- 17/03/2022
- Posted by: lunaworks
- Category: Artikel Utama

Menjadi seorang mutawwif bukanlah suatu perkara yang mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana, mutawwif perlu mendalami ilmu mengenai hal ehwal Islam, khususnya berkaitan haji dan umrah terlebih dahulu sebelum menjadi seorang mutawwif yang bertauliah. Oleh hal yang demikian, Sijil Mutawwif Malaysia diperlukan sebelum meneruskan kerjaya sebagai mutawwif.
Bagi anda yang berminat untuk menjadi seorang mutawwif, ikuti kupasan lebih lanjut daripada kami supaya anda dapat mengetahui mengenai syarat dan prosedur sebelum menjadi mutawwif.
Apa Itu Mutawwif?
Secara umumnya, perkataan mutawwif berasal daripada bahasa Arab, iaitu tawafa. Tawafa bermaksud kerja mengelilingi Baitulharam (Kaabah), iaitu orang yang mengelilingi Kaabah untuk bertawaf. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa mutawwif ialah pembimbing ibadah, iaitu orang yang membimbing jemaah haji dan umrah untuk melakukan ibadah, khususnya tawaf mengelilingi Kaabah.
Tahukah anda bahawa sebelum ini, pembimbing ibadah dikenali sebagai mutawwif dan mutawwifah? Kini, mereka telah diberi nama baharu sebagai pengurus haji dan umrah kerana mereka inilah yang ditugaskan untuk menguruskan jemaah haji dan umrah.
Setiap insan yang menjadi mutawwif perlu memiliki Sijil Mutawwif Malaysia agar mereka layak digelar sebagai seorang mutawwif yang profesional.
Kenapa Semakin Ramai yang Memilih Mutawwif Sebagai Kerjaya?
#1 Galakan daripada Tabung Haji Travel & Services SDN BHD (THTS) | Sijil Mutawwif Malaysia
Berdasarkan akhbar Berita Harian, THTS mengatakan bahawa graduan lepasan universiti atau kolej yang mengambil jurusan dalam bidang agama atau yang mempunyai kelayakan, digalakkan untuk mengambil kursus mutawwif sebagai satu kerjaya dalam membimbing jemaah haji dan umrah. THTS menggalakkan anak muda untuk menjadi mutawwif, ekoran permintaan jemaah haji dan umrah yang semakin meningkat setiap tahun.

#2 Kemudahan Berkomunikasi | Sijil Mutawwif Malaysia
Menurut THTS menerusi Berita Harian, agensi haji dan umrah memerlukan mutawwif tempatan untuk menguruskan jemaah Malaysia, susulan agensi haji dan umrah seperti THTS banyak bergantung kepada mutawwif asing di mana situasi ini telah menimbulkan beberapa permasalahan atau isu. Isu yang dimaksudkan adalah isu komunikasi dan kefahaman dalam beribadah. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahasa dan kefahaman ibadah yang tidak seragam antara jemaah Malaysia dengan mutawwif asing telah menyebabkan mereka sukar untuk bersependapat.
Mungkin ada dalam kalangan mutawwif asing yang berbeza pendapat dan mazhab dengan jemaah Malaysia. Justeru, mutawwif tempatan dari Malaysia diperlukan agar komunikasi dapat berjalan dengan mudah, sekali gus bersefahaman dalam beribadah. Seperti sedia maklum, masyarakat Islam di Malaysia berpegang kepada mazhab Imam Syafie.
#3 Peluang Pekerjaan | Sijil Mutawwif Malaysia
Graduan dalam bidang agama mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan. Oleh hal yang demikian, kerjaya sebagai mutawwif adalah yang terbaik dan layak dengan pendidikan mereka. Tambahan pula, seorang mutawwif itu perlulah mempunyai ilmu tentang fardu ain dan fardu kifayah yang lebih mendalam berbanding orang lain. Hal ini supaya, mutawwif dapat memberikan penerangan secara terperinci kepada jemaah haji dan umrah yang dibawa ke tanah suci.
#4 Menjana Pendapatan | Sijil Mutawwif Malaysia
Selain daripada menunaikan haji dan umrah secara berulang kali, kerjaya sebagai seorang mutawwif juga adalah untuk menjana pendapatan. Secara asasnya, setiap mutawwif akan diberikan komisen bergantung kepada jumlah jemaah yang dibawa. Tambahan pula, pendapatan bagi seorang mutawwif adalah sebanyak RM2,000 hingga RM3,000.
#5 Menampung Peningkatan Kos Sara Hidup
Ada yang memilih untuk menjadi mutawwif bukanlah sebagai kerjaya utama, tetapi sebagai kerja sambilan bagi menampung peningkatan kos sara hidup yang tinggi sebagai seorang mahasiswa. Isu kewangan yang semakin meruncing memaksa mahasiswa untuk melakukan kerja sambilan semasa belajar. Tambahan pula, kerajaan mengalakkan mahasiswa bekerja secara sambilan bagi menampung kos sara hidup, sekali gus memanfaatkan pekerjaan yang dijalankan.

