YEG Academy

PENGLIBATAN PAKAR INDUSTRI

Selain mengutamakan minat dan potensi diri dalam pemilihan sesebuah bidang sambung belajar, para pelajar juga sering menitik beratkan aspek kerjaya yang bakal mereka ceburi setelah tamat pengajian diploma. Namun, dalam kebanyakkan bidang yang ditawarkan pada masa kini menunjukkan seolah-olah proses pembelajaran yang memakan masa hampir tiga tahun kadangkala tidak mempersiapkan diri para pelajar untuk menceburi bidang pekerjaan di sektor perindustrian yang lebih besar. Hal ini merupakan permasalahan yang menyebabkan kebanyakkan graduan menganggur setelah tamat pengajian. Hakikatnya, hal ini berlaku kerana jangkaan mereka sebelum menyertai sesuatu bidang sambung belajar adalah berbeza berbanding jangkaan yang diterima setelah selesai mempelajari bidang tersebut. Di kebanyakkan proses pendidikan, para pelajar tidak diberikan pendedahan terhadap pengaplikasian subjek yang mereka pelajari di dalam kelas. Akhirnya, setelah berdepan dan bekerja di industri sebenar, persepsi kerjaya yang digambarkan pada awalnya adalah jauh berbeza dari situasi yang dihadapi.

 

Tambahan pula, beberapa bidang teknikal seperti pengurusan perniagaan, penyelenggaraan pesawat dan lain-lain lagi sebenarnya memerlukan lebih pembelajaran secara praktikal berbanding teori semata-mata. Selain itu, penglibatan para pelajar secara terus terhadap sesuatu masalah ketika proses pembelajaran sedang berlangsung adalah lebih efektif berbanding sekadar mempelajari teknik menyelesaikan masalah menerusi pembacaan daripada buku sahaja. Oleh yang demikian, penglibatan orang industri adalah amat penting dalam memberi gambaran situasi sebenar kepada para pelajar dalam mempersiapkan diri secara fizikal dan mental untuk melibatkan diri dalam alam pekerjaan. Walau bagaimanapun, demi memastikan permasalahan pengangguran di Malaysia yang juga berpunca daripada isu ini telah seterusnya mempersiapkan YEG Academy untuk mengumpulkan bidang-bidang sambung belajar yang disertai oleh pakar-pakar industri berpengalaman dalam membimbing para pelajar.

 

Sebagai contoh, program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pelancongan Islam, Andalusia Travel and Tours dalam membimbing para pelajar menjadi pengurus Haji dan Umrah yang professional dalam tempuh praktikal. Tambahan pula, para pelajar bakal berpeluang menjalani praktikal ini di lokasi sebenar, tanah suci Mekah dan Madinah. Menerusi usaha ini, ia jelas membuktikan yang YEG Academy serius dalam memastikan para pelajar mendapat pengalaman di persekitaran sebenar ketika proses pembelajaran masih berlangsung. Selain itu, bagi bidang-bidang penerbangan, para pelajar bakal diajar dan dilatih oleh pakar-pakar industri yang pernah melibatkan diri dalam profesyen masing-masing. Lebih menarik lagi, bidang-bidang yang di tawarkan oleh YEG Academy dengan kerjasama pusat latihan teknikal MEATECH turut mendapat sokongan daripada syarikat penerbangan seperti Malindo Air, Ground Team Red, Firefly, AirAsia dan sebagainya. Bagi bidang Diploma Pengurusan Perniagaan pula, YEG Academy telah bekerjasama dengan Innovative School of Management yang turut dipimpin oleh Richworks dalam penyediaan modul berdasarkan kajian kes yang terbukti berjaya.