YEG Academy

Tahun 2022 ini, data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan lebih 72 peratus pelajar memilih untuk tidak sambung belajar selepas mereka tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bila dilihat secara menyeluruh, perkara ini tentulah merupakan sesuatu yang amat buruk dan tidak bagus bagi tamadun, generasi dan nusa bangsa kita. Mengapa agaknya anak muda sekarang tidak sambung belajar ya?

Apa yang boleh Cik Bell katakan, masyarakat kita sekarang ini sebahagian besarnya boleh dikategorikan sebagai ‘gullible‘. Kata mudahnya – masyarakat yang senang terpedaya dan mudah ditipu. Tambahan lagi, ramai juga di luar sana yang berfikiran lurus atau ‘simple-minded ‘.Kombinasi kedua jalinan ini yang menjadi pelengkap dalam memesongkan ‘Wéltanschauung’ sebahagian besar generasi selanjutnya.

Apa pula maksud Wéltanschauung ni? Ia berasal dari perkataan Jerman yang membawa maksud ‘worldview’, iaitu bagaimana cara seseorang individu melihat tentang kehidupan. Jalinan di antara pendidikan dan pembentukan Wéltanschauung mempunyai sebuah perhubungan yang serasi. 

Pada hari ini, sudut pandangan golongan muda kebanyakannya dicorakkan oleh media sosial melalui sebahagian pempengaruh (influencer) yang tidak bermutu, tidak berpendidikan, tidak sambung belajar, dangkal dan ‘jadong’— istilah yang diperkenalkan oleh Syed Hussein Alatas untuk menggambarkan golongan yang bodoh sombong. 

“tak perlu belajar tinggi-tinggi pun boleh pakai Mustang”

Cik Bell rasa pelik dan geram juga, macam mana sebahagian besar golongan ini boleh menjadi idola, role-model dan pujaan bagi kebanyakan masyarakat terutama golongan anak muda khususnya. Kerana apa? Kerana harta, kekayaan, kemasyhuran atau kerana rupa. Apa yang Cik Bell tengok, pendekatan golongan pempengaruh ini selalunya demi melariskan perniagaan mereka yang ‘tiada kelas’. Mereka suka menyemaikan kesedaran palsu (false hope) ke dalam episteme audien, terutamanya warga muda sehinggakan kadangkala mereka meremehkan nilai pendidikan melalui kata-kata yang menjijikan seperti “tak perlu belajar tinggi-tinggi pun boleh pakai Mustang”— seolah-olah menggambarkan diri mereka adalah definisi sebenar sesebuah kejayaan. 

Pada akhirnya, sudut pandang bertuhankan material ini mempengaruhi cara berfikir anak muda yang kini mula mendefinisi ‘kejayaan’ melalui kekayaan dan harta benda. Disebabkan itu, tidak hairanlah wujud sebahagian warga muda yang mula berangan-angan untuk ‘kaya segera’ seperti idolanya dan tidak sambung belajar hingga lupa tentang realiti kehidupan adalah tidak seindah angan-angan yang mereka idamkan.

Sebahagian golongan ‘simple-minded’ yang terinspirasi dengan idola mereka ini akhirnya menjadikan media sosial sebagai ‘matlamat akhir’; atau platform kejayaan berbanding berlumba-lumba menjejakkan kaki ke alam pendidikan tertinggi. Universiti kini bukan lagi menjadi destinasi idaman sebagaimana impian generasi-generasi terdahulu. Kata anak muda kini, media sosial adalah lubuk emas baharu. Kononnya Bill Gates dan Mark Zuckerberg pun tidak sambung belajar dan tak masuk universiti tapi mereka pun boleh jadi bilionaire— begitulah hujah simplistik yang kerap dilaungkan.

Persoalannya sekarang, mengapa ‘ideologi’ mereka ini begitu mendasar? Satu yang amat jelas, pengaruh media sosial hari ini begitu memberikan impak dan pengaruh yang besar sehingga ramai yang tidak sambung belajar. Malah, kajian Google juga mendapati hampir 40 peratus Gen Z menggunakan laman sosial TikTok sebagai enjin carian berbanding Google. Lebih menggusarkan lagi, alam kecendekiawanan kini turut tercemar dengan ‘penyakit’ media sosial. 

Program universiti kebayakannya menjemput sebahagian pempengaruh tidak bermutu yang entah apa kaitannya dengan dunia kecendekiawanan. Alasannya, atas dasar ‘kemasyhuran’ untuk menarik minat penonton untuk menyertai sesebuah program. Bahkan, di peringkat sekolah juga baru-baru ini, kanak-kanak telah didedahkan dengan pempengaruh yang pada dasarnya tidak layak langsung untuk dijemput. Jadi, mana tidaknya pempengaruh picisan ini berupaya membentuk wéltanschauung dalam golongan anak muda kita?

JOM SERTAI YEG PESTA SAMBUNG BELAJAR

Bagi mengelakkan daripada masalah ini dari terus berterusan, YEG Academy telah mengambil inisiatif baru dengan memperkenalkan kempen YEG Pesta Sambung Belajar dimana kami mengajak anak muda untuk sambung belajar dalam bidang yang tepat dan relevan untuk masa akan datang. Hal ini adalah kerana, bidang yang betul akan menjamin masa depan yang lebih cerah dalam mendapatkan tempat di dalam industri yang diminati.

TIDAK SAMBUNG BELAJAR
En Azizulhakim Suhaimi – CEO YEG Academy

Sumber penulisan asal,

* Shah Mohd Akmal Abdul Halim, pensyarah di Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi (CELFOS) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).



Leave a Reply