YEG Academy

Sememangnya pelajar lepasan SPM mempunyai minat yang mendalam untuk sambung belajar. Namun, masih ramai lagi yang belum pasti dengan hala tuju sebaik sahaja tamat SPM. Hal ini dikatakan demikian kerana, masih ramai pelajar yang tidak tahu di mana nak sambung belajar lepasan SPM.

Tidak terkecuali, ada juga yang ingin bekerja terus untuk merasa duit sendiri dan sudah berasa jemu apabila sudah 11 tahun berada di alam persekolahan. Walau bagaimanapun, masih ada ibu bapa yang menetapkan jurusan pembelajaran anak-anak walaupun hakikatnya, mereka tidak meminati pilihan ibu bapa.

Oleh itu, kami harap perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan sama ada ingin meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi atau memulakan kerjaya. Apa-apa pun pilihan anda, tidak ada yang salah selagi mana anda tahu apa keperluan yang diperlukan. Pilihan anda adalah masa depan anda!

Apa Matlamat Anda Setelah Habis SPM Tak Lama Lagi?

Sambung Belajar Lepasan SPM

Kami percaya ramai yang masih keliru sama ada mahu meneruskan pelajaran atau bekerja. Jika memilih untuk melanjutkan pelajaran, ada banyak tawaran yang disediakan antaranya, pelajaran peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), asasi, atau diploma. Oleh hal yang demikian, anda boleh lakukan dua pilihan sebelum membuat sebarang keputusan sebaik sahaja tamat SPM. Antara dua pilihan tersebut adalah seperti berikut:

#1 Melanjutkan Pelajaran ke Peringkat Lebih Tinggi

Bagi yang berminat untuk sambung belajar lepasan SPM, anda juga perlu tahu bahawa sebaik sahaja SPM tamat, anda boleh lanjutkan pelajaran ke Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), STAM, asasi, matrikulasi, dan diploma. Setiap pengajian ini ada kelebihannya. Mungkin ada yang tidak mahu sambung Tingkatan 6 kerana pembelajarannya di sekolah dan lebih sukar sebagaimana yang sering didengari.

a. STPM (Tingkatan 6)

Tingkatan 6 kini dikategorikan sebagai prauniversiti walaupun sesi pembelajarannya berada di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana, Tingkatan 6 menggunakan sistem yang setaraf dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT), iaitu sistem semester. Jika anda bercita-cita untuk melanjutkan ijazah dengan lebih cepat, di Tingkatan 6 lah jawapannya.

b. STAM

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mempunyai sedikit persamaan dengan STPM. Namun, STAM agak berbeza sedikit dengan STPM. Hal ini kerana, pelajar yang mengambil STAM ini adalah dari sekolah menengah agama. Tambahan pula, STAM lebih menjurus kepada bidang yang berasaskan agama Islam. Malah, pelajar lepasan STAM yang mendapat keputusan Jayyid boleh melanjutkan pelajaran di IPT tempatan. Manakala, jika mendapat Jayyid Jiddan, pelajar boleh meneruskan pelajaran ke luar negara, iaitu Mesir, Jordan, Turki dan sebagainya.

c. Asasi | Sambung Belajar Lepasan SPM

Asasi adalah program yang dikendalikan oleh IPT yang menawarkan program ini di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Terdapat beberapa bidang yang khusus dalam program asasi ini. Pelajar asasi perlu mengikuti program ini selama satu hingga 2 tahun. Silibus pelajaran asasi lebih khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang akan diambil.

d. Matrikulasi

Matrikulasi adalah untuk mereka yang layak melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di IPT dalam bidang sains, teknologi, dan profesional. Kebiasaannya, pelajar aliran sains tulen di sekolah menengah yang memenuhi syarat kemasukan matrikulasi ini layak untuk belajar di kolej matrikulasi.

e. Diploma | Sambung Belajar Lepasan SPM

Diploma mempunyai bidang-bidang tertentu yang ditawarkan di IPT. Selalunya, pembelajaran diploma adalah selama 3 tahun. Pelajar lepasan SPM mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat diploma dalam mengambil jurusan yang diminati.

Sambung Belajar Lepasan SPM

#2 Rehatkan Mental dan Fizikal | Sambung Belajar Lepasan SPM

Sekiranya anda masih belum dapat membuat keputusan yang tepat, pilihan yang terbaik adalah berehat sebentar untuk mencari matlamat yang sebenar. Sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun anda boleh merehatkan mental dan fizikal setelah 11 tahun lamanya berada di alam persekolahan.

Kebiasaannya, dalam tempoh ini, ada yang memilih untuk bekerja sambilan bagi mencari wang untuk melanjutkan pelajaran. Ada juga yang menginginkan pengalaman berjumpa dan berurusan dengan pihak luar sebelum meneruskan pengajian.

