jepun
Pemilihan bidang yang betul adalah perkara yang perlu diberi perhatian oleh pelajar agar tidak menyumbang kepada pengangguran. Oleh hal yang demikian, YEG mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen bagi membantu pelajar dalam membuat pemilihan bidang yang tepat, iaitu di YEG Pesta Sambung Belajar.
Jangan salah pilih bidang di IPT jika tidak mahu menyesal di kemudian hari. Ayuh! Dapatkan info lebih lanjut mengenai YEG Pesta Sambung Belajar melalui laman sosial YEG seperti Facebook dan Instagram.
Testimoni Pelajar | Jangan Salah Pilih Bidang
Berikut merupakan testimoni pelajar dalam bidang Pengurusan Haji dan Umrah yang ditawarkan oleh YEG:
Mari tonton video testimoni pelajar yang telah berjaya membuat pilihan bidang yang tepat sehingga ditawarkan bekerjaya dalam bidang yang sama, iaitu bidang aviation seperti di bawah:
Jangan sia-siakan peluang dan usia muda anda. Hubungi kami di talian 03-6143 5073 atau KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut. Anda juga boleh melayari laman Facebook kami untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program pendidikan yang ditawarkan di YEG.