- 20/01/2022
- Posted by: Admin YEG
- Category: Artikel Utama

Kebelakangan ini, ramai dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih untuk sambung belajar kemahiran sebagai hala tuju pendidikan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, bidang kemahiran merupakan salah satu bidang yang mempunyai kebolehpasaran graduan yang tinggi pada masa kini.
Pelajar lepasan SPM kini lebih sedar akan kepentingan bidang kemahiran yang dapat memberikan pulangan yang baik kepada mereka. Misalnya, mereka mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam bidang teknikal.
Jadi, mari ikuti informasi berguna dengan lebih lanjut berkenaan sambung belajar kemahiran di bawah.
sambung Belajar Kemahiran – Apa yang Perlu Anda Tahu?
Sebelum anda menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran, anda perlulah mengetahui beberapa perkara penting terlebih dahulu!
1. Struktur Program Pengajian
Program kemahiran mempunyai struktur pengajian yang berbeza berbanding program-program di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan pusat pengajian yang lain. Anda perlu ketahui maklumat penting seperti berikut:
- Subjek yang akan dipelajari
- Bilangan subjek dalam setiap semester
- Cara penilaian akademik (PNGK/CGPA/Pointer)
- Bentuk peperiksaan dan tugasan
- Tempoh pengajian setiap semester
2. Pembiayaan Pengajian | Sambung Belajar Kemahiran
Perkara penting yang perlu anda ambil tahu sebelum bergelar pelajar bidang kemahiran adalah berkenaan pembiayaan pengajian. Untuk melanjutkan pelajaran, anda sememangnya memerlukan pembiayaan yang lengkap bagi mengelakkan daripadaa timbulnya isu masalah kewangan. Anda boleh memohon pinjaman ataupun biasiswa sekiranya anda layak. Pinjaman boleh dibuat daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Perkara penting yang anda perlu ambil tahu untuk memohon pembiayaan adalah:
- Jumlah pembiayaan
- Syarat kelayakan
- Tarikh permohonan
- Tarikh wang dikreditkan ke akaun
Sebagai pelajar, anda juga boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada sumber lain sebelum mendapatkan pinjaman atau biasiswa yang telah dimohon. Antara sumber untuk mendapatkan bantuan kewangan adalah pusat zakat negeri dan wang pendahuluan PTPTN.
3. Kemudahan dan Persekitaran Tempat Pengajian
Sebagai pelajar lepasan SPM, anda perlu mengambil kira tentang kemudahan serta persekitaran tempat pengajian anda nanti. Hal ini dikatakan demikian kerana, anda akan berada di pusat pengajian dalam tempoh yang agak lama. Jadi, anda semestinya mahukan tempat tinggal yang selesa dan kondusif.
Antara maklumat penting yang anda perlu ambil tahu sebelum sambung belajar kemahiran adalah:
- Kemudahan pengangkutan
- Kos perjalanan
- Kemudahan perbankan di kawasan sekitar dan dalam IPT
- Kafeteria dan kedai runcit

Siapa Patut Belajar Kemahiran?
Program kemahiran sememangnya sesuai bagi pelajar yang kurang menyerlah dalam keputusan akademik. Namun, ia bukanlah penghalang bagi anda untuk terus berjaya pada masa hadapan. Dengan kemahiran, anda boleh menceburi bidang kerjaya yang terbuka luas.
Bidang kemahiran kini dipandang tinggi kerana berlakunya perkembangan pelbagai sektor penting di Malaysia yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran dalam pelbagai bidang. Jadi, tidak salah sekiranya anda ingin menyambung pelajaran dalam bidang ini.
3 Kelebihan Belajar Kemahiran
Bidang kemahiran mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri. Berikut merupakan 3 kelebihan bidang kemahiran:
1. Peningkatan peluang belajar ke peringkat yang lebih tinggi
Bagi anda yang mengambil bidang kemahiran, anda boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di beberapa IPT di Malaysia. Jadi, peluang anda untuk berjaya sangat terbuka luas.
2. Pelajar berpeluang mempunyai kerjaya yang amat luas terutama dalam bidang teknikal
Pelajar yang mengambil bidang kemahiran juga berpeluang memiliki kerjaya yang cemerlang dalam bidang yang diceburi. Misalnya, sekiranya pelajar mengambil bidang kemahiran berkaitan penerbangan, pelajar boleh menceburi kerjaya sebagai pembantu jurutera dan lain-lain.
3. Gaji yang amat lumayan berbanding lepasan bidang bukan teknikal atau sastera
Bidang kemahiran sememangnya menawarkan gaji yang lebih lumayan berbanding bidang yang lain. Bidang kemahiran semakin membangun dek kerana permintaan yang tinggi dalam pasaran industri. Lebih menarik lagi, graduan kemahiran juga mampu memperolehi pendapatan yang lebih tinggi daripada penjawat awam.
Pilihan institusi untuk Belajar Kemahiran | Sambung Belajar Kemahiran
Pelajar lepasan SPM sememangnya perlu memilih tempat pengajian kemahiran yang terbaik bagi memastikan masa hadapan mereka terjamin. Sekiranya anda berminat untuk menyambung bidang kemahiran, terdapat pelbagai pilihan institusi yang sesuai.
1. Politeknik | Sambung Belajar Kemahiran
Anda boleh sambung belajar kemahiran dengan mengikuti program di peringkat sijil atau diploma di Politeknik Konvensional/Metro di seluruh Malaysia. Anda boleh memohonnya melalui permohonan UPU online atau portal pengambilan pelajar, bergantung kepada sesi kemasukan.
2. Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)
Bagi anda yang berminat dalam bidang kemahiran, anda boleh mengikuti program kemahiran yang disediakan di ILKBS. Pusat pengajian ini menawarkan latihan amali serta praktikal kepada golongan belia. Hal ini bagi memastikan golongan belia yang mahir dalam kemahiran tertentu akan terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.
3. Kolej Komuniti | Sambung Belajar Kemahiran
Bidang kemahiran merupakan bidang yang sangat luas. Bagi pelajar lepasan SPM, anda juga boleh mengikuti program kemahiran di bawah Kolej Komuniti yang terdapat di Malaysia.
Antara program pengajian yang ditawarkan di Kolej Komuniti termasuklah:
- Sijil Kolej Komuniti (T)
- Diploma Kolej Komuniti (DKK)
- Sijil Kolej Komuniti (M)
- Sijil Kolej Komuniti (P)
Selain itu, kursus pendek juga ada ditawarkan kepada pelajar di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat.
4. Latihan Kemahiran di GIATMARA | Sambung Belajar Kemahiran
Kepada lepasan SPM yang berminat dalam bidang kemahiran, anda boleh memohon program kemahiran di GIATMARA. Program ini terbahagi kepada dua pilihan, iaitu Sepenuh Masa dan Separuh Masa. Antara syarat kemasukan program kemahiran di GIATMARA adalah pelajar bumiputera yang berumur 15 tahun ke atas sama ada lepasan SPM atau bukan dengan syarat boleh membaca, menulis dan minat dalam bidang yang ingin dipohon.
5. Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK)
Bagi sesiapa yang minat dalam bidang pertanian, PLKPK juga ada menyediakan program kemahiran pertanian bagi lepasan SPM. Antara sijil yang ditawarkan dalam program ini adalah:
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
Antara bidang latihan kemahiran yang ditawarkan di PLKPK adalah tanaman, pengeluaran padi, pemasaran dan banyak lagi.

