YEG Academy

BELAJAR DI KOLEJ SWASTA TIDAK ADA MASA DEPAN!

Fuhh tajuk dekat atas bukan main seram lagi! Sebagai pelajar lepasan SPM atau pelajar yang ingin sambung belajar, sudah pastilah banyak tawaran yang diterima dari pelbagai kolej dan universiti. ‘Buat apa sambung kolej swasta? Membazir je!” Pernah tak korang dengar ayat ni? Ramai betul rupanya yang berpendapat bahawa belajar di kolej swasta ni merupakan pilihan yang salah dan jalan terakhir. Kononnya pelajar yang masuk IPTS ni selalunya pelajar yang gagal mendapat panggilan IPTA. Betul ke macam tu? Marah adik-adik kita yang belajar di IPTS tu. Kalau korang nak tahu, ada banyak kelebihan yang terdapat di IPTS termasuklah;

  1. Program yang ditawarkan adalah menarik dan memenuhi permintaan industri semasa dan akan datang
  2. Kemudahan pembelajaran juga turut disediakan dan mungkin lebih baik
  3. Pendedahan secara langsung dalam bidang yang diambil
  4. Potensi yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian
  5. Memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris

KENAPA SEMAKIN RAMAI YANG PILIH KOLEJ SWASTA?

PROGRAM YANG DITAWARKAN MENARIK DAN RELEVAN

Zaman kini sudah banyak berubah. Ramai pelajar lepasan SPM memilih untuk sambung belajar di IPTS termasuklah pelajar ‘straight A’s’ sekali pun. Kenapa Cik Bell berani cakap macam tu? Kerana di YEG Academy, ramai diantara pelajar kami yang terdiri daripada golongan bijak pandai. Mereka memang layak masuk IPTA tetapi masih memilih kolej kami. Kenapa agaknya ya? Kalau korang nak tahu, selain daripada menawarkan program-program yang menarik, kebanyakan kolej swasta telah mendapat pengiktirafan dari MQA. Jadi, sijil yang dikeluarkan adalah laku dan mendapat permintaan tinggi di pasaran kerjaya.

Kalau korang perasan, terdapat banyak jawatan atau pekerjaan yang bakal dihapuskan. Seperti contoh mudah yang Cik Bell boleh bagi adalah buruh. Tenaga buruh semakin kurang diguna pakai setelah banyak digantikan dengan robot yang lebih cekap dan menjimatkan. Cuba bayangkan di masa akan datang nanti, agaknya berapa banyak lagi pekerjaan lain yang akan digantikan dengan robot dan mesin? Disebabkan itu, kolej swasta banyak menawarkan program-program yang jarang kita dengar. Seperti juga di YEG Academy (klik SINI), kami menawarkan bidang-bidang yang kekal relevan untuk jangka masa yang lama. Antara bidang yang ditawarkan adalah pengurusan haji dan umrah, sijil karier dalam bidang penerbangan dan banyak lagi. Bidang-bidang ini sudah pastinya akan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran kerjaya.

KOLEJ SWASTA JUGA SETANDING IPTA

Kalau korang berminat dengan program yang ditawarkan oleh sesebuah kolej swasta, pastikan korang semak dahulu latar belakang kolej tersebut. Pernah tak korang dengar ada pelajar yang gagal mendapatkan pekerjaan kerana sijil yang mereka perolehi tidak laku atau tidak mendapat pengiktirafan? Mesti korang risaukan kalau jadi macam ni. Duit dah banyak habis, sijil pula tak boleh guna. Buang masa, buang duit dan buang tenaga! Jom Cik Bell kongsikan dengan korang apa perkara yang perlu diambil tahu jika ingin sambung belajar di IPTS.

5 TIPS SEBELUJM MEMILIH KOLEJ SWASTA

  1. Pilih IPTS yang mendapat pengiktirafan MQA agar sijil yang dikeluarkan adalah laku di pasaran kerjaya
  2. Pilih IPTS tersebut menawarkan kemudahan dan infrastuktur yang terbaik
  3. Pastikan program yang ditawarkan adalah program yang relevan dan mendapat permintaan kerjaya
  4. Pastikan kolej tidak mengenakan yuran yang terlalu tinggi
  5. Sebelum membuat keputusan, cuba melawat kolej tersebut bagi melihat sendiri keadaan sekeliling.

KEJAYAAN SEBENAR BERGANTUNG PADA DIRI KITA BUKANNYA KOLEJ

Akhir sekali, Cik Bell nak korang pasakkan dalam kepala tentang satu perkara ni. Sehebat mana pun sesebuah kolej atau universiti itu, kejayaan pelajar sebenarnya bergantung kepada diri mereka sendiri. Walau di mana pun kita belajar, tanpa usaha semuanya pasti sia-sia juga. Untuk korang yang masih terpinga-pinga nak pilih kolej atau program mana yang terbaik, jom sertai YEG Pesta Sambung Belajar sekarang. Semua info berkaitan program ada kami kongsikan di platform sosial media YEG Academy. Semoga bermanfaat!



Leave a Reply