Isu yang Sering Pelajar Alami Setelah Tamat SPM | Sambung Belajar Lepasan SPM

Pelajar lepasan SPM sering kali mengalami beberapa masalah untuk membuat pilihan. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan situasi tersebut berlaku. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Tidak Mempunyai Peluang Sambung Belajar

Rata-rata pelajar yang tidak mempunyai peluang melanjutkan pelajarannya kerana berasal dari keluarga yang susah. Ada juga yang terpaksa bekerja bagi menanggung ahli keluarganya.

  • Tidak Mengetahui Cara Memohon Sambung Belajar

Kurang pendedahan mengenai cara memohon untuk sambung belajar lepasan SPM menyebabkan pelajar sukar memohon untuk belajar. Terutama bagi pelajar yang merupakan anak sulung dalam keluarga yang kurang mengetahui prosedur untuk memohon belajar.

  • Ingin Mengikut Pilihan Kawan

Rata-rata pelajar lepasan SPM takut dan risau untuk berpisah dengan kawan. Jadi, ramai dalam kalangan mereka yang membuat pilihan yang salah kerana sanggup mengikuti pilihan kawan. Tahukah anda apa kesannya mengikut pilihan kawan? Ia akan menyebabkan anda berasa tertekan dengan bidang yang dipilih. Mungkin anda tidak meminati bidang perniagaan, tetapi mengambilnya kerana ingin mengikut kawan dan tidak mahu berdikari.

  • Tidak Tahu Apa yang Diminati

Kebiasaannya pelajar mengalami masalah untuk menentukan bidang yang diminati untuk sambung belajar lepasan SPM. Rata-rata daripada mereka tidak jelas dengan hala tuju selepas tamat SPM.

  • Tidak Mempunyai Maklumat Berkaitan Kursus

Ada pelajar yang minat dengan sesuatu bidang itu tetapi tidak jelas dengan maklumat kursus tersebut yang ditawarkan di IPT. Hal ini menyebabkan pelajar berasa keliru sama ada ingin meneruskan pembelajaran dalam kursus itu atau tidak.

Isu-isu di atas ini sering dialami oleh pelajar lepasan SPM. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk sambung belajar lepasan SPM? Mari teruskan membaca.

Anda Pernah Dengar Tentang YEG?

YEG, atau nama penuhnya Your Education Guidance merupakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya yang membantu para pelajar memilih program pendidikan dan kerjaya. Selain itu, YEG juga membantu belia memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kerjaya industri.

Kenapa Anda Perlu Sambung Belajar Melalui YEG?

Sekiranya anda merupakan pelajar lepasan SPM yang berhasrat untuk meneruskan pelajaran atau kerjaya, YEG lah pilihan yang tepat. Di YEG, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda dengan memberikan peluang kepada anda melanjutkan pelajaran. Di YEG, kami bukan sahaja menawarkan pendidikan, malahan juga membantu dalam bidang kerjaya.

Untuk pengetahuan anda, YEG menawarkan kursus terbaik yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja semasa dan juga relevan di masa hadapan. Kami juga membangunkan garis panduan etika yang ketat bagi memandu para perunding kami untuk berhubung dengan pelajar, keluarga, pihak sekolah, dan rakan sebaya.

Bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran, kami ada menawarkan dua bentuk pendidikan, iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma MQA. Kursus Intensif Kerjaya juga disediakan bagi pelajar yang ingin memulakan kerjaya sejurus tamat SPM. KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut.

Sambung Belajar Lepasan SPM

Tawaran Sambung Belajar Lepasan SPM Melalui YEG

Antara tawaran jurusan yang istimewa disediakan oleh YEG yang bersesuaian dengan permintaan pasaran kerja semasa adalah seperti berikut:

  • Diploma Pengurusan Pelancongan – Jepun
  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  • Diploma Pengurusan Hotel
  • Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat
  • Diploma Pengurusan Haji dan Umrah

Kursus Popular – Diploma Pengurusan Haji dan Umrah

Ada sesiapa yang berminat dalam bidang haji dan umrah? Di YEG, kami menawarkan program pengajian berkaitan haji dan umrah khususnya kepada pelajar lepasan SPM.

Testimoni Pelajar

Jom lihat testimoni pelajar kami seperti di bawah:

Mari dengarkan pula testimoni pelajar melalui YouTube seperti di bawah:

Jangan sia-siakan peluang dan usia muda anda. Hubungi kami di talian 03-6143 5073 atau KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut. Anda juga boleh melayari laman Facebook kami untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program pendidikan yang ditawarkan di YEG.



1 Comment

Leave a Reply