YEG Academy

Adik-adik pernah tertanya-tanya tentang laluan kerjaya untuk Aircraft Engineer?

Apabila bercerita tentang bidang penerbangan, adik-adik pasti terbayang pekerjaan seperti pilot, juruterbang atau krew kabin kan? Tetapi sebenarnya, terdapat lebih banyak pekerjaan besar dan tersembunyi disebalik tabir bidang tersebut. Salah satunya ialah, Aircraft Engineer.

Untuk pengetahuan adik-adik, Aircraft Engineer ini berperanan penting bagi memastikan pesawat untuk sentiasa berfungsi dan berada dalam keadaan yang selamat, sebelum beroperasi.

Jika adik-adik berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang laluan kerjaya untuk Aircraft Engineer ini, pastikan adik-adik membaca perkongsian Nani sehingga ke penghujungnya.

Apakah Itu Aircraft Engineer? | Laluan Kerjaya untuk Aircraft Engineer

Aircraft Engineer merupakan pekerjaan disebalik tabir yang membantu memastikan pesawat untuk berada dalam keadaan terbaik, sebelum ia dibenarkan beroperasi.

Seorang Aircraft Engineer pula berperanan dalam melakukan rutin pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan pesawat berdasarkan peraturan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Hal ini dikatakan demikian kerana, kesemua pesawat perlulah memenuhi piawaian kelayakan udara tempatan dan antarabangsa yang ketat, untuk beroperasi seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA). Oleh itu, Aircraft Engineer memainkan peranan yang sangat penting dalam hal-hal pemeriksaan dan penyelenggaraan pesawat secara berterusan.

Bukan itu sahaja, menjadi seorang Aircraft Engineer juga memerlukan kebijaksanaan dalam hal-hal prinsip fizikal, matematik dan kejuruteraan bagi menangani masalah penerbangan, serta menambah baik reka bentuk pesawat.

Jadi, jelaslah di sini bahawa pekerjaan sebagai Aircraft Engineer adalah sukar untuk digapai sekiranya adik-adik tidak mempunyai pengetahuan dan kelayakan yang mencukupi.

Adakah Bidang Aircraft Engineering Ini Mempunyai permintaan yang Tinggi?

Adakah kejuruteraan pesawat dalam permintaan?

Kerjaya sebagai Aircraft Engineer ini bukan sahaja menawarkan gaji yang lumayan, malahan ia turut mendapat permintaan yang tertinggi di dalam industri penerbangan. Hal ini kerana, industri penerbangan merupakan sebuah pasaran yang kian berkembang pesat di seluruh dunia setelah berakhirnya fasa pandemik.

Selari dengan pertumbuhan industri penerbangan secara berterusan, maka permintaan untuk perjalanan udara juga semakin bertambah. Hal ini telah mendorong industri penerbangan ke arah peraturan penerbangan yang lebih ketat, serta ke arah penciptaan pesawat yang lebih cekap dan maju.

Konklusinya, kekosongan buat Aircraft Engineer akan sentiasa diperlukan di kebanyakan industri penerbangan di seluruh dunia.

Menurut Suara Sarawak, Malaysia Airlines telah menjangkakan kewujudan permintaan terhadap tenaga kerja di sektor penerbangan pada masa terdekat ini. Mereka kini turut mempelawa para belia, terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pelbagai jenis kursus kejuruteraan teknikal pesawat di bawah kendalian mereka.

Jadi, adik-adik sudah nampak ke belum laluan kerjaya untuk Aircraft Engineer ini? Pada Nani, kerjaya sebagai Aircraft Engineer ini sememangnya berbaloi untuk adik-adik ceburi!

Bagaimana hendak menjadi Aircraft Engineer ? | Laluan Kerjaya untuk Aircraft Engineer

Buat adik-adik yang berminat untuk menjadi Aircraft Engineer, perkara utama yang perlu dipertimbangkan adalah pendidikan. Hal ini kerana, adik-adik perlu memiliki kepakaran dan kelayakan pendidikan yang baik dalam bidang tersebut.

Adik-adik berminat, tetapi tidak tahu nak sambung belajar di mana? Jangan risau, sebab YEG Academy akan berusaha membantu adik-adik untuk menggapai laluan kerjaya Aircraft Engineer yang sebenar.

YEG Academy merupakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya bagi membantu adik-adik dalam pemilihan program mengikut kesesuaian minat, serta bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kerjaya industri.

Untuk pengetahuan adik-adik, laluan kerjaya untuk Aircraft Engineer yang kami sediakan di YEG Academy adalah terbahagi kepada dua:

  • Program Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat.
  • Program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Operasi Penyelenggaraan Pesawat.

