YEG Academy

Saban hari, bilangan jemaah haji dan umrah Malaysia ke Makkah untuk melakukan ibadah haji dan umrah semakin meningkat. Dengan adanya peningkatan ini, pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) sewajarnya mengambil peluang ini untuk mewujudkan peluang pendidikan dalam bidang pengurusan haji dan umrah bagi melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam bidang tersebut.

Bidang haji dan umrah ini merupakan salah satu bidang yang sangat penting dalam melahirkan graduan-graduan yang berkemahiran dan berjaya menguruskan jemaah haji dan umrah ketika berada di tanah suci.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengurusan haji dan umrah, mari ikuti maklumat penting di bawah.

Pengenalan Haji dan Umrah

Sebelum anda mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bidang ini, ikuti dahulu perkongsian mengenai haji dan umrah.

Haji

Pengertian haji dari segi bahasa ialah menuju atau mengunjungi ke sesuatu tempat. Manakala, maksud haji dari segi istilah syarak pula ialah mengunjungi Masjid Al-Haram (Kaabah) pada masa-masa tertentu pada bulan haji, iaitu Zulhijah dan melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi ibadah haji. Haji merupakan salah satu rukun daripada rukun Islam dan menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam lelaki ataupun wanita yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Ibadah haji dikira wajib dilaksanakan sekali seumur hidup. Jika dilakukan lebih daripada itu, maka ia dikira sunat. Haji terdiri daripada 3 jenis antaranya ialah Haji Ifrad, Haji Tamattuk dan Haji Qiran.

Umrah

Umrah pula membawa maksud ziarah dari segi bahasa. Dari segi istilah syarak pula membawa maksud menziarahi Masjid Al-Haram pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Umrah juga dikenali sebagai ‘Haji Kecil’. Meskipun ibadah umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, ada masanya yang dilarang untuk kita menunaikan umrah; iaitu masa menunaikan haji. 

Pengurusan Haji dan Umrah

Kelebihan Haji dan Umrah

Ibadah haji dan umrah sememangnya memberikan kelebihan kepada sesiapa sahaja yang melakukannya. Berikut merupakan kelebihan haji dan umrah:

1. Menjadi Tetamu Allah SWT

Antara kelebihan mengerjakan haji dan umrah adalah menjadi tetamu Allah SWT. Hal ini dibahas di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:

“Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang.”

2. Diberi Pahala dan Ganjaran yang Berlipat Ganda

Bagi mereka yang melakukan ibadah haji dan umrah, kelebihan yang akan diperoleh ialah pahala dan ganjaran yang berlipat ganda. Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Widak di Makkah.

“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham.”

(al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

3. Pahala Umrah Bulan Ramadan Menyamai Ibadah Haji

Antara kelebihan lain haji umrah adalah jika ibadah umrah dilakukan pada bulan yang mulia, iaitu bulan Ramadan, pahalanya adalah bersamaan dengan pahala melakukan ibadah haji. Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:

“Melakukan umrah pada bulan Ramadan menyamai ibadah haji.”

4. Menghilangan Dosa dan Kefakiran

Di samping itu, ibadah haji dan umrah juga dapat menghilangkan dosa dan kefakiran. Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi.”

Pengurusan Haji dan Umrah

Sesungguhnya, jelaslah bahawa memang banyak kelebihan melakukan haji dan umrah. Sekiranya berpeluang melaksanakan ibadat ini, jangan sesekali lepaskan peluang itu kerana ganjarannya amat besar.

Anda Pernah Dengar Tentang YEG?

YEG, atau nama penuhnya Your Education Guidance merupakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya yang membantu para pelajar memilih program pendidikan dan kerjaya. Selain itu, YEG juga membantu belia memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kerjaya industri.

Kenapa Anda Perlu Sambung Belajar Melalui YEG?

Sekiranya anda berminat untuk meneruskan pelajaran dalam bidang pengurusan haji dan umrah, YEG lah pilihan yang tepat. Di YEG, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda dengan memberikan peluang kepada anda melanjutkan pelajaran. Di YEG, kami bukan sahaja menawarkan pendidikan, malahan juga membantu dalam bidang kerjaya.

Untuk pengetahuan anda, YEG menawarkan kursus terbaik yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja semasa dan juga relevan di masa hadapan. Kami juga membangunkan garis panduan etika yang ketat bagi memandu para perunding kami untuk berhubung dengan pelajar, keluarga, pihak sekolah, dan rakan sebaya.

Bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran, kami ada menawarkan dua bentuk pendidikan, iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma MQA. Kursus Intensif Kerjaya juga disediakan bagi pelajar yang ingin memulakan kerjaya sejurus tamat SPM. KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut.

Pengurusan Haji dan Umrah

Tawaran Sambung Belajar dalam Bidang Pengurusan Haji dan Umrah di YEG

YEG menawarkan program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah dan Sijil Profesional Haji dan Umrah yang merupakan program yang disertai paling ramai, paling terbesar dan paling dipercayai.

Diploma Pengurusan Haji dan Umrah

Bagi anda yang berminat dalam bidang ini, anda boleh mengikuti program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DPHU). Program DPHU ini ditawarkan oleh YEG untuk tempoh 2 tahun 6 bulan selama 7 semester. Dalam tempoh tersebut, anda akan mempelajari teori secara 50% dan 50% lagi secara praktikal.

Antara kelebihan program yang ditawarkan oleh YEG ini adalah, pelajar akan menerima dermasiswa yuran pengajian, tempat penginapan dan pengangkutan secara percuma, serta penempatan latihan industri. Anda juga akan mendapat Sijil Pembimbing Ibadat Haji dan Sijil Mutawif Bertauliah yang diiktiraf oleh Tabung Haji.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menjalani praktikal selama 2 bulan di Malaysia dan sebulan di Makkah dan Madinah di bawah agensi yang berpengalaman seperti Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. Yang paling menarik, anda juga dapat mengikuti praktikal sambil melakukan ibadah umrah.

Syarat kemasukan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah

  • Lulus SPM dan sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah (Diploma)
  • Lulus SPM dan sekurang-kurangnya 1 kredit (Pra-diploma)
  • Lulus STAM dan sekurang-kurangnya mendapat pangkat Maqbul

Sijil Profesional Haji dan Umrah

Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) ini ditawarkan bagi anda yang ingin meneruskan kerjaya dalam bidang pengurusan haji dan umrah. Program ini merupakan kursus pendek yang dijalankan selama 3 bulan. Untuk makluman anda, silibus program ini merupakan antara yang lengkap dan terbaik.

Bagi pelajar yang sudah menamatkan pengajian dalam program ini, mereka berpeluang untuk menjadi mutawif dan mutawifah. Nama pelajar yang terpilih akan dimasukkan ke dalam laman direktori dan mana-mana agensi yang memerlukan tenaga pengajar boleh memilih mutawif dan mutawifah mereka sendiri.

Antara kelebihan SPHU ini adalah pelajar berpeluang mengikuti penginapan percuma semasa latihan praktikal selama 2 hari 1 malam. Pelajar juga akan mendapat baucar sebanyak RM500 bagi program Umrah Kembara Penyucian Jiwa Train The Trainer. Selain itu, pelajar juga mempunyai peluang yang cerah untuk bekerjaya dalam industri.

Syarat kemasukan Sijil Profesional Haji dan Umrah

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Boleh membaca, menulis, mengira dan mempunyai minat dalam bidang pengurusan haji dan umrah
  • Sihat tubuh badan
  • Bebas penyalahgunaan dadah

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bidang haji dan umrah, hubungi kaunselor kami, iaitu Cik Nabihah di talian 010-423 0985.

Sebagai seorang umat Islam, mengetahui tentang pengurusan haji dan umrah merupakan salah satu perkara yang penting meskipun kita belum berkemampuan untuk melaksanakan haji dan umrah. Akan tetapi, dengan adanya bidang ini di YEG, pelajar dapat melaksanakan ibadah umrah di tanah suci. Hal ini ditambah baik lagi apabila pelajar dapat menceburi bidang kerjaya dalam pengurusan haji dan umrah selepas tamat pengajian. Sudah tentunya seronok apabila dapat mengiring jemaah haji dan umrah yang ingin beribadat di samping memperoleh pahala daripada Allah SWT.

Testimoni Pengajian DPHU di YEG

Antara testimoni daripada pelajar YEG dalam program DPHU.

Jom tengok apa kata pelajar YEG tentang pengalaman mereka setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan haji dan umrah!

Jangan sia-siakan peluang dan usia muda anda. Hubungi kami di talian 03-6143 5073 atau KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut. Anda juga boleh melayari laman Instagram kami untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program pendidikan yang ditawarkan di YEG.



Leave a Reply