- 06/12/2022
- Posted by: fatinyeg
- Category: Artikel Utama

Siapa yang tidak bahagia dan teruja jika diberi kesempatan untuk menunaikan umrah? Kita sendiri tahu bahawa dapat menjejakkan kaki di tanah suci itu bukan satu kesempatan biasa. Malah, kita selalu sebutkan itu sebagai anugerah atau hadiah kerana dipilih menjadi tetamu Allah. Jadi, cuba bayangkan kalau korang diberi kesempatan untuk dapat kerja di tanah suci. Macam tak percaya kan? Tapi hakikatnya itu tak mustahil tau.
Korang semua nak tahu macam mana nak kerja di tanah suci? Kalau nak tahu, korang kena habiskan baca perkongsian Nani kali ni.

APA CONTOH KERJA-KERJA DI TANAH SUCI?
Bila dengar perkongsian para pelajar yang baru pulang dari menjalankan praktikal bersama agensi pelancongan islami di tanah suci, Nani dapat belajar banyak perkara. Antara yang Nani belajar adalah tentang contoh-contoh kerjaya yang boleh para graduan teruskan selepas mendalami Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) bersama YEG Academy. Hakikatnya, bila sebut tentang melawat atau kerja di tanah suci, kita perlu faham yang tanah suci sememangnya sebuah tempat beribadah. Namun, demi kelangsungan kehidupan ekonomi tempatan, pelbagai kegiatan ekonomi harian yang juga wujud di sekitar kawasan itu.
Contoh-contoh kerja di tanah suci:
- Jururawat
- Pemilik Perniagaan (Hotel atau kedai makan)
- Mutawwif/ Mutawwifah
- Pembantu Tetamu Allah
- Agensi Pelancongan
Diantara senarai kerjaya berikut, ada tak yang salah satunya memang menjadi pekerjaan impian korang? Kalau ada, korang memang kena teruskan membaca perkongsian Nani ni. Kalau tak ada pun kerjaya berikut yang kena dengan citarasa korang, korang semua tetap kena juga teruskan baca sebab manatahu yang rezeki kerja di tanah suci itu adalah kerjaya anda di masa hadapan.
DHUMY BOLEH BERI PELUANG KERJAYA DI TANAH SUCI?
Ya, headline tu bukan satu penipuan! DHUMY memang boleh beri peluang kepada anda untuk kerja di tanah suci. Seperti biasa, pastikan korang memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan sebelum masuk belajar bersama kami dan mencapai impian anda untuk berkhidmat dengan ummah di bumi penuh barakah tu.
Tapi, sebelum itu, korang kena faham apa maksud DHUMY yang Nani asyik ulang-ulang sebut dari tadi. DHUMY ialah singkatan untuk Diploma Pengurusan Haji dan Umrah. Ya, bidang pengajian ini merupakan bidang yang baru dalam sektor pendidikan di Malaysia.
Walau bagaimanapun, wujudnya bidang ini di dalam industri pendidikan tinggi semestinya kerana terdapat banyak permintaan kerjaya di sektor pengurusan Haji dan Umrah. Sekiranya korang menyertai bidang Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, korang akan mengikuti kelas secara fizikal atau atas talian dan praktikal selama 2 tahun setengah.
Semasa praktikal, korang akan dibimbing oleh pakar industri sendiri dari agensi pelancongan islami. Selain dari mengetahui urusan pengurusan jemaah haji dan umrah di dalam Malaysia, korang juga akan berpeluang menjalankan praktikal di tanah suci.
Dengan itu, keberangkalian korang untuk dapat kerja di tanah suci selepas bergelar graduan adalah tinggi. Sebab apa? Sebab korang adalah graduan yang telah didedahkan dengan realiti sebenar bekerja di industri berserta mempunyai kemahiran tertentu yang sangat diperlukan ketika berada di tanah suci.
PENGALAMAN PELAJAR PRAKTIKAL DI MEKAH
Kalau korang ikuti laman sosial media kami di Instagram, TikTok dan Facebook, sebenarnya banyak perkongsian pelajar-pelajar kita yang sedang menjalankan praktikal di tanah suci. Tapi, kalau nak tengok yang fun dan ala-ala vlog, jom tengok dekat Youtube kita, Pengurusan Haji dan Umrah. Jom tekan sini.

CARA UNTUK SERTAI DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH (DHUMY)
Kalau dah cerita panjang-panjang tentang hal ini tapi tak bagitahu cara nak sertai pun susah juga kan? Sebab tu, kalau korang masih ragu-ragu lagi nak sertai Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, mungkin korang boleh cuba baca-baca artikel berkaitan bidang ini lagi.