- 29/07/2022
- Posted by: lunaworks
- Category: Artikel Utama

Benarkah pengambilan Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) dapat membantu tingkatkan kemahiran professional? Sebelum menerangkan perkara ini dengan lebih lanjut, Nani ada beberapa soalan untuk anda semua.
Adakah anda berminat untuk menjadi penggerak industri Haji dan Umrah? Atau, anda mempunyai impian menjadi seorang mutawwif atau mutawwifah dalam membawa syiar rukun islam kelima? Atau mungkin, anda berminat untuk mengetahui selok belok perjalanan industri Haji dan Umrah?
Jika ya, maka Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) ini merupakan program yang tepat bagi membantu anda untuk tingkatkan kemahiran professional dengan lebih baik dalam industri ini.
Apakah itu Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU)?

Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) merupakan sebuah program khusus Haji dan Umrah yang menyediakan pembelajaran persediaan jiwa dan rohani, bagi anda yang ingin ke tanah suci sama ada sebagai jemaah haji atau mutawwif yang bertauliah. Untuk pengetahuan anda, program ini bukan sahaja untuk para pelajar tetapi juga untuk orang dewasa.
Objektif Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) ini bertujuan memastikan anda untuk mendapatkan persediaan dan pendedahan secara ilmiah tentang Haji dan Umrah yang mencukupi, serta untuk mengenal pasti masalah dan penyelesaian yang sering timbul semasa pelaksanaan ibadah tersebut.
Pendek kata, kursus ini akan membantu anda untuk mempersiapkan diri sebelum melangkahkan diri ke tanah suci, sama ada sebagai jemaah atau mutawwif professional.
Mengapa kemahiran pengurusan Haji dan Umrah Perlu Ditingkatkan?
Mengusahakan perjalanan ke Masjidil Haram di Makkah, merupakan salah satu kewajipan sekali seumur hidup bagi setiap umat Islam yang berkemampuan dari segi fizikal, mental dan kewangan.
Setiap tahun juga, lebih daripada jutaan Muslim di seluruh dunia, termasuklah rakyat Malaysia, turut mengambil bahagian dalam pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah. Walau bagaimanapun, masih ramai para jemaah yang gagal mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan Haji dan Umrah sebelum berangkat ke tanah suci.
Kebanyakan para jemaah masih berdepan dengan pelbagai persoalan melibatkan rukun dan fardhu Haji yang diajar ketika berkursus. Sesetengah daripada mereka juga tidak mengetahui tentang hukum dan pantang larang ketika berada di tanah suci, kerana tidak mendapat pendedahan ilmiah tentang falsafah, hikmah dan matlamat Haji atau Umrah dengan baik.
Terkadang, kita pasti beranggapan bahawa para jemaah kurang mengambil perhatian tentang isu hukum-hakam di tanah suci kan? Tetapi, pernahkah kita terfikir jika kekurangan tersebut datangnya daripada had batasan kemampuan manusia yang tidak dapat membayangkan sesuatu perkara yang jarang dilakukan seperti tawaf, dan hanya boleh dilakukan di sesuatu tempat tertentu sahaja?
Disebabkan perkara sebeginilah wujudnya program Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) ini, untuk membantu tingkatkan lagi kemahiran professional para pengendali jemaah atau mutawwif.
perjalanan pengajian Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU)

Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) yang ditawarkan ini bertujuan untuk tingkatkan lagi kemahiran professional seseorang individu, sebelum mereka bergerak ke arah kerjaya seperti mutawwif atau pegawai pemasaran Haji dan Umrah. Tempoh khusus pengajian ini hanya mengambil masa 3 bulan sahaja!
Melalui program ini, para peserta akan belajar menerusi laman web E-portal.
Di dalam E-portal ini, telah tersedia pelbagai modul pelajaran yang lengkap dan terbaik mengenai Haji dan Umrah. Jadi, para peserta bolehlah membuat ulangkaji pada bila-bila masa, kerana program ini akan berjalan secara online tanpa perlu bersemuka. Menarik kan?
Bukan itu sahaja, selepas tamat latihan selama 3 bulan, para peserta akan melanjutkan modul dengan melakukan praktikal. Praktikal ini perlu dijalani selama 2 hari 1 malam, termasuk sesi penilaian dan sesi penyampaian sijil pengajian.
Bagi para peserta yang berjaya menamatkan program pengajian ini, nama para peserta akan tersenarai ke dalam laman web PAPUH dan directory e-Mutawwif.com di bahagian tenaga pengajar profesional untuk diakses oleh kebanyakan agensi pelancongan dalam mencari para tenaga pengajar mutawwif dan mutawwifah untuk agensi mereka.
Pendek kata, insha-Allah para peserta akan memiliki peluang kerjaya sebagai tenaga pengajar Mutawwif yang profesional ataupun sebagai pegawai pemasaran Haji dan Umrah di mana-mana agensi pelancongan di Malaysia, melalui laman web tersebut.
Modul-modul yang Akan Dipelajari
Setelah mendaftar, kami akan memberikan akses ke laman E-portal pelajar supaya para peserta boleh mula mempelajari modul-modul yang disediakan. Terdapat sejumlah 20 modul yang akan menanti para peserta di portal tersebut. Antaranya adalah seperti dalam rajah di bawah.

