It seems we can’t find what you’re looking for. Perhaps searching can help.
Walaupun Diploma ini pada awalnya tidak dikenali oleh ramai orang tetapi ia merupakan salah satu bidang yang unik dan terhad di Malaysia. Saya melihat potensi bidang pengajian ini apabila beberapa orang ahli keluarga saya yang pulang daripada menunaikan haji dan umrah. Mereka bercerita dan berkongsi pengalaman ketika di tanah suci Mekah dan Madinah seterusnya, memberikan semangat kepada saya bahawa ia merupakan kerjaya yang bukan sahaja mampu membuat diri saya bahagia tetapi juga orang lain. Bagi saya, apa salahnya kalau saya ambil dan terus belajar dalam bidang ini di samping ia memberikan saya peluang untuk menjalankan praktikal di tanah Mekah.

Pada asalnya, saya bercadang untuk mendapatkan pengalaman bekerja di mana-mana agensi pelancongan selama beberapa tahun sebelum menyambung pelajaran di peringkat degree. Namun, ahli keluarga saya seperti mak, ayah dan nenek sering memberikan galakan untuk saya mendalami bidang Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY). Setelah menyedari aspek penting yang saya letakkan untuk sambung belajar iaitu untuk mendapatkan ilmu dunia di samping mendapatkan pengisian rohani, saya meneruskan hasrat untuk mendalami bidang ini. Harapan saya ialah untuk mendapatkan keputusan cemerlang di akhir semesta dan dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.

Terdapat dua sebab utama yang memberi keyakinan kepada saya untuk meneruskan dengan pilihan ini. Pertama, Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) adalah bidang yang menarik dan tidak pernah saya dengar lagi daripada mana-mana IPTA. Kedua, bidang ini juga menawarkan para pelajar untuk melaksanakan praktikal di Mekah dan Madinah. Oleh itu, saya berfikiran bahwa ia adalah pilihan yang terbaik kerana saya dapat mendekatkan diri kepada Allah di samping membina kerjaya dan menjana pendapatan. Saya juga dapati bahwa kita boleh mendapat manfaat dunia dan akhirat secara sekaligus melalui pemilihan ini.

Pada awalnya, saya memilih untuk sambung belajar dalam Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) kerana ibu bapa saya yang mencadangkan bidang ini. Setelah meneliti aspek-aspek yang ditawarkan dalam i bidang ini, saya mendapati ia adalah sebuah program Diploma yang unik. Walaupun institusi lain ada menyediakan bidang yang sama namun pilihan di sini memberi kelainan dengan menawarkan latihan praktikal di Mekah dan Madinah. Impian saya adalah untuk menggunakan ilmu, pengalaman dan suasana belajar yang menarik ini sebagai pendorong untuk saya memberi manfaat kepada orang lain di masa hadapan. Untuk yang berhasrat untuk memilih program ini, saya yakin dengan izin Allah ia akan menjadi pilihan terbaik untuk anda.