YEG Academy

LATAR BELAKANG

YEG Academy adalah organisasi pendidikan di Malaysia yang menawarkan bidang pembelajaran dan kerjaya selari dengan permintaaan pasaran kerjaya pada masa kini. Sehubungan dengan itu, YEG Academy bertanggungjawab untuk memahami kekuatan, nilai dan keperluan khas setiap pelajar, sambil berusaha untuk memasukkan semua ahli keluarga dalam proses perancangan pendidikan.

Demi memastikan kualiti pendidikan yang terbaik dapat diberikan kepada para pelajar dan calon, YEG Academy telah meningkatkan tahap kerjasama dengan pelbagai institusi profesional seperti Look East Program (LEP), Innovative International College (IIC), Richwork, Akademi Mutawwif Training Consultation, MEATECH Technical Training Centre dan Ranaco Marine Sdn Bhd.  Semenjak penubuhan syarikat ini, YEG Academy juga telah membantu seramai 5000 orang pelajar dalam mendapatkan pendidikan yang selaras dengan permintaan pekerjaan di Malaysia.  

Berdasarkan sejarah, En Hassan Ithnin dan En Azizul Hakim Suhaimi telah memulakan kerjaya mereka sebagai penceramah motivasi dan program. Melalui kerjasama kedua belah pihak ini, YEG Consultant telah ditubuhkan pada tahun 2018 dengan hasrat membantu ramai golongan belia untuk mendapat pendidikan serta akses latihan kepada sesebuah kerjaya. Pada tahun berikutnya, syarikat Enterprise ini kemudiannya telah berkembang kepada syarikat Sendirian Berhad. Kini, YEG Academy telah melebarkan sayap dengan penambahan bilangan pekerja tetap seramai 34 orang dan mempunyai 8 syarikat rakan kongsi yang bergerak dalam sektor pemasaran.

Sehubungan dengan itu, pada hari ini YEG Academy juga telah berjaya berkolaborasi bersama Pencetus Ummah Haris dan Amin sebagai pensyarah kanan sebuah bidang yang ditawarkan di bawah YEG Academy, Diploma Pengurusan haji dan Umrah dengan kerjasama Fakulti Pengajian Antarabangsa, Innovative International College. Sasaran kami adalah untuk menjadi platform rujukan pendidikan dan kerjaya terbesar di Asia pada tahun 2023 di samping dapat membantu ramai golongan muda dalam memilih bidang pengajian yang relevan dengan pasaran kerja terkini.

VISI

Menjadi platform pendidikan dan kerjaya yang paling dipercayai

MISI

Merevolusi dan Menginovasi program pendidikan dan kerjaya di Malaysa supaya relevan dengan dunia kerja terkini

Menyediakan pelbagai program yang terbaik di dalam satu platform pendidikan dan kerjaya

Memberi khidmat nasihat profesional bagi menentukan program yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam industri kerjaya

CULTURE & VALUES

  • We develop and build our people to be our greatest asset.
  • We build high performance workplace.
  • We are result oriented.
  • We treat others with respect and honors.
  • We are always exceeding the expectation.
  • We make fast action to get fast results.
  • We inspire, educate and add value to others
  • We always find excitement in our journey.
  • We create industry experts that are leaders in our field.
  • We keep learning and growing in a daily basis.
  • We nurture, motivate and train others to become leaders.

NILAI KORPORAT

KEMANUSIAAN

Kami membimbing dan membentuk setiap kakitangan kami agar menjadi asset yang amat bernilai.

SEMANGAT

Kami sentiasa melebihi jangkaan prestasi yang kami tetapkan. Kami percaya sedikit penambahbaikan akan menghasilkan impak positif yang bermakna.

KEPIMPINAN

Kami sentiasa belajar dan mengembangkan potensi diri. Kami memupuk, melatih dan mendidik untuk melahirkan pemimpin. Kami berusaha dan berkembang bersama untuk menjadi pasukan yang berprestasi tinggi.

FOKUS PENCAPAIAN

Kami sangat komited menyediakan rumusan yang terbaik didalam bidang pendidikan dan kerjaya untuk setiap pelanggan kami.

BERDAYA SAING

Kami giat dalam melakukan pelaburan untuk perkara berkaitan teknologi dalam memastikan manfaat yang lebih ketara dapat dihasilkan dalam bidang kerjaya dan kepakaran yang kami tawarkan. Kami juga terbuka untuk mencuba teknik penyelesaian terbaru dengan mengetahui kepelbagaiannya.

KEGEMBIRAAN

Kami sentiasa mencari keseronokkan dalam perjalanan kerjaya yang kami bina. Setiap daripada kami menyukai kerja yang kami lakukan. Kami memberikan persekitaran yang membina dan seronok untuk memperkasa kakitangan kami agar terus berkembang, belajar dan mencapai keinginan mereka.

BARISAN KEPIMPINAN

Azizulhakim Bin Suhaimi

Pengarah Pemasaran

Hasan Bin Ithnin

Pengarah Eksekutif

Mohamad Fikri Bin Kasbi @ Hasbi

Ketua Pegawai Operasi

HEAD OF DEPARTMENT

Siti Patimah Binti Hussin

Senior Manager Corp. Comm

Ahmad Adam Bin Borhanudin

Advertising & IT Manager

Nur Nadia Binti Zulkifli

Creative & Branding Manager

Nooreima Binti Baharudin

Manager of HR & Admin

Mohd Khairul Bin Mohd Zain

Finance Manager

FAKULTI AKADEMIK

Mohamad Fikri Bin Kasbi @ Hasbi

Dekan, Fakulti Pengajian Antarabangsa

Mohamad Amirul Amin

Pensyarah Kanan

Muhammad Haris Mohd Ismail

Pensyarah Kanan

Nur Adillah Abdul Rahman

Ketua Akademik FIS

Siti Fatimah Kamaruddin

Pensyarah

SPEAKER & TRAINER

Azizulhakim Bin Suhaimi

Pengarah Pemasaran

Hasan Bin Ithnin

Pengarah Eksekutif

Mohamad Fikri Bin Kasbi @ Hasbi

Ketua Pegawai Operasi

Muhamad Faisal Suhaimi

Konsultan Pembangunan Perniagaan

Farah Suhaimi

Konsultan Pembangunan Perniagaan

Zuhaili Idris

Konsultan Pembangunan Perniagaan

Siti Mariam Rahman

Konsultan Pembangunan Perniagaan

Nur Erika Marizan

Konsultan Pembangunan Perniagaan

Siti Fatimah Rahman

Konsultan Pembangunan Perniagaan

Mohd Fadhullah Abd Rahim

Konsultan Pembangunan Perniagaan

Mohamad Saifullah Mohamad Noor

Konsultan Pembangunan Perniagaan

Saiyid Jalaluddin Saiyid Shaifuddin

Konsultan Pembangunan Perniagaan

Sarah Mohd Saari

Konsultan Pembangunan Perniagaan