Anda Pernah Dengar Tentang YEG?
YEG, atau nama penuhnya Your Education Guidance merupakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya yang membantu para pelajar memilih program pendidikan dan kerjaya. Selain itu, YEG juga membantu belia memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kerjaya industri.
Kenapa Anda Perlu Sambung Belajar Kemahiran Melalui YEG?
Sekiranya anda merupakan pelajar lepasan SPM yang berminat untuk meneruskan pelajaran dalam bidang kemahiran, YEG lah pilihan yang tepat. Di YEG, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda dengan memberikan peluang kepada anda melanjutkan pelajaran. Di YEG, kami bukan sahaja menawarkan pendidikan, malahan juga membantu dalam bidang kerjaya.
Untuk pengetahuan anda, YEG menawarkan kursus terbaik yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja semasa dan juga relevan di masa hadapan. Kami juga membangunkan garis panduan etika yang ketat bagi memandu para perunding kami untuk berhubung dengan pelajar, keluarga, pihak sekolah, dan rakan sebaya.
Bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran, kami ada menawarkan dua bentuk pendidikan, iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma MQA. Kursus Intensif Kerjaya juga disediakan bagi pelajar yang ingin memulakan kerjaya sejurus tamat SPM. KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut.

Tawaran Sambung Belajar Kemahiran di YEG
YEG menawarkan beberapa kursus terbaik bagi anda yang ingin menyambung pengajian dalam bidang kemahiran, iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). YEG juga membantu graduan mendapat peluang pekerjaan yang tinggi dalam pasaran kerja dalam bidang teknikal dan vokasional.
Lebih menarik lagi, YEG turut menyediakan ilmu dan bimbingan untuk pelajar yang minat dalam industri kemahiran bagi menjadi pakar dalam bidang industri yang dipilih. Selain itu, YEG juga menyediakan peluang kerjaya yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran.

Apa Jurusan Kemahiran yang Disediakan oleh YEG?
Sijil Kemahiran Sektor Penerbangan
Program Sijil Kemahiran Sektor Penerbangan ini akan dilaksanakan selama 3 bulan sahaja. Antara kelebihan program yang ditawarkan oleh YEG ini adalah pelajar akan menerima bantuan khas pendidikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), mendapat dermasiswa khas sebagai yuran sepanjang tempoh pengajian, tempat penginapan secara percuma dan latihan industri bersama syarikat penerbangan.
Selain itu, pelajar juga akan menerima elaun sara hidup sebanyak RM400. Matlamat utama program ini diwujudkan adalah untuk melahirkan pakar industri penerbangan yang mahir dan bersesuaian dengan permintaan pasaran kerja semasa.
Testimoni Pengajian Kemahiran YEG
Jom lihat video perkongsian pengalaman daripada pelajar YEG yang sambung belajar kemahiran dalam bidang penerbangan.
Jangan sia-siakan peluang dan usia muda anda. Hubungi kami di talian 03-6143 5073 atau KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut. Anda juga boleh melayari laman Instagram kami untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program pendidikan yang ditawarkan di YEG.