Tentang Program Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat

Program Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat

Bagi adik-adik yang berminat untuk menggapai laluan kerjaya Aircraft Engineer melalui program Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat, maka tempoh pengajiannya adalah selama 3 tahun sahaja.

Adik-adik juga berpeluang untuk mendapatkan biasiswa sebanyak RM7,200 beserta manfaat seperti di bawah:

• Penginapan percuma selama 1 semester.
• On job training (OJT).
• AMIL (Lesen Penyelenggaraan Pesawat).
• Peluang pekerjaan setelah tamat pengajian.

Tentang Program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Operasi Penyelenggaraan Pesawat

Manakala bagi adik-adik yang berminat untuk menggapai laluan kerjaya Aircraft Engineer dalam bidang Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Operasi Penyelenggaraan Pesawat pula, tempoh pengajiannya hanyalah selama 2 tahun bagi SKM tahap 3.

Setelah tamat tahap 3, adik-adik boleh menyambung terus ke tahap 4 bagi DKM untuk 2 tahun selanjutnya. Kesimpulannya, keseluruhan tempoh pengajian program tersebut adalah selama 4 tahun sahaja.

Adik-adik juga berpeluang untuk mendapatkan biasiswa sebanyak RM3,600 bagi satu tahap, beserta:

  • Penginapan percuma selama 1 semester.
  • On job training (OJT).
  • AMIL (Lesen Penyelenggaraan Pesawat).
  • Peluang pekerjaan setelah tamat pengajian.
  • Elaun sebanyak RM400.

Paling menarik sekali, adik-adik berpeluang untuk melakukan praktikal secara langsung di mana-mana syarikat penerbangan pada semester terakhir dan akan merasai sendiri suasana pekerjaan tersebut.

Setelah tamat pengajian pula, adik-adik boleh terus ke Civil Aviation Authority of Malaysia bagi mendapat sijil CAAM sama ada kategori A atau B dan terus bekerja, atau adik-adik juga boleh menyambung pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

Perkara yang Akan dipelajari Melalui bidang Aircraft Engineering | Laluan Kerjaya untuk Aircraft Engineer

Kursus-kursus tadi akan menekankan amalan penyelenggaraan standard dalam kerangka pesawat udara, avionik dan enjin, serta aktiviti-aktiviti penyelenggaraan pesawat lain dalam pemastian kualiti.

Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran seperti yang diperlukan oleh industri penerbangan, khususnya Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik pulih (MRO) organisasi dan pesawat penerbangan berasaskan DCAM Bahagian 66 Kategori A.

Mata pelajaran yang ditawarkan pula adalah Teknik Digital / Sistem Instrumen Elektronik, Asas Aerodinamik, Pesawat Turbin Aerodinamik, Struktur dan Sistem: Helikopter Aerodinamik, Struktur dan Sistem: Enjin Turbin Gas, Enjin Omboh dan Kipas.

Pelajar juga akan diberikan tugasan tambahan seperti membaiki kepingan logam, sebagai persediaan untuk perkembangan kerjaya mereka.

Pengetahuan dan kemahiran yang telah dibekalkan oleh tenaga pelajar program juga membolehkan para pelajar untuk bekerja sebagai:

1. Juruteknik Penyelenggaraan Pesawat

2. Juruteknik Penyelenggaraan Pesawat / Mekanik Turbin / Enjin Omboh

3. Komponen Pesawat / Enjin / Juruteknik Pengubahsuaian

4. Wakil Teknikal Program

5. Juruteknik Perkhidmatan Sokongan Pesawat

6. Komponen Pesawat / Dagangan Ganti

7. Juruteknik Pembuatan Komponen Pesawat

8. Juruteknik / Pegawai / Penyelidik Pembangunan Produk Pesawat Udara

Semakin menarik pula laluan kerjaya untuk para Aircraft Engineer ini kan? Apa kata, kita tonton sebuah perkongsian pengalaman berkaitan “Laluan Kerjaya untuk Aircraft Engineer” ini bersama Encik Mohd Sabri Bin Ismail, yang telah bermula dengan bidang Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat di bawah YEG Academy.

Di bawah ini pula Nani kongsikan kepada adik-adik lagi satu perkongsian daripada seorang pelajar Program Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat di bawah YEG Academy.

Jadi, macam mana dengan penjelasan Nani tentang laluan kerjaya untuk Aircraft Engineer hari ini? Menarik kan? Jadi, kepada adik-adik yang teringin untuk mendalami bidang Aircraft Engineering ini, jangan tunggu lama-lama ya…

Jom hubungi YEG Academy di talian 03-6143 5073, atau KLIK DI SINI untuk info lanjut. Adik-adik juga boleh melayari laman Facebook YEG Academy dan Instagram YEG Academy untuk mendapatkan sebarang informasi terkini berkaitan program pendidikan yang kami tawarkan. Selamat maju jaya!



Leave a Reply