- 06/12/2022
- Posted by: athirahyeg
- Category: Artikel Utama

Pernah terfikir untuk bekerja dalam bidang penerbangan? Thirah tengok kebiasaannya dunia penerbangan ni sebenarnya merupakan salah satu dunia yang ramai ingin ceburi, tapi tak ramai yang berani untuk mencuba.
Kenapa? Takut dengan fizikal yang korang fikir mungkin takkan melepasi syarat kelayakkan?
Jangan jadikan RUPA PARAS atau FIZIKAL sebagai penghalang! Korang kena tahu, bila sebut tentang dunia penerbangan ni, ia tidak terhad pada kabin kru sahaja.
Pekerjaan yang memerlukan syarat yang melibatkan fizikal hanya lah kabin kru, tetapi dalam bidang ini, pekerjaan yang ada bukanlah hanya kabin kru sahaja.
Kalau korang tak tahu, takpe. Thirah akan cuba sehabis baik untuk bantu terangkan tentang kerja-kerja yang ada dalam bidang penerbangan ni okay!
OHHH, BANYAK RUPANYA PEKERJAAN DALAM DUNIA PENERBANGAN?
Ha mesti ayat ni yang akan keluar dari mulut korang lepas thirah share pekerjaan-pekerjaan yang ada dalam syarikat penerbangan ni!
Sama seperti industri-industri yang lain, industri penerbangan juga sangat luas dan terdapat banyak jabatan.
Jom thirah senaraikan, jabatan dan pekerjaan yang ada dalam bidang penerbangan ni!
- PILOT
- AIRCRAFT ENGINEER
- TECHNICAL SERVICE ENGINEER
- FLIGHT ATTENDANT/CABIN CREW
- AIR TRAFIC CONTROLLER
- RAMP AGENT
- CARGO AGENT
- CARGO SERVICE OFFICER
- CUSTOMER SERVICE AIRLINE
- OFFICER/GROUND OPERATION
- AIRLINE TICKETING
Betul tak thirah cakap, sebenarnya baaanyak lagi pekerjaan yang korang boleh ceburi dalam bidang penerbangan ini! Jadi, thirah taknak korang give up dulu okay! Sebab peluang korang untuk sertai bidang penerbangan ni masih terang bersuluh.

BETUL KE BANYAK FAEDAH DALAM BIDANG PENERBANGAN NI?
Korang tahu tak, betapa banyaknya faedah yang korang akan dapat bila korang bekerja dalam industri ni? Bukan faedah yang biasa-biasa ya.
Okay jom thirah nak ceritakan antara faedah – faedah yang akan korang perolehi apabila bekerja di syarikat airlines secara umum.
Pertama sekali, mestilah perkembangan atau progres kerjaya. Satu perkara yang korang kena tahu, tak semua tempat kerja akan menjanjikan pekermbangan kerjaya. Jadinya, amatlah penting untuk korang mencari tempat kerja yang akan menawarkan perkembangan kerjaya demi masa depan yang lebih teratur dan terjamin.
Selain itu, jumlah yang ditanggung untuk kos perubatan juga lebih banyak berbanding industri lain. Malah ada syarikat tertentu yang menanggung sepenuhnya kos perubatan, dalam erti kata lain pekerja itu tidak perlu mengeluarkan wang untuk membiayai kos perubatan.
Seterusnya, kelebihan yang ini pastinya paling dicemburui oleh industri-industri yang lain. Tiket travel percuma dan diskaun untuk setiap pembelian tiket. Berapa potongan untuk tiket bergantung kepada airlines yang korang kerja. Bukan sahaja untuk pekerja, malah pekerja juga boleh memberikan diskaun untuk ahli keluarga dan rakan-rakan. Wah, sudah lah dapat tiket penerbangan untuk diri sendiri, siap boleh kongsi kelebihan itu dengan ahli keluarga dan rakan-rakan!
Lain daripada itu, disebabkan waktu bekerja yang berbeza dari industri-industri yang lain, maka cutinya pun berbeza dari mereka. Airlines mengamalkan konsep 4 hari bekerja dan 4 hari cuti bagi mengimbangkan kesihatan mental dan fizikal. Hal ini akan lebih menyenangkan pekerja kerana kesihatan mereka lebih terjamin.
Akhirnya, hal yang menjadi keutamaan setiap orang di muka bumi ini iaitu GAJI. Seperti yang ramai sedia tahu, pendapatan di industri ini antara pekerjaan yang mempunyai pendapatan yang tinggi. Sudah lah pendapatan tinggi, progres kerjaya yang terjamin, kos perubatan yang ditanggung, travel murah, berkongsi faedah dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan, cuti berbeza dari yang lain, pendapatan juga tinggi! Betul tak thirah bagitau, faedah di industri penerbangan ni lain dari yang lain.
JADIKAN IMPIAN ANDA KENYATAAN!
Thirah dah kongsikan pekerjaan-pekerjaan yang ada dalam industri ni, thirah juga dah bagitahu faedah-faedah yang bakal korang perolehi. Jadi, korang tunggu apa lagi! Jom lah sertai dunia penerbangan dan peroleh kebaikan dan faedah di sana!
KLIK LINK INI UNTUK PERGI KE PLATFORM YANG AKAN MEMBUKA LALUAN KERJAYA KE BIDANG PENERBANGAN!
[…] KORANG NAK SERTAI DIPLOMA DAN CAREER BAGI BIDANG PENERBANGAN, BOLEH KLIK […]