Pertumbuhan Pasaran Haji dan Umrah | Sijil Mutawwif Malaysia
Permintaan terhadap tenaga pakar haji dan umrah meningkat sepanjang tahun sejajar dengan pertumbuhan pasaran haji dan umrah.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perangka Am Arab Saudi, lebih 19 ribu jemaah yang menunaikan ibadah umrah pada tahun 2017. Umum mengetahui, ibadah umrah semakin meningkat apabila menjelang bulan Ramadan, misalnya terdapat 53.6% pertambahan jemaah pada tahun 2017.

Tambahan pula, kerajaan Malaysia telah membenarkan perjalanan mengerjakan haji dan umrah bermula 8 Februari yang lalu. Walau bagaimanapun, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengemaskini dengan memperhalusi SOP perjalanan jemaah umrah. Pengemaskinian SOP ini akan dibawa ke Mesyuarat Kuatert bagi mendapatkan kelulusan.
Pertumbuhan pasaran haji dan umrah masih lagi stabil, namun, dengan syarat jemaah haji dan umrah wajib mengikuti SOP secara holistik yang telah ditetapkan. Antara SOP yang diberi tumpuan adalah seperti berikut:
i. memastikan jemaah lengkap vaksinasi dan mewajibkan dos penggalak demi keselamatan dan kesejahteraan jemaah;
ii. setiap jemaah dilindungi oleh insurans yang memberi perlindungan kesihatan termasuk keperluan rawatan, isolasi dan kuarantin bagi jangkitan COVID-19 semasa di Arab Saudi dan semasa pulang ke Malaysia; dan
iii. syarikat pengendali umrah bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada jemaah mengenai tanggungjawab, tatacara, liabiliti dan arahan-arahan sepanjang perjalanan umrah Jemaah.
Anda Pernah Dengar Tentang YEG?
YEG, atau nama penuhnya Your Education Guidance merupakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya yang membantu para pelajar memilih program pendidikan dan kerjaya. Selain itu, YEG juga membantu belia memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kerjaya industri.
Kenapa Anda Perlu Sambung Belajar Melalui YEG?
Sekiranya anda berminat untuk memohon Sijil Mutawwif Malaysia bagi meneruskan kerjaya sebagai mutawwif yang profesional, YEG lah pilihan yang tepat. Di YEG, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda dengan memberikan peluang kepada anda melanjutkan pelajaran. Di YEG, kami bukan sahaja menawarkan pendidikan, malahan juga membantu dalam bidang kerjaya.
Untuk pengetahuan anda, YEG menawarkan kursus terbaik yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja semasa dan juga relevan di masa hadapan. Kami juga membangunkan garis panduan etika yang ketat bagi memandu para perunding kami untuk berhubung dengan pelajar, keluarga, pihak sekolah, dan rakan sebaya.
Bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran, kami ada menawarkan dua bentuk pendidikan, iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma MQA. Kursus Intensif Kerjaya juga disediakan bagi pelajar yang ingin memulakan kerjaya sejurus tamat SPM. KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut.

Program Profesional Haji dan Umrah
Bagi mendapatkan kelulusan untuk memulakan kerjaya sebagai mutawwif, anda perlu memohon Sijil Profesional Haji dan Umrah untuk mendapatkan Sijil Mutawwif Malaysia. Di YEG, kami menawarkan dua jenis program dalam bidang pengurusan haji dan umrah seperti berikut:
- Diploma Pengurusan Haji dan Umrah
- Sijil Profesional Haji dan Umrah
Perjalanan Program Pengajian Sijil Mutawwif Malaysia
- Kursus Sijil Profesional Haji dan Umrah hanya dijalankan selama 3 bulan secara dalam talian bersama tenaga pakar industri.
- Latihan bersemuka akan diadakan selama 2 hari 1 malam selepas tamat pengajian.
- Mendapatkan Sijil Profesional Haji dan Umrah sebelum layak secara sah menjadi mutawwif.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut merupakan syarat kelayakan memohon Sijil Mutawwif Malaysia:
- 18 tahun dan ke atas
- Boleh membaca, menulis, mengira dan mempunyai minat
- Sihat tubuh badan
- Bebas penyalahgunaan dadah
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bidang haji dan umrah, hubungi kaunselor kami, iaitu Cik Nabihah di talian 010-423 0985.
Testimoni Pelajar | Sijil Mutawwif Malaysia
Berikut merupakan maklum balas daripada pelajar yang mengikuti program Pengurusan Haji dan Umrah bersama YEG:
Jangan sia-siakan peluang dan usia muda anda. Hubungi kami di talian 03-6143 5073 atau KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut. Anda juga boleh melayari laman Facebook kami untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program pendidikan yang ditawarkan di YEG.