- 09/12/2022
- Posted by: athirahyeg
- Category: Artikel Utama

BELAJAR APA PUN SUSAH!
Mesti korang pernah dengar ayat ni kan? Sama ada dari ibu bapa ataupun abang kakak yang sudah dewasa. Tapi hakikatnya, memang apa yang diperkata oleh mereka yang lebih makan garam dahulu dari adik-adik ni adalah benar belaka. Tak perlu bergaduh dengan sesama sendiri memenangkan course siapa yang lebih sukar, kerana setiap orang pasti ada struggle masing-masing dengan course yang diambil. Begitu juga dengan bidang penerbangan, bagi thirah kalau dah minat, tidak kira susah mana pun bidang itu, pasti akan diusahakan sehingga membuahkan hasil.
USAHA SAMPAI BOLEH
Kejayaan dicapai seiring dengan usaha! Kalau dah tahu sesetengah subjek tu mungkin agak susah untuk dipelajari dan difahami, cepat cepat ambil tindakan. Ya betul, kita harus tawakal. Tapi bila berbicara tentang tawakal, terdapat 2 turutan yang harus dilakukan terlebih dahulu sebelum capai ke tahap tawakal iaitu usaha dan doa.
- USAHA
Macam mana nak usaha? Ini cara yang thirah boleh cadangkan untuk korang buat, tapi kalau korang ada cara yang tersendiri. Korang boleh buat cara yang korang lebih senang, yang penting ada USAHA! Sewaktu proses pembelajaran dan latihan, korang boleh catat di dalam buku subtopik atau bahagian tajuk yang korang mungkin tak dapat tangkap, selepas tamat kelas korang boleh berjumpa dengan tenaga pengajar atau rakan kelas yang lebih faham tentang subtopik itu dan minta untuk terangkan dengan lebih jelas sampai korang faham. Selain itu, korang juga boleh perbanyakkan membaca atau membuat latihan subtopik itu supaya lebih mudah ingat dan faham.
- DOA
Setiap agama pasti ada cara sembahyang dan doa yang tersendiri. Selepas selesai memberikan usaha yang terbaik untuk memahami topik itu, jangan lupa juga untuk sembahyang dan berdoa. Minta pada tuhan agar sentiasa dilapangkan dada, dikuatkan ingatan dan dipermudah untuk faham setiap pembelajaran dan latihan yang diberikan.
- TAWAKAL
Usaha sudah, doa pun sudah. Barulah korang boleh mula tawakal, sebab korang dah jalankan dua turutan yang sebelum iaitu USAHA dan juga DOA. Pastikan tawakal adalah perkara yang terakhir korang lakukan setelah berjuang. Jangan tawakal tanpa usaha dan doa.

SEBAB TU KENA ADA MINAT, BARU LA TAK SUSAH!
Inilah pentingnya, dalam memilih bidang yang betul-betul kita minati. Jangan pilih sebab ikut kawan, jangan pilih sebab ibu-bapa yang tetapkan, jangan pilih sebab ikut trend. Sebaliknya, pilih mengikut kefahaman tentang suatu bidang itu dan yang paling penting kena ada minat! Macam mana nak belajar kalau tak ada minat? “Alah, takpe minat tu boleh dipupuk” tapi tak semua orang mampu memupuk minat dengan sendiri, tak semudah berkata-kata yang pasti. Sebab tu jangan pernah mengambil risiko dengan cara sedapkan hati sendiri “lama-lama boleh la tu”, kerana kemampuan setiap orang berbeza. Kenali kemampuan diri yang paling penting.
Jangan takut dengan tanggapan orang ataupun kritikan orang sekeliling, kalau korang minat perkara yang mungkin tak ramai berani ceburi atau bidang itu tak ramai yang pilih. Contohnya apabila suatu minat yang melibatkan peranan jantina, seperti perempuan tetapi ingin mencuba ceburi course aircraft maintenane. Proses memilih bidang ini, tiada yang betul dan tiada yang salah, kerana setiap orang mempunyai minat yang tersendiri.

“DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA JALAN”
Mesti korang pernah dengar kan pepatah yang terkenal ni? Pepatah ini boleh diaplikasi kan juga dalam pembelajaran. Kalau nak diikutkan, mana lah ada bidang yang senang dalam dunia ini. Setiap orang pasti ada perjuangan yang dilalui masing-masing disebalik setiap kejayaan yang diperoleh. Jadi pendapat thirah untuk korang diluar sana yang masih keliru dalam memilih bidang, supaya jangan terlalu cepat berputus asa. Setiap pemasalahan pasti akan ada penyelesaianya. Apa paling penting, korang kena buat keputusan berdasarkan kehendak sendiri dan mengikut minat yang ada dalam diri. Barulah proses pembelajaran itu tidak susah dan tiada isu tersalah pilih bidang!
Kami di YEG Pesta Sambung Belajar merupakan platform yang korang boleh percayai, jangan segan silu untuk menekan link disini supaya pegawai kami boleh membantu dan membimbing korang dalam memilih bidang yang tepat!