SELARI DENGAN DASAR EKONOMI DIGITAL NEGARA
Kemudahan teknologi bukan sahaja membuktikan bahawa dunia sudah semakin maju dan bergerak kehadapan namun, ia menjadi isyarat penting kepada para pengguna teknologi untuk bersama-sama bergerak seiring dengan perkembangan semasa. Demi memastikan teknologi mencapai fungsi utamanya iaitu untuk membantu merealisasikan sesuatu yang mustahil kepada nyata, badan-badan pendidikan juga perlu turut serta memanfaatkan teknologi untuk mencapai hasil pemantapan ilmu yang lebih maksima buat golongan sasaran tertentu.
YEG Academy memastikan setiap bidang yang di tawarkan buat golongan lepasan SPM di platform ini untuk memenuhi aspek yang telah ditetapkan dalam Dasar Ekonomi Digital Negara. Beberapa perkara telah diambil peduli dalam merancang pengisian pembelajaran dan kerjaya yang lebih terjamin buat setiap para pelajar yang menyertai program kami iaitu dengan menepati tiga objektif penting.
Pencipta dan pengguna model perniagaan yang inovatif
Melalui tahap literasi digital yang tinggi, keberangkalian untuk sesuatu kerjaya atau bidang pendidikan bertahan dalam pelbagai cabaran masa kini adalah semakin besar. Bencana COVID-19 telah membuktikan bahawa teknologi digital adalah paling relevan dalam memastikan setiap perancangan mampu untuk diteruskan. Oleh itu, bidang pengajian dan latihan yang terdedah dengan penggunaan teknologi digital bakal dapat bertahan di pasaran kerjaya dengan lebih lama. Sehubungan dengan itu, para graduan dalam pengkhususan bidang yang ditawarkan oleh YEG Academy mampu memenuhi sasaran Rangka Tindakan kerajaan seperti mencipta 500,000 pekerjaan baharu.
Melahirkan modal insan yang berupaya untuk berdaya saing
Seseorang yang berjaya dalam bidang pengkhususan atau kerjaya yang dibina adalah tidak sempurna sekiranya tidak mempunyai nilai-nilai tertentu. Antara nilai-nilai penting yang mampu memberi cerminan kepada modal insan pada masa kini adalah apabila para pelajar mampu memenuhi tiga prinsip berikut hasil daripada silibus pembelajaran yang kami persiapkan:
- Inklusiviti: memastikan tiada siapa yang ketinggalan akibat pendigitalan.
- Etika: memastikan data dan peralatan digital digunakan secara beretika.
- Keyakinan: memastikan pertumbuhan ekonomi digital tanpa mengabaikan keselamatan siber.
Menerusi nilai-nilai berikut, para pelajar yang menamatkan pengajiannya adalah dikira sudah mampu untuk berdaya saing di era digitalisasi hari ini.
Memupuk ekosistem bersepadu
Berdasarkan objektif pertama dan kedua, bidang-bidang yang ditawarkan di YEG Academy adalah lebih signifikan dalam mencapai objektif untuk memupuk ekosistem bersepadu yang membolehkan masyarakat mengambil bahagian dalam ekonomi digital. Kemudahan digital yang bakal dinaik taraf buat seluruh rakyat samaada yang di bandar ataupun desa, generasi muda mahupun tua bakal memberi hasil akhir yang harmoni. Hal ini kerana rantaian digital ini memanfaatkan semua, tidak kira masyarakat, perniagaan atau kerajaan.
Sumber: Astro Awani