- 07/12/2022
- Posted by: fatinyeg
- Category: Artikel Utama

Ramai orang kata perjalanan pergi ke Mekah masa zaman sekarang ni tak sama macam zaman nenek atau moyang kita dulu. Sebelum ini, kapal terbang tidak digunakan secara menyeluruh sebagai salah satu pengangkutan awam seperti yang kita rasai pada hari ini sehingga membolehkan kebanyakkan orang boleh merentas lautan.
Sebab tu, para jemaah zaman dulu menaiki kapal-kapal layar atau stim untuk pergi ke Mekah semasa musim haji. Walaupun boleh dikatakan mudah untuk sesiapa sahaja pergi ke Mekah pada zaman sekarang untuk tunaikan umrah tapi, jarang sekali dikalangan para jemaah adalah golongan orang muda.
Sekiranya ada pun, boleh dikatakan pembiayaan untuk melaksanakan ibadah umrah di sana adalah dibawah tanggungan ibu bapa.
PERGI KE MEKAH DAN MADINAH UNTUK PRAKTIKAL DIPLOMA
Setuju tak dengan Nani yang memang jarang-jarang kita dengar cerita tentang tawaran melakukan latihan industri untuk pelajar praktikal diploma sehingga dapat pergi ke Mekah dan Madinah? Walau pun macam mustahil tapi, sebenarnya semua tu masuk akal sebab pelajar-pelajar yang pergi ke Mekah ini adalah dikalangan mereka yang ambil Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) bersama YEG Academy.
Nani rasa inisiatif YEG Academy pada tahun 2022 yang mengutamakan golongan B40 di Malaysia untuk menyertai dan mendaftar dalam bidang diploma ini adalah sangat bermakna. Tiga tawaran yang boleh Nani simpulkan sebagai luar biasa daripada kempen-kempen di tahun 2022 adalah:
- Para graduan terbuka dengan peluang kerjaya yang besar pada masa kini di industri pengurusan haji dan umrah.
- Dapat tunai umrah dan pergi ke Mekah di usia yang muda.
- Dibimbing oleh tenaga profesional dalam industri di kawasan praktikal sebenar (Mekah dan Madinah).

Nani paling seronok apabila ada dikalangan para pelajar yang sudah selesai menjalankan praktikal atau latihan industri di dalam dan luar negara berkongsi pendapat dan pengalaman mereka. Antara yang nani tidak boleh lupakan ialah bila mana terdapat seorang pelajar yang menceritakan bahawa sebab asal dia menyertai Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) adalah kerana pilihan ibunya.
Namun, setelah menjalankan latihan industri di Mekah dan Madinah selama beberapa bulan, dia rasa bahawa hati dan matanya telah terbuka. Dia berkongsi yang dia rasa sangat gembira dengan bidang ini setelah memahami corak kerjaya yang bakal dia lalui selepas bergelar graduan nanti.
“BERMULA DENGAN TIDAK DAPAT PANGGILAN UPU, SEKARANG DAH PERGI KE MEKAH UNTUK PRAKTIKAL!“
Rezeki Allah ini sangatlah luas. Rezeki bukan hanya pada duit dan wang tunai sahaja tau tetapi, lebih dari itu. Sebab itu, kita kena faham yang rezeki ini merangkumi pelbagai perkara. Kesihatan, jodoh yang baik, masa lapang, sambung belajar, diterima bekerja dan pelbagai perkara lagi yang memberi pulangan yang bermanfaat kepada kita itu adalah rezeki dari Allah.
Kadang-kadang kita akan diuji dengan sesuatu yang tidak kita jangka tetapi kita kena ingat kata-kata Allah di dalam Al-Quran:
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Al-Baqarah:216
APa itu diploma pengurusan Haji dan Umrah (dhumy)?
Mungkin ramai yang tak kenal lagi apa itu Diploma Pengurusan Haji dan Umrah. Nani faham yang bidang ini merupakan bidang yang baharu yang hadir dalam industri pendidikan tinggi di Malaysia. Walau bagaimanapun, bidang baru tidak semestinya tiada kualiti kan? Malah, bidang-bidang yang baru seperti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah sebenarnya diwujudkan kerana terdapat permintaan yang tinggi dari segi kerjaya di sektor berikut.
Seperti diploma lain di Malaysia, para pelajar dikehendaki menghabiskan 2 tahun setengah pembelajaran. Ia merangkumi pembelajaran di dalam kelas atau di atas talian serta 6 bulan praktikal. Semasa praktikal, pelajar akan dibimbing oleh tenaga industri yang cukup hebat untuk mengajar para pelajar menjadi tenaga profesional yang mengetahui bidang pengurusan haji dan umrah sama ada di dalam negara atau di Mekah dan Madinah.
Jadinya, para pelajar bakal berpeluang menjalankan praktikal di tanah suci sebelum bergelar graduan. Mesti ibu bapa atau korang sendiri risaukan sama ada bidang ini dah dapat kelulusan MQA atau belum?
Jangan risau sebab Diploma Pengurusan Haji dan Umrah sememangnya telah mendapat kelulusan MQA! Jadi silibus yang korang belajar dalam diploma ini memang tak sia-sia sebab dah diterima untuk digunakan dan diaplikasikan dalam industri pengurusan haji dan umrah di Malaysia.
CARA UNTUK SERTAI DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH (DHUMY)
Kalau dah cerita panjang-panjang tentang hal ini tapi tak bagitahu cara nak sertai pun susah juga kan? Sebab tu, kalau korang masih ragu-ragu lagi nak sertai Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, mungkin korang boleh cuba baca-baca artikel berkaitan bidang ini lagi.
Kalau korang ikuti laman sosial media kami di Instagram, TikTok dan Facebook, sebenarnya banyak perkongsian pelajar-pelajar kita yang sedang menjalankan praktikal di tanah suci. Yang penting, kalau berminat atau nak tanyakan apa-apa soalan berkaitan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, korang boleh isi maklumat yang diperlukan di sini.