- 06/04/2022
- Posted by: fatinyeg
- Category: Artikel Utama

Sejak kebelakangan ini, pergi sana-sini, sibuk dengar orang cakap pasal YEG Pesta Sambung Belajar. Mula-mula dulu, bila kecoh tentang PU Riz dilantik menjadi pensyarah kanan untuk sebuah program diploma, ada juga dengar dia sebut pasal Pesta Sambung Belajar. Lepas tu, bila baca berita online atau offline, semua media buat liputan dengan YEG Pesta Sambung Belajar. Ingat kan dah habis sampai situ sahaja. Tiba-tiba, sekarang bila tengok media sosial pula, banyak artis-artis dan instafamous pula cerita tentang YEG Pesta Sambung Belajar. Kejap! Sebenarnya ada apa dengan Pesta Sambung Belajar ni?

Mesti rasa macam dalam cerita karton sebab pergi kemana-mana sahaja, korang mesti dengar tentang YEG Pesta Sambung Belajar. Kalau situasi macam ini, selalunya orang kata sama ada korang dah dihantui atau tengah angau la tu. Tapi, bagi pendapat Nani, lain pula. Nani rasa Pesta Sambung Belajar ini ada sesuatu nak bagitahu pada korang. Kalau korang dihantui pun, korang sebenarnya tak perlu risau sebab Nani nak bagitahu perkara-perkara yang seronok sahaja tentang Pesta Sambung Belajar ni. Bukan apa, Nani cuba cari yang tak seronok tapi makin bertambah pula maklumat tentang perkara-perkara yang seronok. Tak sabar Nani nak kongsi dengan korang semua sebab nak tengok korang pula angau dengan Pesta Sambung Belajar macam Nani.
APA ITU YEG PESTA SAMBUNG BELAJAR?
Panjang pula mukaddimah atas tu. Meh, dekat sikit! Sebenarnya, Pesta Sambung Belajar ini adalah satu usaha dari YEG Academy yang berbentuk kempen untuk mengajak adik-adik lepasan SPM macam korang untuk sambung belajar. Kalau YEG Academy buat kempen, maksudnya mestilah ada isu penting yang hendak ditangani kan? Betul tu, isu yang menjadi permasalahan besar kepada masyarakat sekarang ini adalah didapati sebanyak 90% pelajar menyesal sebab salah pilih bidang.
Akhirnya, wujudlah berita-berita dekat televisyen tentang isu pengangguran di kalangan graduan lepasan pengajian tinggi. Tak payah contoh jauh, cuba korang cari contoh dekat dengan hanya bersembang dengan abang, kakak atau jiran tetangga korang.
Cuba tanya apa bidang yang dulu mereka belajar dan apakah kerjaya sekarang yang mereka sedang ceburi? Jawapan mereka mesti macam tak ada kaitan! Itu pun salah satu permasalahan sehingga YEG Pesta Sambung Belajar dilaksanakan tau. Nani nak bagi korang senang faham jadi, Nani nak tanya satu soalan. Apa korang rasa kalau korang dah diberitahu yang korang akan jadi pemilik kebun anggur dan sepanjang hampir 3 tahun, korang bersungguh-sungguh belajar cara nak tanam anggur demi mendapatkan hasil yang terbaik untuk dijual nanti.
Tiba-tiba selepas tamat tempuh tersebut, korang terpaksa pula dipindahkan ke kebun lain dan ditugaskan mengembala kambing. Tak ke macam tak ada kaitan dan buang masa sahaja masa anda selama ini?
Macam itulah permasalahan sekarang yang dihadapi para graduan. Belajar lama-lama sehingga membuat pinjaman kewangan tetapi selepas selesai belajar, kerjaya itu tidak pun tersedia. Malah mereka terpaksa kerja di bidang lain yang memerlukan anda belajar semuanya semula dari awal. Sedangkan, mereka juga ada komitmen untuk diselesaikan. Sebab itu, Pesta Sambung Belajar nak tolong korang terutamanya lepasan SPM supaya korang tidak menjadi sebahagian daripada 90% pelajar yang salah pilih bidang. Nak tahu apa bidang yang kami tawarkan di YEG Pesta Sambung Belajar?
- Diploma Pengurusan Haji dan Umrah
- Diploma Teknologi penyelenggaraan Pesawat
- Diploma Pengurusan Operasi Penerbangan
- Diploma Pengurusan Penerbangan Kargo
- Pra Diploma Operasi penyelenggaraan pesawat
- Diploma Seni Kulinari
- Diploma pengurusan Hotel (Latihan Industri Bergaji penuh)
- Diploma Pengurusan Perniagaan
APA KEISTIMEWAAN YEG PESTA SAMBUNG BELAJAR?
Bila ada kempen, mestilah ada pelbagai manfaat yang juga ditawarkan. Bukankah Nani ada bagitahu yang Nani akan pastikan korang pun angau dengan Pesta Sambung Belajar ini macam Nani juga. Jadi, inilah perkara-perkara yang kalau korang nak toleh kebelakang semula pun pasti korang akan teringat YEG Pesta Sambung Belajar semula.
- Dermasiswa sebanyak RM12.5 juta untuk 5000 pelajar terawal yang mendaftar.
- Percuma Sijil Kemahiran Industri (SkiN) yang bernilai RM6000
- Penglibatan pakar industri dalam setiap program diploma seperti Andalusia Travel and Tours, pusat latihan MEATECH dan syarikat-syarikat penerbangan, Richworks dan sebagainya.
- Berpeluang melakukan praktikal di Mekah dan Madinah bagi pelajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah.
Kalau kita nak baca testimonial peserta pun boleh disini
Nani
Nani baru bagi 4 kelebihan secara am pun korang macam dah tak percaya kan? Tapi, kalau korang berminat dengan salah satu bidang itu, anda boleh bagitahu di ruangan komen tau supaya lain kali, Nani boleh huraikan panjang-panjang lagi setiap keistimewaan yang korang bakal dapat. Jangan lupa untuk singgah sosial media kami dan sertai kami di Pesta Sambung Belajar #jangansalahpilihbidang.
Ikuti FB YEG Academy di link ini
[…] masih tidak pasti bidang mana yang memberi jaminan kerjaya yang kekal relevan, jom sertai kami di YEG Pesta Sambung Belajar. Di YEG Academy, kami menawarkan pelbagai bidang yang akan kekal relevan seperti bidang penerbangan, […]