YEG Academy

Hai korang, harini Cik Bell nak kupaskan persoalan yang sering dibayangi oleh pelajar lepasan SPM kita iaitu nak sambung belajar atau terus bekerja? Pada korang, yang mana satu lebih baik? Ramai pelajar lepasan SPM masih keliru dengan perkara ini. Sesetengah dari mereka berpendapat bahawa lebih baik sambung belajar. Alasannya, mereka masih muda dan mudah untuk hadam apa yang diajar di dalam kuliah. Selain itu juga, gaji yang bakal diperoleh pun pastinya lebih baik berbanding hanya mempunyai sijil SPM sahaja.

Walau bagaimanapun, ada juga diantara mereka yang berpendapat bahawa lebih baik bekerja dulu dan ambil peluang untuk mendapatkan pengalaman bekerja. Apabila ada rezeki lebih, barulah teruskan niat untuk sambung belajar. Apa pula pendapat korang tentang perkara ni? Korang lebih suka sambung belajar atau terus bekerja? Sebenarnya, apa pun pilihan korang, tidak ada pun yang salah cuma mungkin ia akan memberikan impak pada masa depan nanti. Harapnya, moga penulisan Cik Bell kali ini sedikit sebanyak boleh membantu korang membuat pilihan yang tepat. Diakhir perkongsian ini nanti, fikir dan buatlah keputusan yang terbaik untuk diri korang.

KENAPA ADA YANG MEMILIH UNTUK TERUS BEKERJA?

MENCARI PENGALAMAN DAN ASAH KEMAHIRAN DIRI

Ramai pelajar lepasan SPM di luar sana memilih untuk terus bekerja setelah habis SPM. Hal ini kerana, mereka berpendapat bahawa pembelajaran sewaktu tempoh bekerja adalah pengalaman berharga dan tidak sama dengan ilmu di dalam kelas. Mereka juga merasakan bahawa majikan di luar sana lebih mementingkan pengalaman berbanding kelulusan semata-mata. Walaupun begitu, korang kena faham bahawa tidak semua kerjaya atau jawatan hanya mementingkan pengalaman sahaja. Banyak kerjaya profesional memerlukan kelayakan sijil bagi membolehkan korang menceburi bidang tersebut. Untuk meneruskan hidup memang memerlukan duit tetapi, untuk berjaya perlukan ada ilmu pengetahuan.

MASALAH KEWANGAN SEBAGAI PENGHALANG

Masalah kewangan adalah salah satu sebab lagi kenapa pelajar lepasan SPM tidak dapat membuat keputusan sama ada untuk sambung belajar atau terus bekerja. Hal ini adalah kerana, ada diantara mereka yang ingin sambung belajar tapi mempunyai masalah kewangan. Jadi, mereka terpaksa menangguhkan dahulu hajat di hati dan terus bekerja. Betul ke begitu? Kalau untuk korang yang sama keadaanya seperti ini, Cik Bell nak bagitau korang yang sebenarnya sambung belajar ni ada bantuan kewangan. Jadi, korang janganlah risau. Korang pergi je sambung belajar dan kejar cita-cita korang. Tentang bayaran semula pula, ia akan bermula hanya selepas korang tamat belajar nanti dan jadual bayaran balik pun tidaklah terlalu membebankan. Tapi kalau korang nak belajar free, korang cubalah risik dengan pihak kolej samada ada biasiswa atau pengecualian bayaran balik bersyarat yang mungkin korang boleh cuba dapatkan. Cun tak idea ni?

KENAPA LEBIH BAIK SAMBUNG BELAJAR?

PELUANG PEKERJAAN YANG LEBIH BAGUS

Macam yang Cik Bell bagitau korang tadi, banyak kerjaya di luar sana yang masih memerlukan kelulusan tertentu untuk dan bukan pengalaman semata-mata. Selain daripada sijil Diploma, Degree dan lain-lain, ada juga kerjaya yang memerlukan sijil kemahiran bagi membolehkan korang menjadi pilihan majikan di luar sana. Persaingan di pasaran kerjaya bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh lagi. Cuba korang bayangkan di antara calon yang hanya mempunyai pengalaman berbanding calon yang mempunyai pengalaman serta kelulusan, siapa yang akan dipilih oleh majikan? Jadi, berhentilah memandang rendah pada mereka yang masih meneruskan pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Mungkin mereka ada tagret yang ingin mereka capai.

MUDAH NAIK PANGKAT

Dalam bekerja, siapalah yang tidak gembira jika dinaikkan pangkatkan? Tetapi, pernah tak korang terfikir bahawa untuk menjawat jawatan atau pangkat tertentu, pastilah ada tahap minima pendidikan yang ditetapkan. Cuba bayangkan kalau korang dah melepasi semua syarat dan ada pengalaman yang cukup tetapi gagal dinaikkan pangkat kerana tidak mempunyai sijil pendidikan yang ditetapkan. Mesti korang akan rasa menyesal masa tu nanti. Sebab itulah kenapa korang nampak ada orang yang masih sambung belajar sambil bekerja, mengambil peperiksaan khas dan banyak lagi usaha lain demi mencapai impian mereka. Tak rugi pun sambung belajar.

SAMBUNG BELAJAR ATAU TERUS BEKERJA LEBIH BAGUS SEBENARNYA?

PILIHAN DI TANGAN KORANG!

Akhir sekali, apa yang boleh Cik Bell ringkaskan di sini, kalau korang masih terfikir-fikir sama ada nak sambung belajar atau terus bekerja, pilihlah untuk sambung belajar. Pilihlah kerjaya atau bidang yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat suatu hari nanti. Cuba bayangkan jika semua orang tidak mahu menceburi bidang profesional, siapa yang akan menjadi pelapis di masa akan datang? Jika semua ingin berniaga, siapa nak jadi doktor? Jika semua ingin bekerja makan gaji, siapa nak buka syarikat? Kalau korang masih tidak pasti bidang mana yang memberi jaminan kerjaya yang kekal relevan, jom sertai kami di YEG Pesta Sambung Belajar. Di YEG Academy, kami menawarkan pelbagai bidang yang akan kekal relevan seperti bidang penerbangan, bidang pengurusan haji dan umrah dan banyak lagi bidang menarik yang lain. Jom ketahui lebih lanjut di SINI.



Leave a Reply