YEG Academy

MENGAMBIL KIRA POTENSI PELAJAR

Mengenalpasti minat dan potensi diri para pelajar sebelum memilih bidang untuk sambung belajar ke peringkat tertinggi adalah perkara yang paling jarang ditekankan atau diambil enteng oleh golongan pada masa kini. Perkara ini dianggap tidak penting disebabkan beberapa faktor yang hadir dari pelbagai pihak seperti faktor persekitaran, ibu bapa dan para pelajar itu sendiri. Dari segi persekitaran, para pelajar sering ditekankan untuk memilih bidang-bidang pendidikan yang mempunyai kecenderungan terhadap sesuatu kelebihan yang lebih tinggi berbanding yang lain. Sebagai contoh, di suatu masa dahulu, bidang-bidang sains yang memerlukan kaedah pembelajaran secara teori telah menjadi pilihan orang ramai sehingga kebanyakkan pelajar yang berkebolehan kemahiran tidak diberi galakan untuk cenderung kepada potensi diri mereka. Suatu bidang yang dianggap lebih gah daripada yang lain menurut pandangan masyarakat telah menyebabkan potensi diri seseorang pelajar tidak diberi penekanan akan kepentingannya.

Sehubungan dengan itu, permasalahan tidak mengambil berat potensi diri para pelajar dalam pemilihan sesuatu bidang sambung belajar adalah berpunca daripada faktor penjaga atau ibu bapa itu sendiri. Didapati sesetengah ibu bapa terlampau mengawal keputusan yang diambil oleh anak-anak sehingga tidak mempedulikan minat yang menjadi potensi untuk anak-anak tersebut lebih berjaya dalam bidang yang menjadi kepakaran mereka. Sebahagian daripada golongan ibu bapa juga terlampau obses untuk anak mereka mewarisi bidang yang mereka ceburi. Tambahan pula, terdapat juga golongan penjaga yang memaksa anak-anak mereka untuk memenuhi impian mereka yang tidak berjaya direalisasikan di waktu muda mereka. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan yang kebanyakkan para pelajar sendiri tidak mempunyai pendirian diri dalam membuat keputusan asbab tidak pernah mencuba untuk menganalisa minat dan potensi peribadi.

Oleh yang demikian, di YEG Pesta Sambung Belajar, para pegawai kami bakal mengenalpasti kebolehan diri para pelajar yang menyertai sesi taklimat dan temuduga melalui pertanyaan soalan-soalan sebelum terhadap pendaftaran sesuatu bidang dilaksanakan. Di samping itu, pegawai-pegawai kami juga mengambil kira elemen seperti minat dalam memastikan para pelajar memilih bidang yang sesuai dengan potensi diri mereka. Hal ini kerana, minat yang tinggi bakal mendorong kepada kerja keras yang lebih maksimum sehingga mampu memberi hasil yang lebih baik berbanding mereka yang sekadar mempunyai kebolehan tanpa meletakkan sebarang usaha. Selain daripada penglibatan teknologi masa kini bagi memudahkan urusan penerimaan pembelajaran di kalangan para pelajar, para pegawai kami juga bakal menawarkan bidang-bidang lain yang mempunyai keistimewaan yang sama di bawah kelolaan YEG Academy dalam memberi pilihan kepada para pelajar supaya dapat memenuhi aspek potensi diri dalam memilih bidang sambung belajar.