YEG Academy

Anda merupakan salah seorang pelajar lepasan SPM? Namun, anda belum mendapat tawaran untuk sambung belajar diploma di IPT? Tambahan pula, anda tidak pasti dengan hala tuju selepas SPM dan kurang memahami proses untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Jika anda berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma, anda perlu mengetahui maklumat-maklumat penting ini. Teruskan membaca!

Sambung Belajar Diploma Selepas SPM

Untuk makluman, kebiasaannya program diploma mengambil masa selama 2 tahun setengah atau 3 tahun. Ia bergantung kepada jurusan yang anda pilih. Program-program yang dikhaskan bagi diploma mempunyai bidang-bidang tertentu yang sesuai dengan minat anda. Sekiranya anda yakin dengan pilihan anda, diploma pastinya jalan yang terbaik untuk anda merebut peluang pekerjaan yang disediakan pada masa hadapan.

Selepas anda menyambung pelajaran ke peringkat diploma, anda boleh melanjutkan pelajaran ke taraf yang lebih tinggi seperti ijazah atau anda boleh saja bekerja selepas itu. Tempoh pengajian bagi ijazah anda juga dapat dipendekkan, jika mengambil jurusan yang sama seperti diploma.

Sambung Belajar Diploma

Siapa yang Patut Ambil Diploma?

Umumnya mengetahui diploma merupakan antara pilihan pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, diploma mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding program yang lain.

Kebanyakan daripada pelajar yang ingin sambung belajar diploma sudah pastinya mempunyai hala tuju masa hadapan dan bidang pekerjaan yang mereka akan ceburi nanti. Jadi, diploma sememangnya pilihan yang tepat untuk mereka.

Sambung Belajar Diploma

Kenapa Perlu Belajar Diploma?

Mungkin ramai yang tidak tahu kelebihan belajar diploma. Diploma dapat membuka peluang yang luas kepada pelajar untuk memohon pekerjaan dengan menggunakan sijil diploma selepas tamat pengajian. Tambahan pula, syarat kelayakan kemasukan ke program diploma juga sangat rendah berbanding program yang lain. Pelajar lepasan SPM dapat mengikuti program diploma yang menawarkan latihan industri yang dapat memberi pendedahan terhadap pekerjaan di luar sana.

Bagaimana untuk Sambung Belajar Diploma?

Pelajar lepasan SPM boleh menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang ada di Malaysia. Program diploma merupakan salah satu persediaan untuk menyambung pengajian ijazah. Namun, ia mengambil masa yang agak lama berbanding asasi. Antara syarat-syarat kemasukan ke diploma IPT adalah pelajar perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya tiga kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Anda Pernah Dengar Tentang YEG?

YEG, atau nama penuhnya Your Education Guidance merupakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya yang membantu para pelajar memilih program pendidikan dan kerjaya. Selain itu, YEG juga membantu belia memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kerjaya industri.

Kenapa Anda Perlu Sambung Belajar Diploma Melalui YEG?

Sekiranya anda merupakan pelajar lepasan SPM yang berminat untuk meneruskan pelajaran ke peringkat diploma, YEG lah pilihan yang tepat. Di YEG, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda dengan memberikan peluang kepada anda melanjutkan pelajaran. Di YEG, kami bukan sahaja menawarkan pendidikan, malahan juga membantu dalam bidang kerjaya.

Untuk pengetahuan anda, YEG menawarkan kursus terbaik yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja semasa dan juga relevan di masa hadapan. Kami juga membangunkan garis panduan etika yang ketat bagi memandu para perunding kami untuk berhubung dengan pelajar, keluarga, pihak sekolah, dan rakan sebaya.

Bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran, kami ada menawarkan dua bentuk pendidikan, iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma MQA. Kursus Intensif Kerjaya juga disediakan bagi pelajar yang ingin memulakan kerjaya sejurus tamat SPM. KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut.

Sambung Belajar Diploma

Tawaran Sambung Belajar Diploma Melalui YEG

Antara tawaran jurusan yang istimewa disediakan oleh YEG yang bersesuaian dengan permintaan pasaran kerja semasa adalah seperti berikut:

YEG menguruskan pendaftaran kursus diploma berkelulusan MQA yang selaras dengan dasar ekonomi digital negara. Ini bermakna YEG hanya memilih ekosistem pembelajaran terbaik dan pembinaan kerjaya selepas tamat belajar. Lebih menarik lagi, YEG turut menyediakan jurusan yang mendapat permintaan tinggi dalam pekerjaan industri. Hal ini termasuklah menyesuaikan personaliti pelajar dengan bidang kerjaya yang dipilih.

Sambung Belajar Diploma

Apa Pembelajaran Diploma yang Disediakan oleh YEG?

Antara kursus-kursus sambung belajar diploma yang ditawarkan di YEG adalah seperti berikut:

  • Diploma Pengurusan Haji dan Umrah

YEG menawarkan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah kepada pelajar lepasan SPM untuk tempoh 2 tahun 6 bulan. Apa yang menariknya ialah pelajar berpeluang menjalani latihan praktikal di bawah agensi yang berpengalaman seperti Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. Untuk makluman, syarikat Andalusia Travel & Tours merupakan syarikat peneraju utama dalam Pakej Umrah dan Haji di Malaysia.

Anda juga dapat melanjutkan pratikal selama 2 bulan di Malaysia dan sebulan di Makkah dan Madinah. Yang paling menarik, anda juga dapat mengikuti praktikal sambil melakukan ibadah umrah.

Sambung Belajar Diploma
  • Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat | Sambung Belajar Diploma

Bagi anda yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang penerbangan, anda boleh mengikuti Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat di YEG. Antara kelebihan program diploma ini adalah anda akan mendapat dermasiswa khas sebagai yuran sepanjang tempoh pengajian, tempat penginapan secara percuma dan latihan industri bersama syarikat penerbangan. Selain itu, anda juga mempunyai peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Testimoni Pengajian Diploma YEG

Antara testimoni daripada pelajar YEG dalam bidang penerbangan.

Jom tengok apa kata pelajar YEG tentang pengalaman mereka setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang penerbangan!

Jangan sia-siakan peluang dan usia muda anda. Hubungi kami di talian 03-6143 5073 atau KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut. Anda juga boleh melayari laman Instagram kami untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program pendidikan yang ditawarkan di YEG.



Leave a Reply