- 17/03/2022
- Posted by: Admin YEG
- Category: Artikel Utama

Ramai dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini masih keliru untuk meneruskan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, mereka mungkin menerima pelbagai tawaran sambung belajar daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) atau pusat pengajian yang lain.
Ada juga dalam kalangan pelajar yang berminat untuk menyambung pembelajaran mereka ke peringkat kemahiran atau belajar di luar negara. Walau di mana jua anda belajar, tetapkan niat untuk terus berjaya dan memperoleh kerjaya yang terjamin.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran sambung belajar, mari ikuti perkongsian bermanfaat di bawah.
Tawaran Sambung Belajar Dalam Negara dan Luar Negara
Ramai dalam kalangan pelajar ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun, mereka kurang tahu secara jelas mengenai perbezaan sambung belajar di dalam dan di luar negara.
Dalam Negara
Umum mengetahui, sekiranya anda ingin menyambung pelajaran atau menerima tawaran sambung belajar di mana-mana universiti dalam negara, anda perlulah memohon kemasukan melalui permohonan UPU Online bagi lepasan SPM/setaraf. Antara jurusan yang menjadi pilihan pelajar dalam permohonan UPU Online adalah seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) Dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Bahasa Malaysia/Geografi/Sejarah)
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) Dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian
Bukan sahaja bidang pendidikan yang menjadi pilihan utama pelajar untuk menyambung pelajaran, malah ada juga pelajar yang memilih untuk mengambil jurusan lain seperti jurusan perakaunan, perniagaan dan kejuruteraan.
Bagi anda yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti awam tetapi kurang berkemampuan dari segi kewangan, anda boleh memohon pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Selain itu, anda juga boleh memohon biasiswa daripada mana-mana agensi seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya anda layak.
Luar Negara | Tawaran Sambung Belajar
Memang tidak dinafikan, ramai dalam kalangan pelajar ingin menyambung pengajian ke luar negara. Hal ini kemungkinan besar disebabkan oleh mereka tertarik dengan jurusan atau cara pembelajaran yang ditawarkan oleh universiti di luar negara. Di samping itu, pelajar dapat menikmati kelainan suasana dan keindahan yang terdapat di sana. Banyak kelebihan yang akan diperolehi sekiranya menyambung pengajian di luar negara. Antaranya adalah seperti berikut:
- Meningkatkan nilai serta kualiti ijazah
- Membantu pelajar mempelajari bahasa baharu
- Menghargai budaya lain
- Mengatasi cabaran hidup di negara lain dan lebih memahami dunia luar
Ramai dalam kalangan pelajar yang menerima tawaran sambung belajar di luar negara, antaranya di United Kingdom (UK), Indonesia, India, Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.
Anda juga berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti di Timur Tengah seperti Jordan dan Mesir. Antara kursus perubatan yang ditawarkan adalah:
- Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Universiti Mansoura
- Ijazah Sarjana Muda Pergigian di Universiti Iskandariah Mesir
Selain daripada syarat keputusan SPM dan matrikulasi, asasi atau setaraf, terdapat juga syarat lain yang diperlukan untuk sambung belajar ke luar negara, iaitu Malaysian University English Test (MUET) atau International English Language Testing System (IELTS). Kedua-dua sijil ini diperlukan sebagai syarat tambahan untuk diterima masuk ke universiti luar negara. Bagi subjek IELTS, keperluannya bergantung kepada universiti yang dimohon. Namun, kebanyakan universiti di luar negara menerima IELTS sebagai salah satu syarat kemasukan ke universiti mereka.
Sekiranya anda berminat untuk menyambung pelajaran ke luar negara, anda juga boleh memohon biasiswa daripada agensi seperti PETRONAS. Namun, tidak dapat dinafikan ada juga pelajar yang mengeluarkan wang sendiri bagi menampung perbelanjaan semasa belajar di luar negara.

Ada Pelajar yang Tidak Dapat Tawaran Sambung Belajar?
Bagi pelajar yang tidak menerima apa-apa tawaran sambung belajar tentunya berasa sedih dan kecewa, terutama apabila melihat rakan-rakan yang lain dapat menyambung pengajian ke IPT yang diimpikan. Kami faham akan perasaan anda apabila tidak berjaya dalam membuat permohonan ke IPT. Namun, ini bukanlah salah anda, perkara ini sudah kerap berlaku susulan lambakan pelajar cemerlang di sekolah. Hal ini menyebabkan ramai pelajar yang mendapat keputusan kurang memuaskan dalam SPM tidak dapat sambung belajar.
Namun, tahukah anda bahawa kelayakan anda mungkin terletak pada bakat dan kemahiran? Oleh hal yang demikian, anda masih mempunyai harapan untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran atau mengikuti mana-mana program yang ditawarkan di pusat pengajian swasta.

