YEG Academy

Hai semua, assalamualaikum dan salam sejahtera!

Cik Bell doakan korang semua dalam keadaan sihat dan dijauhkan dari sebarang penyakit. Yelah, dalam keadaan sekarang ni, macam-macam penyakit ada kat luar sana tu kan. So, pastikan korang jaga diri baik-baik okay.

Harini sebenarnya Cik Bell nak kongsikan dengan korang tentang satu kempen yang diusahakan oleh YEG Academy dan diberi nama sebagai YEG Pesta Sambung Belajar, #jangansalahpilihbidang. Ha, siap berhashtag gituu. Yelah, hashtag tu untuk memudahkan korang untuk cari maklumat tentang kempen ni sebenarnya. Search je #jangansalahpilihbidang berduyun-duyun maklumat keluar. Senangkan macam tu? Kalau korang nak tahu, kempen ni telah mula dijalankan secara rasmi pada 23 Mac 2022 tau. Ia sebenarnya merupakan sebuah platform pendidikan yang menawarkan pelbagai jenis program dalam bidang-bidang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerjaya. Korang pernah dengar tak tentang kempen ni? Kalau belum, jom Cik Bell bagitahu secara terperinci lagi tentang YEG Pesta Sambung Belajar ni okay.

APA TUJUAN YEG PESTA SAMBUNG BELAJAR DIWUJUDKAN?

Kempen ni sebenarnya diwujudkan khas buat para pelajar lepasan SPM supaya mereka lebih didedahkan dengan program dan bidang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerjaya agar memudahkan mereka untuk mendapat kerja selepas tamat belajar nanti. Fokus utama kempen YEG Pesta Sambung Belajar ini adalah untuk mengelakkan para lepasan SPM tersalah memilih bidang. Kalau korang nak tahu, 90% dari pelajar lepasan SPM sebelum ini telah tersalah memilih bidang tau dan itulah diantara punca yang menyebabkan mereka semua ni menghadapi kesukaran selepas tamat belajar.

Tak percaya? Cuba korang tengok orang di sekeliling korang, ada tak yang masih menganggur lagi walaupun dah ada kelulusan akademik? Ada tak yang belajar dalam bidang lain tetapi kerja pula dalam bidang lain? Ada tak yang dah sambung belajar, tapi berhenti pula separuh jalan? Mesti ada kan! Ha, semua tu adalah berpunca dari kesilapan awal yang berlaku dimana diorang tersalah memilih bidang semasa nak sambung belajar dahulu. Jadi, disebabkan itulah YEG Pesta Sambung Belajar ini diwujudkan. Ianya supaya para pelajar yang mendaftar tidak akan menghadapi masalah-masalah yang sama macam yang CikBell sebutkan tadi.

APA KELEBIHAN MENDAFTAR SEMASA KEMPEN INI DIJALANKAN?

Alang-alang dah tahu tentang kewujudan kempen ni, korang nak tahu tak apa pula kelebihan kempen YEG Pesta Sambung Belajar ni? Pertama, kempen ini dijalankan dalam tempoh yang terhad je tau. So kepada sesiapa yang berminat nak join, memang korang kena daftar laju-laju sebelum melepas. Kedua, untuk 5000 pelajar terawal yang mendaftar, korang akan diberikan agihan dermasiswa yang bernilai RM 12.5 Juta. Siapa nak bagi duit free macam tu je kan? Ketiga pula, Sijil Kemahiran Industri (SKiN) yang bernilai RM6000 juga akan diberikan secara PERCUMA kepada semua pelajar yang mendaftar. Sijil SKiN ni akan membuatkan korang mempunyai tambah nilai berbanding graduan lain kerana sijil ini merupakan sijil yang diiktiraf oleh industri. Menarikkan?  Memang beruntunglah kalau korang mendaftar masa kempen YEG Pesta Sambung Belajar ni.

APA PROGRAM DAN BIDANG YANG DITAWARKAN?

Okay dah selesai bab kelebihan, jom kita sambung pula bahagian program. Program dan bidang apa je yang ditawarkan dalam kempen ni agaknya ya? Menarik ke tidak? Jom kita tengok sama-sama. Antara program yang tersenarai adalah;

AVIATION CAREER MALAYSIA

  • Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat
  • Diploma Pengurusan Operasi Penerbangan
  • Diploma Pengurusan Penerbangan Kargo
  • Pra Diploma Operasi Penyelenggaraan Pesawat
  • Sijil Kemahiran Operasi Penyelenggaraan Pesawat

INNOVATIVE INTERNATIONAL COLLEGE

  • Diploma Pengurusan Haji & Umrah (DHUMY)
  • Diploma Seni Kulinari
  • Diploma Pengurusan Hotel – Work Based Learning (Latihan Industri Bergaji Penuh)

INNOVATIVE SCHOOL OF MANAGEMENT

  • Diploma Pengurusan Perniagaan

SIAPA PAKAR INDUSTRI YANG TERLIBAT?

Ha, banyakkan program yang ditawarkan. Menarik pula tu! Ada bidang penerbangan, bidang pengurusan haji & umrah dan banyak lagi. Tapi, mesti korang tertanya-tanya pula dengan kolej atau institusi pengajian yang terlibatkan? Kalau kita nak sambung belajar, faktor pemilihan IPT pun penting juga jadi tak mungkinlah YEG Pesta Sambung Belajar akan memandang remeh tentang perkara ni. Antara pakar-pakar industri yang bersama YEG Academy termasuklah,

  • Innovative School of Management (ISM)
  • Innovative International College (IIC)
  • MEATECH Technical Training Centre
  • Andalusia Travel & Tours
  • Simply Travel

Hebatkan senarai pakar industri yang berganding bahu dalam kempen YEG Pesta Sambung Belajar ni? Jadi, korang tak perlulah risau lagi tau. Cik Bell harap perkongsian hari ini dapat memberikan banyak informasi kepada korang dan yang paling penting dapat menghapuskan rasa was-was korang tentang kewujudan kempen ni. Akhir sekali, tunggu apa lagi? Jom sertai YEG Pesta Sambung Belajar, #jangansalahpilihbidang



Leave a Reply