Melalui modul-modul ini, para peserta akan didedahkan dengan sumber-sumber ilmu, kerjaya dan bimbingan dalam pembelajaran baharu mengenai Haji dan Umrah.
Nani pasti, jika para peserta serius sepanjang program Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) ini berjalan, maka ia akan membantu tingkatkan kemahiran professional anda ketika sudah bergelar mutawwif pada suatu hari nanti.
Keistimewaan Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU)

Program ini telah direka untuk memudahkan pembelajaran para peserta melalui sistem pembelajarannya yang hibrid, di mana para peserta hanya perlu hadir sekali sahaja untuk sesi bersemuka. Selebihnya, pembelajaran akan dilakukan sepenuhnya melalui laman E-portal secara online. Mudah kan?
Paling menarik sekali, para peserta boleh belajar di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan masa, kerana pembelajaran secara dalam talian ini sememangnya fleksibel dan mudah untuk diakses melalui gajet seperti tab, telefon bimbit, mahupun laptop. Jadi, para peserta tidak perlu risau sekiranya mempunyai komitmen lain untuk diuruskan.
Tambahan pula, para peserta akan mendapat bimbingan tenaga pakar dalam bidang Haji dan Umrah. Mereka akan membimbing para peserta sebaiknya berdasarkan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang mereka ada.
Antara Perkara yang ditawarkan kepada pelajar
Anda yang berminat untuk menceburi program Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) untuk tingkatkan kemahiran professional ini, anda akan berpeluang menerima kelebihan dan manfaat menarik seperti:
- Penginapan percuma semasa latihan praktikal 2 hari 1 malam.
- Percuma Boucher RM500 Umrah Kembara Penyucian Jiwa Train The Trainer.
- Akses 24 jam selama setahun bagi modul latihan.
- Sesi live coaching khas bersama pakar industri.
- Potongan 50% Program Sijil Profesional Haji dan Umrah.
- Penempatan pekerjaan setelah tamat latihan.
- Bonus 17 modul dan 3 modul eksklusif.
Menarik kan? Bukan sahaja Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) ini dapat membantu tingkatkan kemahiran professional anda dalam bidang Haji dan Umrah, malahan pelbagai tawaran yang menarik turut diberikan untuk semua!
Jom Kita Lihat Apa Kata Para Peserta Program SPHU Ini!
Mari kita dengarkan pula pendapat PU Amin tentang program SPHU ini.
Akhir kata, Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU) ini bukan sahaja dapat tingkatkan pelajar dari segi kemahiran professional dalam bidang Haji dan Umrah, malahan ia turut memberi peluang yang cerah untuk anda berkerjaya dalam industri tersebut.
Masih ragu-ragu dan perlukan testimoni lengkap? Boleh … Anda boleh lihat testimoni penuh para peserta program Sijil Profesional Haji dan Umrah (SPHU), DI SINI.
Untuk maklumat lanjut, jom ikuti perkembangan kami dengan menekan butang ‘follow’ di media sosial rasmi seperti yang tertera:
Tiktok: dhumy.official
Facebook: Pengurusan Haji dan Umrah
Instagram: dhumy.official
Bagi yang sudah berminat untuk mendalami bidang ini, pastikan anda mendaftar segera ya. Untuk mendaftar, anda boleh menekan link di bio media sosial kami dan isikan butiran diri selengkapnya. Selamat maju jaya!