- 03/01/2023
- Posted by: athirahyeg
- Category: Artikel Utama

COURSE SCAM! TAK DAPAT PUN KERJA, MENGANGGUR

Thirah nak tanya terlebih dahulu untuk korang yang menganggur ni, Adakah sewaktu latihan ataupun belajar dahulu, korang betul-betul hadir ke setiap kelas, siapkan assigntment yang diberi dan mengikut nasihat dari instructor dan lecturer? Kalau korang pergi kelas pun hanya pada awal semester dan hujung semester, assignment tak hantar atau hantar lewat, tidak bersungguh-sungguh untuk final exam dan mendapat keputusan yang teruk. Apa yang korang harapkan? Kalau diri sendiri pun tak mampu memberi komitmen pada proses latihan dan pembelajaran, bagaimana hendak peroleh keputusan yang cemerlang?
Bila keputusan makin merosot dan akhirnya gred yang diperolehi tidak baik, peluang untuk korang diterima di mana-mana syarikat memang makin tipis. Sebab tu, apabila diberi peluang untuk masuk ke dalam institusi dan jalani latihan/diploma, gunakan sebaik yang mungkin kerana tidak semua orang berpeluang untuk menjalani proses yang korang lalui ni.
KEMARUK BERCINTA, AKHIRNYA MENGANGGUR!
Tak lupa juga kepada yang sibuk bercinta sewaktu proses pembelajaran dan juga latihan. Thirah tak cakap tak boleh, bercinta sewaktu belajar ni harus ada batasnya. Waktu belajar, belajar. Waktu bermain, baru bermain. Bukan waktu belajar pun korang bermain dan bercinta. Jangan disebabkan terlalu angau bercinta, masa depan korang menjadi taruhan. Seorang instructor pernah berkongsi dengam thirah. pelajar yang berpasangan duduk agak “rapat” dan bergurau mesra di dalam kelas. Selepas kalian berada di alam universiti atau kolej, tenaga pengajar bukan lagi seperti cikgu sewaktu di zaman sekolah yang akan sentiasa menegur kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, penting untuk anda tetap menghormati tenaga pengajar.
MENGHARAP INTERVIEW DATANG BERGOLEK
Sebaik sahaja tamat tempoh belajar dan latihan, korang pun duduk di rumah dan mengharapkan panggilan temuduga akan datang mengetuk pintu rumah dengan secara tiba-tiba. Kalau begitu caranya, memang akan menganggur la jawabnya. Kejayaan takkan datang bergolek tanpa sebarang usaha. Ya, belajar itu dah dikira sebagai usaha. Tapi, jangan usaha separuh jalan sahaja. Teruskan berusaha dengan meminta kerja di syarikat-syarikat yang menawarkan pekerjaan dengan ganjaran yang sesuai. Setelah selesai usaha korang dalam mencari pekerjaan, baru lah korang boleh “tawakal” dan menunggu panggilan dari syarikat.
DOA, USAHA, IKHTIAR DAN TAWAKAL
Akhir sekali, kembali kepada pegangan yang asal iaitu segalanya haruslah dimulakan dengan DOA, dan disusuli dengan USAHA, kemudian IKHTIAR cara yang terbaik dan baru lah dibenarkan TAWAKAL Konsepnya disini, sama dengan berdoa untuk mendapatkan institut yang terbaik, selepas itu berusaha sepanjang tempoh latihan dan pembelajaran, setelah memberikan yang terbaik, akhir sekali, satu-satunya perkara yang perlu dilakukan adalah tawakal.