Anda Pernah Dengar Tentang YEG? | Tawaran Sambung Belajar
YEG, atau nama penuhnya Your Education Guidance merupakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya yang membantu para pelajar memilih program pendidikan dan kerjaya. Selain itu, YEG juga membantu belia memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kerjaya industri.
Kenapa Anda Perlu Sambung Belajar Melalui YEG?
Sekiranya anda berminat untuk meneruskan pelajaran dalam bidang pengurusan haji dan umrah, YEG lah pilihan yang tepat. Di YEG, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda dengan memberikan peluang kepada anda melanjutkan pelajaran. Di YEG, kami bukan sahaja menawarkan pendidikan, malahan juga membantu dalam bidang kerjaya.
Untuk pengetahuan anda, YEG menawarkan kursus terbaik yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja semasa dan juga relevan di masa hadapan. Kami juga membangunkan garis panduan etika yang ketat bagi memandu para perunding kami untuk berhubung dengan pelajar, keluarga, pihak sekolah, dan rakan sebaya.
Bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran, kami ada menawarkan dua bentuk pendidikan, iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma MQA. Kursus Intensif Kerjaya juga disediakan bagi pelajar yang ingin memulakan kerjaya sejurus tamat SPM. KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut.

Belajar Luar Negara Bersama YEG
Bagi anda yang ingin menyambung pembelajaran ke luar negara, anda boleh memohon program yang ditawarkan oleh YEG iaitu program Diploma Haji dan Umrah (DPHU). Hal ini dikatakan demikian kerana, program ini menyediakan peluang melakukan latihan industri di Makkah dan Madinah. Menarik, bukan?
Selain itu, sekiranya anda melanjutkan pelajaran dalam bidang penerbangan di YEG, anda berpeluang untuk melancong ke pelbagai tempat yang menarik. Anda juga dapat membina kerjaya serta mempunyai masa hadapan yang cerah dan terjamin.
Tawaran Sambung Belajar Melalui YEG
Antara tawaran jurusan istimewa yang disediakan oleh YEG yang bersesuaian dengan permintaan pasaran kerja semasa adalah seperti berikut:
Diploma Pengurusan Haji dan Umrah
Program selama 2 tahun setengah, pelajar berpeluang membuat praktikal di Makkah dan Madinah. Antara syarat kemasukan adalah:
- Lulus SPM dan sekurang-kurangnya 3 kredit (Diploma)
- Lulus SPM dan sekurang-kurangnya 1 kredit (Pra Diploma)
Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat
Program ini dijalankan selama 2 tahun setengah. Melalui program ini, YEG dapat melahirkan pakar industri penyelenggaraan pesawat. Antara syarat kemasukan bagi program diploma ini adalah:
- Lulus SPM dan sekurang-kurangnya 3 kredit
Diploma Pengurusan Perniagaan
Program ditawarkan selama 2 tahun setengah, pelajar dapat menggenggam diploma menjadi usahawan yang berjaya dan mampu membina jenama sendiri. Syarat kemasukan ke program ini adalah:
- Lulus SPM dan sekurang-kurangnya 3 kredit
Diploma Pengurusan Hotel
Program ini dijalankan selama 2 tahun setengah dan merupakan diploma bergaji penuh sebanyak RM 1,200-RM 2,500 pada setiap bulan. Syarat kemasukan bagi program ini adalah:
- Lulus SPM dan sekurang-kurangnya 3 kredit (Diploma)
- Lulus SPM dan sekurang-kurangnya 1 kredit (Pra Diploma)
Diploma Pengurusan Pelancongan – Jepun
Program ini juga ditawarkan selama 2 tahun setengah. Pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran di Malaysia dan mempunyai kerjaya di Jepun. Antara syarat kemasukan adalah:
- Lulus SPM dan sekurang-kurangnya 3 kredit
Kursus Popular Tawaran Sambung Belajar – Diploma Pengurusan Haji dan Umrah
Bagi anda yang berminat dalam bidang haji dan umrah, di YEG, kami menawarkan tawaran sambung belajar bagi program pengajian berkaitan haji dan umrah khususnya kepada pelajar lepasan SPM.
Testimoni Pelajar
Jom lihat testimoni pelajar kami melalui YouTube seperti di bawah:
Jangan sia-siakan peluang dan usia muda anda. Hubungi kami di talian 03-6143 5073 atau KLIK DI SINI untuk dapatkan info lanjut. Anda juga boleh melayari laman Facebook kami untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program pendidikan yang ditawarkan di YEG.